CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 16, 2009

Kenapa Dia Berubah?

Pada suatu petang,walau pun hakikatnya aku sedar aku tidak layak bercakap bersama dia.Namun hanya dengan keinginan bertanya khabar lalu aku menelefon nya dek kerana hati terasa berjauhan.Tiba-tiba aku disentak dengan suara yang aku kenal namun gayanya berubah,tetapi aku tetap saja melayan karenah temanku itu.Rindu,sedih,marah semua bercampur baur di dalam perasaan aku ketika itu.

Mana pergi suara manjanya?mana pergi budi bahasanya?mana pergi dia yang aku kenal?itu yang bermain dalam minda,aku yang petah berkata kelu lidah seketika lalu "conversation" kami terhenti tidak lama.Mengapa dia berubah dalam masa yang singkat?itu soalku.namun,semua orang berubah,aku juga berubah,ahli keluarga aku berubah,orang sekeliling aku berubah.Namun berubah yang bagaimana itu perlu kita tahu.

Memang aku terima teman-teman aku seadanya,namun jikalau ada perubahan yang ingin aku pinta dari mereka dan aku bukanlah peubahan yang merubah diri kami.aku masih lagi teringat dan segar kata-kata yang aku lontarkan kepada Don.dia bersungut akan seseorang yang suruh dia berubah "apa dia takleh terima aku seadanya?sampai nak suruh aku berubah,ubah jadi orang lain?" seakan beginilah yang dikatakan oleh Don yang diulit perasaan tidak dapat menerima hakikat pabila ada orang tersayang meminta beliau untuk berubah.

Lalu aku berkata padanya,perubahan yang dipinta darinya bukanlah menyeru beliau untuk berubah menjadi orang lain,tetapi menyeru beliau untuk kembali kepada beliau yang asal,kembali kepada Don yang sebenar.Dimana Don yang tidak tahu apa itu perkara yang tidak molek,Don yang bertanggungjwab dan selebihnya.Aku juga sering tertanya kenapa aku disuruh berubah?inilah aku,aku yang pemarah,malas ada ketikanya,tidak suka berkongsi dan lain-lain.

Seperti yang aku katakan,perubahan yang diminta adalah perubahan kembali kepada asal,bukan kita yang telah dicemar mindanya,hatinya,akidahnya oleh anasir-anasir yang bisa menjadikan diri ini sebagai orang yang lain.Aku masih lagi berharap dia berubah dan sentiasa gembira menerima segala perubahan ke atas dirinya.setelah mengenalinya aku turut berubah,aku berubah dan berpegang janji aku kepadanya.

Namun perubahan yang aku maksudkan ialah perubahan kepada dirinya yang asal,kerna aku tahu dalam dirinya masih wujud secebis kesucian.dan marilah kita sama-sama berusaha untuk berubah.

*to whom tht i wrote this to,u noe who u r..^_^..

Ed.alfirdaus
17/3/09
6.40am

0 comments: