CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 31, 2008

poorrahh nasyid!

Setelah lama tidak menaip dan menyepi seketika lalu wujud rasanya ingin menaip topik yang telah lama terbuku di benak ini.pooorrrah nasyid!!kenapa saya berkata sebegitu??adakah saya bersikap melampau??kurang ajar,tidak hormat kepada aliran hiburan yang bersandarkan islam ini??akan saya jawab kenapa saya berkata sebegitu dan akan saya ulaskan hujah-hujah saya tentang nasyid dan yang seangkatan dengannya.

Pertama sekali ialah mari kita mengatahui definisi nasyid itu sendiri,apakah itu nasyid??seperti yang dipetik dari Laman Web Rasmi Jakim sebagai rujukan yang bermaksud nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.Namun masih ramai yang mempertikaikan definisi ini walaupun ada yang meng'claim' bapa nya telah lama bekerja di Jakim.

Namun kini yang trjadi dalam industri nasyid negara Malaysia dan mentaliti rakyat MELAYU islam di malaysia terhadap nasyid ternyata tidak seluas dan sebebas seperti definisi yang Jakim beri.Mereka seolah-olah telah menetapkan sesuatu rukun baru untuk cabang seni ini yang secara tidak langsung telah merigidkan cabang seni ini menjadi satu jalan yang sempit untuk kita menyuarakan,menyampaikan hasil-hasil ilmiah yang berunsurkan islam,berkaitan dengan islam,bersendikan islam kepada orang ramai.

Fahaman dan mentaliti ini seolah mencipta satu garis baru dalam nasyid bahawa irama,dan bait-bait di didalam hasil seni nasyid hanya bisa kepada hasil-hasil yang mempunyai perkataan arab,nama-nama tuhan,sirah nabawiyyah,qasidah dan perkataan islam seoalah wajib ada untuk menunjukkan barulah ianya digelar nasyid!Ada yang juga mengatakan pabila lagu berunsur kebaikan dan nasihat itu adalah lagu mengajar kepada kebaikan,tetapi tiada jiwa nasyid dalam lagu itu.timbul satu persoalan,apakah yang mengajar dan mengajak kepada kebaikan,nasihat itu juga Islam??Malah ia termasuk dalam definisi nasyid yang digariskan oleh Jakim??

Pelik sungguh MELAYU islam di malaysia ini yang seolah olah kesyumulan konteks islam itu tidak lagi dipedulikan,malah mereka bukan sahaja merigidkan konteks itu tetapi menetapkan sesuatu yang dahulunya nabi dan para sahabat tidak pula pernah menetapkannya.Ia bukan sahaja berlaku kepada masyarakat tetapi kepada penyanyi-penyanyi nasyid sendiri,ada yang menyanggah instrumen-instrumen muzik yang ala kebaratan seperti gitar,lirik yang mendayu.Namun pendapat mereka yang melarang ini secara tiba-tiba menjadi 'halal' apabila mereka yang menggunakannya.

Belum lagi masuk bab pemakaian,sekali lagi ia dirigidkan.Terjadi di dalam siaran akademi nasyid tv9,salah seorang juri yang juga ahli kumpulan Hijjaz menyeru agar satu kumpulan ini memakai BAJU MELAYU agar kelihatan lebih nasyid!apakah releven hujah dan cadangan yang beliau berikan pun saya tidak tahu,saya merasa malu kerana masih lagi ada yang berfikiran sebegitu,dan datang dari penyanyi nasyid itu sendiri.Sejak bilalah pula BAJU MELAYU iaitu baju bangsa orang melayu menjadi baju yang menggambarkan kenasyidan??kalau iya,kenapa tidak suruh berjubah??bukankah berjubah itu sunnah??hatta ketika berdakwah dan memberikan tazkirah juga Islam tidak mewajibkan untuk memakai jubah dan baju melayu,inikan pula ketika bernasyid.

Saya tidak mahu berhujah berpanjang lebar,kita dikurniakan akal,untuk berfikir secara waras.maka berfikir dan bercakap dengan berhati-hati,janganlah merigidkan sesuatu yang tidak rigid,marilah kita berhijrah ke arah mentaliti yang lebih segar,jangan kita menjadi seorang yang hipokrit,menjadikan nasyid ini sebagai satu bisnes.bila terjadi pada orang lain semua tidak boleh,namun demi memenuhi selera pendengar dan ingin menjual album semua yang tidak boleh itu menjadi boleh.andai mereka yang ingat nasyid ini mereka punya dengan menetapkan gari panduan yang mengarut seperti diatas,maka ayuh!tinggalkan saja nasyid yang bersyarat ini dan mari kita membuat muzik,hasil seni yang berunsurkan seorang muslim yang mana skop nya lebih luas!

3 comments:

minda said...

Assalamualaikum..
Nasyid merupakan cabang dakwah.maka secara tidak langsung para munsyid ini merupakan para pendakwah.maka tiada apa yang perlu disaingi dalam berdakwah.oleh itu,sebagai penasyid cara beradakwah perlu lah membawa kepada jalan yg lurus,ketaatan pada Allah swt dan rasulnya.

erm,ana masih xpaham apakah maksud rigid yang dimaksudkan.jika nta cakap sesetengah para penasyid menganggap gitar alat muzik kearah kebaratan tidak boleh digunakan spt gitar,boleh berikan penasyid mana yg katakan.kerana tidak pernah pula terdapat kenyatan media yg dpt saya cari mengenai hal tersebut.

mengenai pendapat hijjaz dlm akademi nasyid tersebut,perlu difahami ia hanyalah pendapat dari seorang yg telah memilih nasyid bagi berdakwah selama belasan tahun.apa yg diperkatakan hanyalah panduan bagi menyampaikan dakwah.tidak jatuh hukumnya sebagi wajib mahupun ia menjadi fatwa bagi seluruh munsyid.

mungkin kadang2 yg berfikiran rigid adalah para pendengar dan para pemilik stesen2 media.dalam merentas masa,telah banyak pembaharuan dalam aspek muzik dan lirik agar menambahbaikkan mutu dakwah melalui cabang ini..

wallahu a'lam

alFaisal said...

Izinkan saya komentar dan berkongsi pengalaman. Saya banyak juga pernah membuat persembahan dan berada di belakang pentas bersama dengan artis2 genre yang dinamakan nasyid.

"erm,ana masih xpaham apakah maksud rigid yang dimaksudkan.jika nta cakap sesetengah para penasyid menganggap gitar alat muzik kearah kebaratan tidak boleh digunakan spt gitar,boleh berikan penasyid mana yg katakan.kerana tidak pernah pula terdapat kenyatan media yg dpt saya cari mengenai hal tersebut."

Apa yang dikongsikan oleh adik saya adalah apa yang saya kongsikan pada beliau. Ya tiada kenyataan rasmi. Tetapi kenyataan luar media apabila ada suara memperlekehkan sebuah kumpulan nasyid ini bermain gitar dalam persembahan mereka. Katanya tidak tsiqah. Tak perlulah saya sebut kumpulan mana. Malah seorang lagi penasyid senior turut pernah menyuarakan di dalam melodi kalau tidak silap saya bahawa nasyid sebenar adalah sebagaimana yang mereka bawakan (dengan gendang dan sebagainya).

"mengenai pendapat hijjaz dlm akademi nasyid tersebut,perlu difahami ia hanyalah pendapat dari seorang yg telah memilih nasyid bagi berdakwah selama belasan tahun.apa yg diperkatakan hanyalah panduan bagi menyampaikan dakwah.tidak jatuh hukumnya sebagi wajib mahupun ia menjadi fatwa bagi seluruh munsyid."

Ini bukan perkara asing. Sewaktu pernah menyertai pertandingan nasyid dahulu salah seorang lead vocal kumpulan nasyid yang agak disegani turut menegur secara terbuka berkenaan pakaian. Kerana ada perserta pada malam itu yang tidak berkopiah (termasuk kumpulan kami) maka beliau menegur kerana imej tak mencerminkan kumpulan nasyid. Kopiah takda dan sebagainya. Ianya mungkin bukan fatwa, tetapi memberi persepsi dan menyempitkan ruang yang sedia luas dalam Islam. Kalau seorang pendakwah tidak dilihat salah berkot dan bertali leher, mengapakah pula seni ini dikuduskan melebihi pendakwah yang berdakwah dalam bentuk pidato (sedangkan itu lebih sunnah daripada melalui seni).

Saya mungkin tidak bersetuju dengan pendekatan 'ganas' tulisan adik saya ini. Tetapi ada poinnya yang betul. Saya sendiri hingga kini tertanya apakah yang genre nasyid ingin tekankan form ataupun substance? Saya bersetuju mereka yang menyanyikan lagu-lagu berunsur nasihat ini perlulah punya akhlak baik. Menasihat dengan perkara-perkara yang sahih. Itu semua substance. Tentang kopiah atau tak berkopiah, berbaju Melayu atau berbaju Cina. Itu semua form. Selagi tidak melanggar batas syarak dan akhlak mengapa perlu berlebih-lebihan. Sehinggakan baju Melayu menampakkan 'lebih' nasyid (Islami?) daripada selain baju melayu.

wallahua'lam.

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.