Rasa besh lama tak iftar dihiasi makan yang enak2...huhu,jadi enjoy jer lar..post ni just nak berkongsi memori iftar di kedai seafood tempoh hari..
Wednesday, September 16, 2009
Iftar,seafood and Kampaing..
Posted by Ed.al-Firdaus at 2:58 AM 0 comments
Monday, August 31, 2009
Hilang,5forty2 dan falsafahminda
Rasanya dah lama diri ni tak menulis atau menaip kat blog ni,lama menghilang kenapa dan mengapa?mungkin kerana diri ni alpa seketika dengan cahaya dunia,sibuk lalu terlupa bahawa blog ni kehausan entri entri seperti dulu.
Kemana saya menghilang?saya menghilangkan diri mungkin kerana agak sibuk dengan group saya yang telah sedar dari lena iaitu 5forty2.apakah 5 forty2??5forty2 ialah group rap yang telah sebati dengan diri saya,alhamdulillah baru baru ni kami mendapat serba sedikit jemputan untuk perform seperti di cloth n clef,shah alam,Usim,Pj.untuk rakaman performance boleh dilihat di website group kami www.542music.com
Kini diri ini kembali menaip dikala bulan ramadhan menjengah kita dan harap blog ini dapat dihiupkan kembali seelah menyepi dengan entri entri panas hangat macam panggilan hangit.sekian dari saya insyaAllah akan saya post entri entri baru dalam masa terdekat.salam.
Posted by Ed.al-Firdaus at 2:33 PM 0 comments
Ketika Cinta Bertasbih
Cinta menurutku,
sekalipun cinta telah kuhuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai
Kepada cinta
Dlam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta,
Dan percintaan!
Petikan puisi Jalaluddin-l-Rumiye dalam Diwan Shamsi Tabriz, terjemahan Abdul Hadi W.M, di petik dari Ketika Cinta Bertasbih, karya Habiburahman El-Shirazy.
Ketika cinta bertasbih ada lah novel yang saya minat selain karya-karya lain Kang Abik.Petikan diatas yang juga antara dialog yang terselit dalam movie hasil adaptasi film tersebut ternyata membuatkan hati ini tak sabar untuk menonton kala ia mejengah di bioskop bioskop di malaysia.
Dengan soundtrack yang menuntun jiwa karya melly goeslow menambahkan lagi rasa ingin menonton film dari karya novel ini.Lagu lagu yang bait bait liriknya bergitu mendalam maksud nya membuat kan diri ini terkedu dan terbana seketika.
Hasil karya cinta islami yang mengusik jiwa ini ternyata tiada tolok bandingnya,dan saya menyeru rakan-rakan yang mempunyai jiwa yang digelar "jiwunk" agar kita menonton movie ini pabila ia singgah di malaysia nanti.
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta"
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:54 PM 3 comments
Saturday, May 9, 2009
Warkah untukmu ibu
I wrote last nite...sedang bosan2,takder org nak chat..datang ilham tuhan bagi dan otak mula berfalsafah dalam bekarya...bncang2 ngn sorg kawan yang blaja sound engineering kat SG,he sed ok,nnt dye settlekan beat..maka tangan tanpa lengah menaip maka kuarlah nukilan tak seberapa ni...aint afford to buy present...ni jer lah mampu dgn bakat yang ada...thanks to her tht give me inspiration to start writing smlm..u noe whu u r..
hari berganti,hidup mendewasakan diri
ni tapi kecelaan masih selebungi hati
rasa sakit disakiti,menyakiti walau ibu sendiri
kadang lebih dari "ah" tapi apa peduli
ibu yang xnah halau kuar dari rumah
malah dye yang nangis bla aku susah
dia yang ajar adab bertatih dan berjalan
tapi kadang aku balas luar dugaan
slalu aku kasari yang diingatkan biasa
tu pown dia dengan hati yang rela terima
bila velentine hadiah awek number satu
hari ibu nak ucap pown blom tentu
kasih ibu ada sinar hidayah tuhan
yang wat aku terasa haru insan
seribu air mata takkan leh ubati
luka,kemaafan aku nukil dlm lagu ni
Ed
Hari mak/ibu/mama/mami/mommy/mammy/mummy
Posted by Ed.al-Firdaus at 7:31 PM 0 comments
Monday, April 20, 2009
5forty2 Performing Balada Palestine
5forty2 performed Balada Palestine. Not the best performance due to poor stage monitor speakers. Plus the sound system guy keep disturbing the volume and arrangement of the mic (which I have no idea why). But we have try our best with what we have. By the way the original song does not contain the chorus part, that was some remix version done by Demascus.
Posted by Ed.al-Firdaus at 1:40 PM 0 comments
Thursday, April 16, 2009
Hengtai
Kebosanan,lalu tgn menaip dan tak sampai 10 minit kuarlah rangkap kat bawah ni...paper layan jer..menda raw lagi tak edit2..
xpenah dirancang wujudnya perhubungan
yang menghubungkan kisah tiga sekawan
xsama tpt lahir,warna kulit,agama pn berlainan
tp leh ngam psl adanya persefahaman
antara satu sama lain walau ideologi bertentangan
kitorg bertiga "hengtai",gelaran diberikan
dari sekolah sampai skang,hope dpt dikekalkan
takde tandingan,klu mengarut plus berangan
24jam,xkira waktu blaja or bla de kelapangan
xnah serious altho ada menda yang membebankan
pemikiran,suma 2 dijadikan bahan
untuk lawak kosong and borak ringan2
skang pun sama cuma ada kelainan
skit sebab dah mula pikir masa depan
tanggungjawab kat diri,dunia n tuhan
takkan ari2 nak citer pasal perempuan
tp pelik kan,camner kitorg leh idup aman
sng jer,amik yang jernih,keruh buangkan
phonic aka ed
14/4/09
Posted by Ed.al-Firdaus at 9:47 PM 1 comments
Friday, March 20, 2009
Kesilapan
Erm...tgh2 layan lagu baru eminem yang menghilang lebih 5 tahun...tiba2 hati tergerak nak wat rhymes nih sebab beat lagu crack a bottle memang layan...so if eminem senyap lama,tak rasa kitorg(5forty2) pown salah untuk menyepi lama...pape pown layan rhymes ni..pape comment jer..
"oh tuhan,ampunkan semua kesilapan"
perkataan biasa yang sering dikatakan
tapi banyak yang lupa,biar diri hanyut
ulang dan ulang yang buruk masih diikut
jadi hari-hari,boleh jadi keluarga sendiri
korang mesti merasai,pasti pernah lalui
bila tuhan tarik nikmat,baru dpt kesedaran
baru nak ingat,tapi dah putus harapan
nanti dulu,teruskan berjalan berdepan rintangan
jangan berhenti,bila penyesalan menyerang perasaan
saranan yang mengelirukan,lepas lakukan kesalahan
jangan risau,mesti ada jalan penyelesaian
kesalahan satu fitrah,benda yang lumrah
pagi takkan slalu gelap pasti akan cerah
jalanan berliku tak mungkin semua indah
namun yang dah lepas,biarkan jadi sejarah
yang penting insafi terus pandang ke depan
muhasabah diri,yang lain serah pada tuhan
Ed.alfirdaus
21/3/09
6.36 am
Posted by Ed.al-Firdaus at 3:36 PM 2 comments
Monday, March 16, 2009
Evolusi Kehidupan
Setelah saya menuliskan tentang entri kenapakah dia berubah namun saya terbacasatu article dari www.stormloader.com dimana tentang evolusi kehidupan yang juga pernah saya dengar dari rhymes lagu comeback abang saya.Kita juga tidak sedar kita berubah ke arah yang lebih baik atau lebih buruk kerna wujudnya evolusi dalam diri dan evolusi di sekitar kita.jadi saya berharap perkongsian article dibawah ini dapat dimanfaatkan insyaAllah.
Evolusi kehidupan disebutkan dalam banyak ayat dalam Quran. Salah satu daripadanya berbunyi:-
"Kami telah menetukan kematian di kalanganmu dan Kami tidak boleh diatasi, supaya Kami menukar keadaan kamu dan meningkatkan kamu menjadi apa yang kamu tidak ketahui. Kamu telah mengetahui pertumbuhan yang pertama. Mengapakah kamu tidak ingat?" (56:60-62)
Ayat-ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dari tiada kita menjadi ada, kemudian kita tiada lagi, lalu kita ada balik. Inilah proses evolusi. Proses ini berlaku di kedua-dua alam luaran dan dalaman: luaran dengan berubahnya alam, dalaman dengan berubahnya diri manusia. Bumi yang manusia huni sejak sejuta tahun telah berubah banyak, dan akan terus berubah. Ini evolusi luaran. Diri manusia juga telah berubah banyak. Tuhan telah menerangkan kepada kita bahawa manusia dijadikan dari tanah dan segumpal darah, tetapi hari ini manusia telah menciptakan tamadun intelektual dan material yang tinggi. Ia di ambang angkasa lepas dan di ambang banyak penemuan lain. Mungkin tidak sampai seratus tahun lagi ia akan hidup di angkasa lepas serta membuat kemajuan-kemajuan yang lebih menakjugkan. Pada masa itu, saya yakin seluruh dunia telah memeluk agama Islam yang sebenar. (Lihat Surah 110, surah yang terakhir diturunkan kepada Muhammad.)
Oleh kerana manusia gagal mengikut agama tauhid (Islam) secara terus-menerus, maka evolusi moralnya jauh ketinggalan. Oleh sebab itu pada hari ini kita masih menyaksikan keganasan dan kebiadaban kaum penjenayah, seperti yang telah kita lihat dalam Perang Teluk dan Perang Balkan. Tetapi masa bagi kaum penjenayah ini menemui perhitungan mereka tidak lama lagi. Mereka akan ditundukkan dan melutut di depan Ilahi. Seperti yang telah ditegaskan dalam Quran: "Di tangan siapakah kerajaan pada hari ini? Di tangan Allah, Yang Esa, Yang Menundukkan. Hari ini tiap-tiap orang akan dibalas mengikut usahanya. Tiada kezaliman pada hari ini! Allah paling cekap membuat perhitungan." (40:16-17)
Perintah "mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat" (2:43) boleh dianggap sebagai intisari ajaran untuk membersihkan diri serta mencapai akhlak yang tinggi, iaitu evolusi dalaman. Kejahatan yang kita lihat bermaharajalela di dunia hari ini berpunca dari ketamakan kaum oligarki Inggeris-Amerika (yang menguasai P.B.B.) untuk membolot harta kekayaan seluruh dunia.
Posted by Ed.al-Firdaus at 3:43 PM 0 comments
Kenapa Dia Berubah?
Pada suatu petang,walau pun hakikatnya aku sedar aku tidak layak bercakap bersama dia.Namun hanya dengan keinginan bertanya khabar lalu aku menelefon nya dek kerana hati terasa berjauhan.Tiba-tiba aku disentak dengan suara yang aku kenal namun gayanya berubah,tetapi aku tetap saja melayan karenah temanku itu.Rindu,sedih,marah semua bercampur baur di dalam perasaan aku ketika itu.
Mana pergi suara manjanya?mana pergi budi bahasanya?mana pergi dia yang aku kenal?itu yang bermain dalam minda,aku yang petah berkata kelu lidah seketika lalu "conversation" kami terhenti tidak lama.Mengapa dia berubah dalam masa yang singkat?itu soalku.namun,semua orang berubah,aku juga berubah,ahli keluarga aku berubah,orang sekeliling aku berubah.Namun berubah yang bagaimana itu perlu kita tahu.
Memang aku terima teman-teman aku seadanya,namun jikalau ada perubahan yang ingin aku pinta dari mereka dan aku bukanlah peubahan yang merubah diri kami.aku masih lagi teringat dan segar kata-kata yang aku lontarkan kepada Don.dia bersungut akan seseorang yang suruh dia berubah "apa dia takleh terima aku seadanya?sampai nak suruh aku berubah,ubah jadi orang lain?" seakan beginilah yang dikatakan oleh Don yang diulit perasaan tidak dapat menerima hakikat pabila ada orang tersayang meminta beliau untuk berubah.
Lalu aku berkata padanya,perubahan yang dipinta darinya bukanlah menyeru beliau untuk berubah menjadi orang lain,tetapi menyeru beliau untuk kembali kepada beliau yang asal,kembali kepada Don yang sebenar.Dimana Don yang tidak tahu apa itu perkara yang tidak molek,Don yang bertanggungjwab dan selebihnya.Aku juga sering tertanya kenapa aku disuruh berubah?inilah aku,aku yang pemarah,malas ada ketikanya,tidak suka berkongsi dan lain-lain.
Seperti yang aku katakan,perubahan yang diminta adalah perubahan kembali kepada asal,bukan kita yang telah dicemar mindanya,hatinya,akidahnya oleh anasir-anasir yang bisa menjadikan diri ini sebagai orang yang lain.Aku masih lagi berharap dia berubah dan sentiasa gembira menerima segala perubahan ke atas dirinya.setelah mengenalinya aku turut berubah,aku berubah dan berpegang janji aku kepadanya.
Namun perubahan yang aku maksudkan ialah perubahan kepada dirinya yang asal,kerna aku tahu dalam dirinya masih wujud secebis kesucian.dan marilah kita sama-sama berusaha untuk berubah.
*to whom tht i wrote this to,u noe who u r..^_^..
Ed.alfirdaus
17/3/09
6.40am
Posted by Ed.al-Firdaus at 3:19 PM 0 comments
Mata hatimu
tika ku menyendiri
hadirMu dalam ingatan ini
namamu ku tangisi
terucap kalimah nan suci
di keheningan pagi
kini ku sedari,diri ini
longlai tanpamu,lemah darimu
sentiasa keliru dalam kelabu
Tentang terangnya mata hatimu
namun,ku sering terjatuh
dan berlalu jauh....darimu
tidakku bisa membezakan
kealpaan dunia yang melenakan
tiada kata yang bisa menzahirkan
rasa yang lahir di hati dan perasaan
Kau sentiasa menemani
walau ku cuba jauhkan diri
kau terangi malamku
dengan wadah yang berlagu pilu
masihkah punya masa lagi
menyulam rindumu di hati ini
Ed.alfirdaus
11/2/09
1.37 a.m
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:38 PM 0 comments
Biawak oh biawak..
Salam,setelah lama tak meluahkan isi pemikiran di blog ini hanyalah kerana kelalaian dunia dan kemalasan diri semata.Dosa makin bertambah namun blog ini semakin dilupakan namun kejadian demi kejadian yang menimpa diri membuatkan saya terfikir Tuhan semesta alam mejadikan setiap perkara dengan disusuri sebab musabab.Begitu jua akan kejadian yang terjadi pada diri ini dan telah menepis seketika kelalaian dunia yang dinikmati tanpa memikirkan diri ini adalah seorang hamba.
Apa kes tiba-tiba setelah lama mendiam dari penulisan yang menimbulkan kontroversi,ayat-ayat pedas lalu kembali dari lamunan dengan cerita biawak?ada apa dengan biawak?mesti semua berasa pelik dan hairan apalah yang cuba dicerita dan dikongsi..Jangan khuatir akan saya kongsi kan pendapat saya dan juga cerita mengenai biawak ini.
Pada petang semalam saya berjalan ke cafe bersama rakan karib shakir untuk menikmati makan tengah hari yang agak lewat.Hujan lebat membasahi bumi dan kolam di dalam Mahallah "seman" di UIA ini dipenusi air,berbeda dengan hari-hari sebelum dimana ianya kering dan kelihatan lesu.Sedang berjalan saya terlihat akan seekor biawak yang ingin melepasi air yang deras di celah-celah batu bata yang disusun sperti di air terjun.
"kir,meh sini tgk biawak ni...dye nak panjat batu ni.."ujar saya.Shakir menjawab "hahahaha,agak lar,air laju kot"."padan muka,tak dapat lepas"ujar saya lagi sementara biawak besar itu bertenggek atas batu sebelum meneruskan usahanya."ed,cuba kau baling batu kat biawak,sure dye terjatuh terlentang sebab air nih deras tolak..."shakir berkata pada saya."ahahaha..."tawa saya.
Namun terdetik di hati,setelah pelbagai kejadian musibah yang menimpa,saya sering berputus asa,tapi biawak itu tidak pernah sedetik pun menempuh air yang deras itu,semangat kentalnya membuatkan saya betul-betul terfikir,ketika saya berada jauh dengan tuhan tidak sedetik saya berfikir untuk berusaha memperbaiki hubungan itu dan berusaha untuk kembali mala selesa dengan lena dan dibuai mimpi-mimpi dunia.Saya tidak ingin berkata tentang orang lain kerana percaya ada masa kita akan melalui perkara ini.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]
Lalu saya sentiasa bertanya,andai aku jatuh di dunia ini,ditolak arus,aku bukan aku yang berada di posisi sekarang ini,miliki apa yang aku ada ini,adakah aku akan berusaha kembali keatas seperti yang dilakukan oleh biawak tadi?
wallahualam.
Ed.alfirdaus
17 mac 2009
3.01 a.m
Posted by Ed.al-Firdaus at 11:13 AM 0 comments
Saturday, January 24, 2009
Palestine lagi...
"wei siapkan rhymes palestin,mintak kat don beat yang dah dye remix.."seru abgku
"dah siap dah pun"aku jawab
"haa,maybe lagi dua minggu if jadi perform..ngn demascus"seruan abgku lagi..
"haaa,okok aku suh dye finalize beat tu.."
taa daaa..ni hasil dye ngn dua line dalam rhymes ni ada diamik dari sajak gila2 yang aku wat kat post sebelum nih..saja nak kongsi..
bang2 boom..bukan bunyi bunga api
takde warna warni bukan sambut aidulfitri
zionis datang lagi,bingitkan malam sunyi
percikan merah kat dinding selubungi
diri dan memori, pikir camne nak lari?
sembunyi anak kecil,fobia dengan bunyi...rat tat tat
yang lain tgk,pastu sambung bergembira
hanya bersuara cam guruh kat udara
rintihan demi rintihan cuma jadi rentetan
celoreng askar setan,igauan mengerikan
nilah jadi bila islam hanya fantasi
nak lawan pun susah yahudi realiti
rasa kita seketika,hanya buat sementara
rasa diorg kekal dalam ingatan selamanya
apa lg nak cari apa lgi kita selongkar
cari dlm laci tuk semangat yg membakar?
Posted by Ed.al-Firdaus at 1:14 PM 1 comments
Sunday, January 18, 2009
Bilakah akan kita merasai palestin
satu persatu nyawa hilang,mereka menderita
pesta buih,rakyat riuh di pelusuk kota
mereka dibedil,mengeluh kecewa
kita tak rasa,hanya pandai berkata,alpa
mereka meratapi,memohon,hidup terseksa
kita baru nak adakan kempen kesedaran
mereka hanya terseliput menyuarakan rintihan
setelah lama kita disogokkan dengan hiburan
telah lama mereka cuba untuk bertahan
rasa kita hanya seketika,hanya buat sementara
rasa mereka kekal dalam ingatan dan selamanya
bilakah lagi kita akan sedar sesedarnya dan turut merasa
kerna mereka yang dibedil,diseksa adalah saudara kita
^_^
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:02 PM 0 comments
Thursday, January 8, 2009
sayang,sayang dan sayang...
I know this kid dunno how but when i hear all his beat my ear stop my mouth from give some hot criticism...and now after i asked him to make a song using his brain and show me the prove with his mother tounge which is bahasa pasar...the beat nice the rhymes was dem,pandai gak dye nih wat..well pakai otak maa...enjoy the song leh dgr thru link yang bg bawah nih and ni lirik dye...
DMent - Sayang, Sayang, Sayang
Produced by DMent
Written & Mixed by DMent
Beats by DMent
* sampled off from a chinese song entitled SHE
(1st verse)
I pun tak tau nak cakap macam mana
Takkan tak faham bahasa, takkan you tak pecaya?
I sayang you dah lama, dah kenal hati budi
Kalau takde you sehari, hidup ni jadi sunyi
Memang I tau diri I banyak sangat kurang
So ambik yang jernih yang keruh kita buang
Tanak janji pape sebab jodoh kat tangan tuhan
Kita boleh merancang, tapi Dia yang menentukan
I tanak yang lain, I hanya nak you sorang
Biar lah nak kata apa, toksah peduli orang
Yang penting kita sayang, antara satu sama lain
I banyak girlfriend, tapi I tak penah main-main
Dengan you, percayalah I memang serious giler
I nak kawin dengan you, persoalannya bila?
Masa sama dah ready, tunggu hidup jadi stabil
Jangan risau sayang I leh tahan you punya bebel
(Chorus)
Aku tanak berjanji sebab semua belum pasti
Nak hidup berapa lama tu belum tau lagi
Kita boleh merancang, jangan fikir bukan-bukan
Kita cuma boleh doa, mintak tolong dekat Tuhan
(2nd verse)
You bagi nasihat, tolong I bila jatuh
Hati kita dekat-dekat walau duduk jauh-jauh
Jumpa slalu pun tak elok, boleh fikir sendiri
Kita boleh pandu mana hubungan kita nak pegi
Apa kita nak jadi, mesti kita ambik tau
Bercinta kena ikhlas tak boleh ragu-ragu
Bukan you number satu sayang, I mintak maaf
Kena faham, mak I lagi tinggi dia punya taraf
Jangan sebik-sebik, jangan muncung-muncung
Cuba senyum-senyum, you tau tak kita ni beruntung
Sebab kita dapat hidup, you pulak dapat kenal I
Rumah tangga nak diri tu tak boleh terbengkalai
Itu impian kita, kena ready macam-macam
Kena blajar pandai-pandai, kena rasa banyak garam
Baru diri sedia, takde nak bedebar sangat
Kena kuatkan iman dan kena banyak bersabar, ingat
(Chorus)
Aku tanak berjanji sebab semua belum pasti
Nak hidup berapa lama tu belum tau lagi
Kita boleh merancang, jangan fikir bukan-bukan
Kita cuma boleh doa, mintak tolong dekat Tuhan
(Outro)
Aku mana boleh nyanyi, aku cuma boleh rap untuk kau
Tapi aku dah cuba
2004-2008, no tak beb, infiniti, peace
dgr lagu nih kat...
myspace.com/dmentthefirst
amp.channelv.com/dment
soundclick.com/DMentTheFirst
Posted by Ed.al-Firdaus at 9:37 AM 2 comments