CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 20, 2009

Kesilapan

Erm...tgh2 layan lagu baru eminem yang menghilang lebih 5 tahun...tiba2 hati tergerak nak wat rhymes nih sebab beat lagu crack a bottle memang layan...so if eminem senyap lama,tak rasa kitorg(5forty2) pown salah untuk menyepi lama...pape pown layan rhymes ni..pape comment jer..


"oh tuhan,ampunkan semua kesilapan"

perkataan biasa yang sering dikatakan
tapi banyak yang lupa,biar diri hanyut
ulang dan ulang yang buruk masih diikut
jadi hari-hari,boleh jadi keluarga sendiri
korang mesti merasai,pasti pernah lalui
bila tuhan tarik nikmat,baru dpt kesedaran
baru nak ingat,tapi dah putus harapan
nanti dulu,teruskan berjalan berdepan rintangan
jangan berhenti,bila penyesalan menyerang perasaan
saranan yang mengelirukan,lepas lakukan kesalahan
jangan risau,mesti ada jalan penyelesaian
kesalahan satu fitrah,benda yang lumrah
pagi takkan slalu gelap pasti akan cerah
jalanan berliku tak mungkin semua indah
namun yang dah lepas,biarkan jadi sejarah
yang penting insafi terus pandang ke depan
muhasabah diri,yang lain serah pada tuhan

Ed.alfirdaus
21/3/09
6.36 am

2 comments:

azarsyafiq said...

smart beb..
cheers..

fes doublefivo' said...

berdiriku di depanmu berwibawakan minda
membawakan pesanan dari pengalaman juga
perananmu di dunia teka teki yang sukar
ingin cari rezeki ikut naluri yang benar
jadinya selama ini apa yang kau dengar
jalan mana yang dipilih jalan yang sebentar
jangan jadikan kebodohan alasan pintar
sebenarnya suara siapa buatmu gementar
semenjak lahir kau ternampak haluan yang benar
tetapi pudar terjadinya setelah membesar
kau sudah mula terperangkap kerana tercabar
begitulah kita terlalai dunia berputar
kita bergerak ke depan aku mc jalanan
music hiphop, berpuisi tidak lupa daratan
berjuang di alam seni mempunyai alasan
mengabui impian hak milik setiap insan
negara brunei darussalam di mana ku berada
di mana saja ku berada ku wakili budaya(ku)
di mana saja kau berada banyak tipu daya
manusia percayakan media, dunia terpedaya
cahaya dah hilang, hari demi hari,
tidak lupa uang tetapi dah lupa diri,
sekadar berperang dengan akhlakmu sendiri
anakmu sendiri pun takkan mentolerasi
tumpukan konsentrasi, pada yang kekal
seperti akhirat kelak jika ini belum masuk akal
jika jiwa belum cekal cuma punya muka tebal
stelah rebah tak berdiri tapi tak nak temu ajal
kerna tahu tak berbekal, iman belum berikhtiar
buku malaikat bahu kiri mukasuratnya tebal..

hey, just stumbled upon ur blog from toophat forum. they call me emcee fester from the undergrounds of brunei, here showing sum luv after reading your rhymes. assalamualaikum.