Sejak pulang dari Kelab Sultan Sulaiman,setelah 10 tahun tidak mendengar pidato dari mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar,beliau masih lagi seperti dulu,bekarisma dan bertenaga dalam membicarakan kata-kata tentang isu-isu semasa dan politik negara.Jika dahulu Penasihat Parti KeAdilan Rakyat ini seakan hanya beromong kosong tentang hajat beliau untuk merubah tumpuk pimpinan negara,kata-kata nya hanya lisan yang tidak bisa menggoyahkan keutuhan kepercayaan rakyat terhadap barisan kerajaan namun kini,semua telah bertukar.
Segala yang keluar dari mulut beliau akan mendapat komentar dari orang-orang kerajaan yang bukan calang-calang tetapi seperti Timbalan Perdana Menteri.Saya musykil kenapa hanya najib yang begitu gah mempertahankan hujah yang dilontar oleh saudara Anwar?Mana hilangnya Perdana Menteri?Soalan-soalan ini dijawab oleh suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sedang sibuk merawat UMNO,Najib yang bakal ganti Pak Lah dan sebagainya.Dan jika kita teliti ada logiknya dakwaan suara-suara sumbang ini.
Antara perkara yang menggegarkan politik tanah air ialah dakwaan Dato' Sri Anwar bahawa 30 MP dari Barisan Nasional bakal merubah angin menyertai Pakatan Rakyat.Dakwaan ini dinafikan dengan keras oleh barisan kerajaan walhal Dato' Sri Anwar kelihatan yakin.Kunjungan Dato' Seri Anwar ke Sabah baru-baru ini turut mengundang resah walaupun barisan kerajaan mengatakan ini hanya mainan politik Dato' Sri Anwar.Persoalan Tok Guru kepada wartawan tentang kerajaan pusat mana yang sekarang atau yang baru?Turut memberi impak dan menghangatkan lagi arena politik negara.
Tidak pasti akan keyakinan Dato' Sri Anwar,tetapi bagi saya Pakatan Rakyat tidak perlu tegesa-gesa untuk merubah kerajaan pusat,mereka perlu menumpukan kepada kerajaan negeri yang berjaya mereka rampas agar memberi keyakinan yang penuh dari rakyat bahawa mereka boleh mentadbir selayaknya.Mungkin dakwaan Dato' Sri Anwar adalah satu perkara yang benar dan perang psikologi agar Barisan Nasional lebih waspada dan risau.Kerajaan negeri Pakatan Rakyat harus kukuh dan maju walau tanpa bantuan dari kerajaan pusat,dengan ini secara total rakyat akan memandang tinggi tumpuk pimpinan dan dasar pentadbiran daripada Pakatan rakyat yang terdiri dari pakar-pakar ekonomi.
Isu pemansuhan DEB di Pulau Pinang tidak harus dibangkitkan,itu hak kerajaan negeri dan rakyat harus berfikiran positif dan lebih terbuka dan jika mereka mengatakan agenda ekonomi baru tidak memihak kepada orang melayu maka mereka salah,ini kerna mereka memandang agenda tersebut dari sudut negatif.Apabila persaingan untuk projek-projek dan tender-tender dibuka kepada semua secara tidak langsung ia memberi persaingan yang sihat dan mengajak orang-orang Melayu itu sendiri bersaing berbanding DEB dimana projek-projek hanya dimonopoli oleh orang yang sama,kroni-kroni dan secara tidak lansung membuatkan orang Melayu lebih 'goyang kaki'.
Pelbagai isu yang boleh diulas selain DEB,babi dan sebagainya yang dimomokan oleh akhbar perdana namun cukuplah sekadar ini dan diharap kita lebih terbuka dan berfikiran lebih positif,tidak kiralah siapa yang memerintah,jika ia adalah KeAdilan dan mereka tidak adil,mereka harus diberitahu dan diperingatkan.Siapa yang memerintah tidak penting tetapi bagaimana mereka memerintah dan membela rakyat melebihi kepentingan diri itu yang penting.
salam.
Ed.alfirdaus
30 april 2008
Wednesday, April 30, 2008
Kerajaan bakal berubah???
Posted by Ed.al-Firdaus at 2:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
error situ... DSAI - mantan timbalan perdana menteri
Post a Comment