Setelah menulis tentang erti hidup saya terbaca tentang topik yang sama dari ustaz hasrizal tp kali ni ustaz hasrizal cerita dia lebih menarik. dikaitkan konsep pengorbanan dengan kesanggupan kita dalam memberi. memberi bukan sekadar hadiah, bukan sekadar jambangan bunga lavender, malahan kasih sayang, sokongan, ilmu yang ada dan macam macam lagi yang boleh kita beri pada sesiapa juga. sedangkan pokok kelapa, lidi dibuat penyapu, santan dibuat kari, batang dibuat jambatan, pelepah dibuat bumbung, macam macam lagi menyumbang berbagai faedah kepada manusia tapi tanyelah diri sendiri, apa faedah yang telah kita sumbangkan pada manusia lain? ini sebab kita tak tahu ape yang kita mampu lakukan. mungkin kita kedekut untuk memberi faedah kepada orang lain.
Telah termaktub dalam al-Quran, yang Allah ciptakan manusia dan Jin, untuk beribadah kepadaNya. disini kita lihat, yang kita manusia, merupakan hamba kepada Allah. jadi kita patut menghilangkan rasa memiliki, sense of belonging, dan rasa kedekut kerana itu semua hak Allah. baik harta, kereta, ilmu mahupun anak dan rakan², semuanya milik Allah. jadi patut kita hidup, every single moment that we have, we cherish each other. tak kisah la dengan adik beradik ke sesiapa sahaja, kalau ada ilmu yang bermanfaat, dikongsikan. kalau murah rezeki, open table lah.
Renung²kan situasi ini. seorang bapa kasi hadiah kepada anaknya hadiah kegemarannya, siapa yang lebih berasa gembira? anak atau bapa? tentulah bapa kerana kasihnya bapa pada anaknya. justeru, bagi yang terbaik juga buat rakan², sahabat, sesiapa jua. macam diatas, kasih sayang kepada manusia lain tak limited pada benda, ilmu dan pertolongan juga amat dihargai.
Tidak islam seseorang muslim itu, melainkan ia mengasihi saudara²nya juga.jadi meh la sesama kita buat yang terbaik demi Allah. jadikan sifat memberi itu habit kita.
0 comments:
Post a Comment