Setelah saya menuliskan tentang entri kenapakah dia berubah namun saya terbacasatu article dari www.stormloader.com dimana tentang evolusi kehidupan yang juga pernah saya dengar dari rhymes lagu comeback abang saya.Kita juga tidak sedar kita berubah ke arah yang lebih baik atau lebih buruk kerna wujudnya evolusi dalam diri dan evolusi di sekitar kita.jadi saya berharap perkongsian article dibawah ini dapat dimanfaatkan insyaAllah.
Evolusi kehidupan disebutkan dalam banyak ayat dalam Quran. Salah satu daripadanya berbunyi:-
"Kami telah menetukan kematian di kalanganmu dan Kami tidak boleh diatasi, supaya Kami menukar keadaan kamu dan meningkatkan kamu menjadi apa yang kamu tidak ketahui. Kamu telah mengetahui pertumbuhan yang pertama. Mengapakah kamu tidak ingat?" (56:60-62)
Ayat-ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dari tiada kita menjadi ada, kemudian kita tiada lagi, lalu kita ada balik. Inilah proses evolusi. Proses ini berlaku di kedua-dua alam luaran dan dalaman: luaran dengan berubahnya alam, dalaman dengan berubahnya diri manusia. Bumi yang manusia huni sejak sejuta tahun telah berubah banyak, dan akan terus berubah. Ini evolusi luaran. Diri manusia juga telah berubah banyak. Tuhan telah menerangkan kepada kita bahawa manusia dijadikan dari tanah dan segumpal darah, tetapi hari ini manusia telah menciptakan tamadun intelektual dan material yang tinggi. Ia di ambang angkasa lepas dan di ambang banyak penemuan lain. Mungkin tidak sampai seratus tahun lagi ia akan hidup di angkasa lepas serta membuat kemajuan-kemajuan yang lebih menakjugkan. Pada masa itu, saya yakin seluruh dunia telah memeluk agama Islam yang sebenar. (Lihat Surah 110, surah yang terakhir diturunkan kepada Muhammad.)
Oleh kerana manusia gagal mengikut agama tauhid (Islam) secara terus-menerus, maka evolusi moralnya jauh ketinggalan. Oleh sebab itu pada hari ini kita masih menyaksikan keganasan dan kebiadaban kaum penjenayah, seperti yang telah kita lihat dalam Perang Teluk dan Perang Balkan. Tetapi masa bagi kaum penjenayah ini menemui perhitungan mereka tidak lama lagi. Mereka akan ditundukkan dan melutut di depan Ilahi. Seperti yang telah ditegaskan dalam Quran: "Di tangan siapakah kerajaan pada hari ini? Di tangan Allah, Yang Esa, Yang Menundukkan. Hari ini tiap-tiap orang akan dibalas mengikut usahanya. Tiada kezaliman pada hari ini! Allah paling cekap membuat perhitungan." (40:16-17)
Perintah "mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat" (2:43) boleh dianggap sebagai intisari ajaran untuk membersihkan diri serta mencapai akhlak yang tinggi, iaitu evolusi dalaman. Kejahatan yang kita lihat bermaharajalela di dunia hari ini berpunca dari ketamakan kaum oligarki Inggeris-Amerika (yang menguasai P.B.B.) untuk membolot harta kekayaan seluruh dunia.
0 comments:
Post a Comment