CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 20, 2009

Kesilapan

Erm...tgh2 layan lagu baru eminem yang menghilang lebih 5 tahun...tiba2 hati tergerak nak wat rhymes nih sebab beat lagu crack a bottle memang layan...so if eminem senyap lama,tak rasa kitorg(5forty2) pown salah untuk menyepi lama...pape pown layan rhymes ni..pape comment jer..


"oh tuhan,ampunkan semua kesilapan"

perkataan biasa yang sering dikatakan
tapi banyak yang lupa,biar diri hanyut
ulang dan ulang yang buruk masih diikut
jadi hari-hari,boleh jadi keluarga sendiri
korang mesti merasai,pasti pernah lalui
bila tuhan tarik nikmat,baru dpt kesedaran
baru nak ingat,tapi dah putus harapan
nanti dulu,teruskan berjalan berdepan rintangan
jangan berhenti,bila penyesalan menyerang perasaan
saranan yang mengelirukan,lepas lakukan kesalahan
jangan risau,mesti ada jalan penyelesaian
kesalahan satu fitrah,benda yang lumrah
pagi takkan slalu gelap pasti akan cerah
jalanan berliku tak mungkin semua indah
namun yang dah lepas,biarkan jadi sejarah
yang penting insafi terus pandang ke depan
muhasabah diri,yang lain serah pada tuhan

Ed.alfirdaus
21/3/09
6.36 am

Monday, March 16, 2009

Evolusi Kehidupan

Setelah saya menuliskan tentang entri kenapakah dia berubah namun saya terbacasatu article dari www.stormloader.com dimana tentang evolusi kehidupan yang juga pernah saya dengar dari rhymes lagu comeback abang saya.Kita juga tidak sedar kita berubah ke arah yang lebih baik atau lebih buruk kerna wujudnya evolusi dalam diri dan evolusi di sekitar kita.jadi saya berharap perkongsian article dibawah ini dapat dimanfaatkan insyaAllah.

Evolusi kehidupan disebutkan dalam banyak ayat dalam Quran. Salah satu daripadanya berbunyi:-

"Kami telah menetukan kematian di kalanganmu dan Kami tidak boleh diatasi, supaya Kami menukar keadaan kamu dan meningkatkan kamu menjadi apa yang kamu tidak ketahui. Kamu telah mengetahui pertumbuhan yang pertama. Mengapakah kamu tidak ingat?" (56:60-62)

Ayat-ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dari tiada kita menjadi ada, kemudian kita tiada lagi, lalu kita ada balik. Inilah proses evolusi. Proses ini berlaku di kedua-dua alam luaran dan dalaman: luaran dengan berubahnya alam, dalaman dengan berubahnya diri manusia. Bumi yang manusia huni sejak sejuta tahun telah berubah banyak, dan akan terus berubah. Ini evolusi luaran. Diri manusia juga telah berubah banyak. Tuhan telah menerangkan kepada kita bahawa manusia dijadikan dari tanah dan segumpal darah, tetapi hari ini manusia telah menciptakan tamadun intelektual dan material yang tinggi. Ia di ambang angkasa lepas dan di ambang banyak penemuan lain. Mungkin tidak sampai seratus tahun lagi ia akan hidup di angkasa lepas serta membuat kemajuan-kemajuan yang lebih menakjugkan. Pada masa itu, saya yakin seluruh dunia telah memeluk agama Islam yang sebenar. (Lihat Surah 110, surah yang terakhir diturunkan kepada Muhammad.)

Oleh kerana manusia gagal mengikut agama tauhid (Islam) secara terus-menerus, maka evolusi moralnya jauh ketinggalan. Oleh sebab itu pada hari ini kita masih menyaksikan keganasan dan kebiadaban kaum penjenayah, seperti yang telah kita lihat dalam Perang Teluk dan Perang Balkan. Tetapi masa bagi kaum penjenayah ini menemui perhitungan mereka tidak lama lagi. Mereka akan ditundukkan dan melutut di depan Ilahi. Seperti yang telah ditegaskan dalam Quran: "Di tangan siapakah kerajaan pada hari ini? Di tangan Allah, Yang Esa, Yang Menundukkan. Hari ini tiap-tiap orang akan dibalas mengikut usahanya. Tiada kezaliman pada hari ini! Allah paling cekap membuat perhitungan." (40:16-17)

Perintah "mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat" (2:43) boleh dianggap sebagai intisari ajaran untuk membersihkan diri serta mencapai akhlak yang tinggi, iaitu evolusi dalaman. Kejahatan yang kita lihat bermaharajalela di dunia hari ini berpunca dari ketamakan kaum oligarki Inggeris-Amerika (yang menguasai P.B.B.) untuk membolot harta kekayaan seluruh dunia.

Kenapa Dia Berubah?

Pada suatu petang,walau pun hakikatnya aku sedar aku tidak layak bercakap bersama dia.Namun hanya dengan keinginan bertanya khabar lalu aku menelefon nya dek kerana hati terasa berjauhan.Tiba-tiba aku disentak dengan suara yang aku kenal namun gayanya berubah,tetapi aku tetap saja melayan karenah temanku itu.Rindu,sedih,marah semua bercampur baur di dalam perasaan aku ketika itu.

Mana pergi suara manjanya?mana pergi budi bahasanya?mana pergi dia yang aku kenal?itu yang bermain dalam minda,aku yang petah berkata kelu lidah seketika lalu "conversation" kami terhenti tidak lama.Mengapa dia berubah dalam masa yang singkat?itu soalku.namun,semua orang berubah,aku juga berubah,ahli keluarga aku berubah,orang sekeliling aku berubah.Namun berubah yang bagaimana itu perlu kita tahu.

Memang aku terima teman-teman aku seadanya,namun jikalau ada perubahan yang ingin aku pinta dari mereka dan aku bukanlah peubahan yang merubah diri kami.aku masih lagi teringat dan segar kata-kata yang aku lontarkan kepada Don.dia bersungut akan seseorang yang suruh dia berubah "apa dia takleh terima aku seadanya?sampai nak suruh aku berubah,ubah jadi orang lain?" seakan beginilah yang dikatakan oleh Don yang diulit perasaan tidak dapat menerima hakikat pabila ada orang tersayang meminta beliau untuk berubah.

Lalu aku berkata padanya,perubahan yang dipinta darinya bukanlah menyeru beliau untuk berubah menjadi orang lain,tetapi menyeru beliau untuk kembali kepada beliau yang asal,kembali kepada Don yang sebenar.Dimana Don yang tidak tahu apa itu perkara yang tidak molek,Don yang bertanggungjwab dan selebihnya.Aku juga sering tertanya kenapa aku disuruh berubah?inilah aku,aku yang pemarah,malas ada ketikanya,tidak suka berkongsi dan lain-lain.

Seperti yang aku katakan,perubahan yang diminta adalah perubahan kembali kepada asal,bukan kita yang telah dicemar mindanya,hatinya,akidahnya oleh anasir-anasir yang bisa menjadikan diri ini sebagai orang yang lain.Aku masih lagi berharap dia berubah dan sentiasa gembira menerima segala perubahan ke atas dirinya.setelah mengenalinya aku turut berubah,aku berubah dan berpegang janji aku kepadanya.

Namun perubahan yang aku maksudkan ialah perubahan kepada dirinya yang asal,kerna aku tahu dalam dirinya masih wujud secebis kesucian.dan marilah kita sama-sama berusaha untuk berubah.

*to whom tht i wrote this to,u noe who u r..^_^..

Ed.alfirdaus
17/3/09
6.40am

Mata hatimu

tika ku menyendiri
hadirMu dalam ingatan ini
namamu ku tangisi
terucap kalimah nan suci
di keheningan pagi
kini ku sedari,diri ini
longlai tanpamu,lemah darimu
sentiasa keliru dalam kelabu
Tentang terangnya mata hatimu

namun,ku sering terjatuh
dan berlalu jauh....darimu
tidakku bisa membezakan
kealpaan dunia yang melenakan

tiada kata yang bisa menzahirkan
rasa yang lahir di hati dan perasaan
Kau sentiasa menemani
walau ku cuba jauhkan diri
kau terangi malamku
dengan wadah yang berlagu pilu
masihkah punya masa lagi
menyulam rindumu di hati ini

Ed.alfirdaus
11/2/09
1.37 a.m

Biawak oh biawak..

Salam,setelah lama tak meluahkan isi pemikiran di blog ini hanyalah kerana kelalaian dunia dan kemalasan diri semata.Dosa makin bertambah namun blog ini semakin dilupakan namun kejadian demi kejadian yang menimpa diri membuatkan saya terfikir Tuhan semesta alam mejadikan setiap perkara dengan disusuri sebab musabab.Begitu jua akan kejadian yang terjadi pada diri ini dan telah menepis seketika kelalaian dunia yang dinikmati tanpa memikirkan diri ini adalah seorang hamba.

Apa kes tiba-tiba setelah lama mendiam dari penulisan yang menimbulkan kontroversi,ayat-ayat pedas lalu kembali dari lamunan dengan cerita biawak?ada apa dengan biawak?mesti semua berasa pelik dan hairan apalah yang cuba dicerita dan dikongsi..Jangan khuatir akan saya kongsi kan pendapat saya dan juga cerita mengenai biawak ini.

Pada petang semalam saya berjalan ke cafe bersama rakan karib shakir untuk menikmati makan tengah hari yang agak lewat.Hujan lebat membasahi bumi dan kolam di dalam Mahallah "seman" di UIA ini dipenusi air,berbeda dengan hari-hari sebelum dimana ianya kering dan kelihatan lesu.Sedang berjalan saya terlihat akan seekor biawak yang ingin melepasi air yang deras di celah-celah batu bata yang disusun sperti di air terjun.

"kir,meh sini tgk biawak ni...dye nak panjat batu ni.."ujar saya.Shakir menjawab "hahahaha,agak lar,air laju kot"."padan muka,tak dapat lepas"ujar saya lagi sementara biawak besar itu bertenggek atas batu sebelum meneruskan usahanya."ed,cuba kau baling batu kat biawak,sure dye terjatuh terlentang sebab air nih deras tolak..."shakir berkata pada saya."ahahaha..."tawa saya.

Namun terdetik di hati,setelah pelbagai kejadian musibah yang menimpa,saya sering berputus asa,tapi biawak itu tidak pernah sedetik pun menempuh air yang deras itu,semangat kentalnya membuatkan saya betul-betul terfikir,ketika saya berada jauh dengan tuhan tidak sedetik saya berfikir untuk berusaha memperbaiki hubungan itu dan berusaha untuk kembali mala selesa dengan lena dan dibuai mimpi-mimpi dunia.Saya tidak ingin berkata tentang orang lain kerana percaya ada masa kita akan melalui perkara ini.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]


Lalu saya sentiasa bertanya,andai aku jatuh di dunia ini,ditolak arus,aku bukan aku yang berada di posisi sekarang ini,miliki apa yang aku ada ini,adakah aku akan berusaha kembali keatas seperti yang dilakukan oleh biawak tadi?

wallahualam.

Ed.alfirdaus
17 mac 2009
3.01 a.m