Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...
Pernah saya membaca lirik lagu yang dicipta oleh Afdlin Shauki iaitu Erti hidup,diatas adalah sebahagian bait-bait lirik lagu tersebut dan pada suatu ketika,saya pernah diajukan persoalan tentang apakah erti hidup dan juga pernyataan raman rakan-rakan seusia tentang keazaman untuk mereka mencari apakah itu erti hidup di dalam diri mereka.Kadang kala saya juga bingung memikirkan jawabannya dan sehinggalah suatu hari saya mengambil iktibar untuk mencari,mengkaji dan mengali apakah maksud sebenar kehidupan seseorang manusia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah kerana ianya adalah sumber asas bagi orang-orang yang mengaku dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kita sebagai manusia hidup di dunia ini sewajarnya dapat memahami persoalan bagi diri kita, iaitu apa erti hidup ini? Hidup ini untuk siapa dan untuk apa? Dan adakah hidup ini sudah bermakna?Persoalan tersebut sering menjelma dalam fikiran manusia. Antaranya sedar ataupun tidak, kita selalunya bertanya kepada diri kita sendiri tentang persoalan yang tidak kunjung selesai ini. Ada masa dan waktunya kita hilang jawapan dan pastinya kita akan terus mencari jawapan untuk menyempurnakan keyakinan kita terhadap hidup ini.
Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu yang menimbulkan kegawatan hidup akhir-akhir ini. Mungkin manusia terlalu jauh dari dirinya. Manusia boleh jadi terasing dari dirinya sendiri apabila saban hari dan masa memilirnya perkara-perkara lain diluar dirinya.
Hal-hal ini terjadi dengan jelas jika direnungkan matlamat hidup manusia di zaman ini. Manusia di zaman ini terlalu maju dalam mencipta sesuatu benda bagi keperluannya. Ini adalah suatu perkembangan yang amat baik. Kekaguman mausia meneroka alam ini dan terlalu asyik hingga boleh menyebabkan mereka lupa akan tujuan hidup dan mereka lupa kepada hidup mati itu sendiri. Manusia cuba mencipta pelbagai kemajuan, tetapi mereka lupa kepada tuntutan hati kecilnya sendiri. Manusia terus membuat pelbagai perubahan untuk mencari kepuasan hidup. Sedangkan kepuasan hidup itu tidak juga kunjung tiba, sebaliknya mereka bertambah kecewa, dalam kekecewaan itu, mereka terus mencari sesuatu yang lain untuk mengubah penyakit kekecewaan itu, mungkin manusia tidak menyedari bahawa kekecewaan itu adalah cetusan dari dalam dirinya sendiri, iaitu cetusan rohani bukannya penyakit lahiriah.
Maka dengan itu akaibat dari kejahilan mengenali cetusan-cetusan rohani itu, manusia gagal mencari ubat ataupun penawar yang sebenarnya untuk menyembuhkan penyakit kecewa mereka. Sebahagian daripada mereka itu telah memilih pelbagai ubat, maka banyaklah yang tersalah pilih. Hasil dari tersalah pilih itu, maka berlakulah pelbagai penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kepentingan diri, rasuah dan lain-lain lagi. Ini semua adalah hasil daripada kekecewaan dan ingin mencari kepuasan hidup di dunia.
Rasulullah didalam sebuah hadisnya :
Bermaksud : Hendaklah kamu hidup di dunia ini seolah-olah kamu berdapang atau dalam perjalanan.
Persoalannya mengapakah manusia di dunia ini diberi kepercayaan untuk mentadir alam ini dan diberi takrif khalifah atau penguasa? Tanggungjawab manusia sebagai khalifah ialah untuk mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T,
Bermaksud : " Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, mereka berkata "Mengapa engkau hendak menjadikan ( khalifah ) dibumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah. Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan engkau," tuhan berfirman : Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"Al-Baqarah:30.
Daripada ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa kuasa sebagai khalifah adalah kuasa yang dipinjamkan oleh Allah berasaskan syarat-syarat yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Dengan makna yang lain, bahawa manusia hanyalah memegang amanah untuk mentadbir alam ini dan janganlah sekali-kali mengingkari apa yang telah disyaratkan oleh Allah sebagai pemegang amanah. Jika kita mematuhi syarat-syarat ini, maka sudah tentu manusia itu lebih bermakna bagi dirinya sendiri.
Sebahagian masyarakat pada hari ini, gagal melihat hidup sebagai satu kesatuan, sebaliknya mereka melihat hidup ini dari aspek-aspek tertentu sahaja. Sememangnya kita tidak boleh menafikan lagi bahawa manusia tidak berupaya mencipta hidupnya sendiri, mengapa?. Ini kerana manusia itu mempunyai sifat-sifat yang terbatas dan daya fakir yang amat terhad. Adalah amat mustahil, manusia mampu mencipta kehidupan yang lebih sempurna tanpa keizinan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai manusia sewajibnya merasa insaf bahawa kita adalah ciptaan Allah S.W.T. Maka dengan sebab itu, sampailah masanya kita dirahmati dan diredhainya samada di dunia dan juga akhirat.
Secara konklusinya,disini kita bisa merumuskan dan bisa mendefinisi kan bahawa Erti hidup yang sebenar ialah mentaati segala titah perintah llah S.W.T dan melakukannya. Sekaligus menjauhi segala larangan Allah dan tidak sekali-sekali melakukannya.Di samping itu,tujuan hidup ialah semata-mata untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah.Malah hidup akan bermakna jika mendapat rahmat dan hidayah Allah yang boleh membawa kejayaan yang sebenar di dunia dan akhirat.Dan kita sebagai manusia atau insan,haruslah memahami dan mengetahui apakah erti sebenar sesebuah kehidupan itu,tidak guna jikalau kita hanya ingin mencari erti tersebut,tetapi tidak memahami,memahami tetapi tidak mahu mempraktikkan erti sebenar kehidupan sesorang manusia tersebut dalam diri ini.w.a.
0 comments:
Post a Comment