Salam dan selamat sejahtera,syukur ke hadrat ilahi dan selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad Salallahu alaihi wassalam.Apa relevannya topik yang ingin saya nukilkan kali ini?Apa kaitan Malcom x dengan Anwar?Nation of Islam dengan UMNO di Malaysia tanah air tercinta?Akan saya kupas satu persatu tentang persamaan tersebut.
Ketika kali pertama saya menontn filem yang bertajuk Malcom X,saya seperti tertanya siapakah insan ini?Haa,dia ini seorang pejuang Islam berkulit hitam di Amerika.Setelah melihat filem ini kali kedua di usia remaja barulah saya faham isi cerita ini.Secara ringkasnya,Malcom X lahir di Amerika di mana bapa beliau seorang Father di gereja,dan ibu beliau seorang yang berkulit putih.Keluarganya ditentang seperti kita tahu di Amerika golongan kulit hitam sering ditindas,selepas kematian bapanya disebabkan digilis kereta api dan beliau dipisahkan dari keluarga beliau dengan alasan ibu beliau tidak dapat menanggung anak yang terlalu ramai.
Memulakan langkah sebagai pelajar,beliau menerima tentangan daripada masyarakat sekeliling dan guru sekolah walaupun beliau seorang yang agak pintar dan bercita-cita menjadi peguam.Semakin dewasa seperti remaja kulit hitam yang lain beliau terlibat dengan jenayah dan akhirnya diberkas oleh pihak polis dan meringkuk di dalam sangkar besi.Menempuh hari-hari sukar dengan sifat angkuh dan keras kepalanya,akhirnya beliau bertemu dengan seseorang yang mula menerangkan Islam kepada diri beliau sehingga beliau mengucapkan dua kalimah syahadah.
Bermula perjalanan dakwah beliau selepas beliau bebas dan menyertai oraganisasi yang dikenali sebagai Nation of Islam yang cuba menyebarkan syiar Islam di seantero Amerika.Disini,persamaan yang ingin saya bawakan bukanlah dari segi dakwah yang dibawa oleh Malcom X dan Dato' Sri Anwar tetapi ideologi yang mereka ketengahkan.Ia jelas sama sekali dapat dilihat jika kita berfikir dengan teliti.Pendekatan yang diketengahkan oleh Dato' Sri Anwar yang dikenali sebagai 'ketuanan Rakyat' bukan lagi ketuanan Melayu sama dengan pendekatan Malcom X setelah beliau pulang dari menunaikan Haji.
Sejak pulang dari menunaikan Haji,Malcom X menukar cara dan pendekatan dakwah beliau dimana beliau cuba lebih fleksibel dengan menerima kerjasama semua kaum,tetapi golongan kulit hitam masih lagi diberi keutamaan dimana sama dengan pendekatan yang cuba dibawa Dato' Sri Anwar.Ketuanan Rakyat namun didalam ketuanan tersebut Melayu masih lagi diberi keutamaan dan dijamin selamat dimana ia dilihat satu tawaran yang sangat menarik.Pendekatan ini ditentang oleh Nation of Islam dan di Malaysia ia ditentang oleh UMNO,kerana ia dilihat sebagai satu ancaman besar.Sejauh mana pendekatan ini boleh berjaya dan memberi ancaman,kita tunggu dan lihat.
Sekarang apapula persamaan Nation of Islam dan UMNO??Ada teman membicarakan bahawa dua organisasi ini tidak boleh disamakan kerana satu ditindas dan satu lagi menindas.Bagi saya itu adalah jawapan yang tidak logik,kerana apa yang ingin saya perkatakan tentang persamaan ni bukan tentang penindasan tetapi metod yang digunakan oleh dua organisasi ini.Metod yang dipergunakan ialah mengaburi sentimen perkauman dengan meletakkan Islam di depan.Jika semasa Malcom X masih bersama Nation of Islam,beliau berdakwah tentang Islam tetapi dalam pada masa yang sama menolak kaum lain dan memperagungkan bangsa kulit hitam.
Di UMNO mereka melaungkan,memperagungkan,mencium keris tanda keperkasaan Melayu dan dalam pada masa yang sama memperkatakan tentang Islam.Bagi saya metod ini tidak benar dan betul kerana ia amat bahaya,ia dapat mengelirukan orang-orang bukan Islam.Islam tidak mengira kulit dan bangsa,menggunakan Islam sebagai jambatan untuk mengaburi minda orang ramai tetang semangat assabiyah perkauman adalah tidak wajar.Ini harus difikirkan,kenapa perlu kita gunakan Islam sebagai wasilah untuk memperketengahkan ideologi-ideologi assabiyah yang tidak sihat?
Jika kita ingin memperkatakan tentang Islam,katakanlah seadanya tanpa unsur-unsur yang bisa memesongkan maksud Islam itu sendiri,Islam adalah semua,Islam untuk semua.Ingat lagi kata-kata Malcom X "when i perform my pilgrimage,now i realize that my brothers is black,white,yellow and etc."
sekian.
Ed.alFirdaus
1 Mei 2008
Wednesday, April 30, 2008
Malcom X-Anwar,Nation Of Islam-UMNO
Posted by Ed.al-Firdaus at 3:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment