Salam,sekali lagi tangan terasa ingin menaip,terlalu banyak isu yang bermain di benak pemikiran ini yang ingin dikomentar oleh saya,isu-isu politik,isu-isu semasa,isu-isu ummah dan agama serta lain-lain.Namun isu yang baru paling menarik dan terhangat ialah isu tentang 'Melayu' dan kuota UiTM selain isu politik dan permatang pauh yang telah pun kita tahu keputusannya.Dalam isu ini,bodohkan orang melayu yang iaitu pelajar-pelajar terlibat dalam demonstrasi yang kononnya "aman" di jalanan mempertahankan hak-hak kemelayuan ini?
Jika ditanya kepada saya,maka jawapan yang akan saya berikan ialah,mereka tidak bodoh kerana mereka terdiri dari pelajar-plajar univtsiti,tetapi mereka yang merelakan diri mereka menjadi atau kelihatan bodoh!Dalam erti kata lain merelakan diri sendiri diperbodohkan.Kenapa dan mengapa saya berkata begitu??Kerana saya mengetahui dan mempelajari sejarah dimana mereka tidak ataupun mereka buat-buat tak tahu akan sejarah kerana minda telah dijajah dengan anasir-anasir assabiyyah.
Andai kita menyingkap kembali sejarah,cadangan membuka ruang kepada kaum bukan melayu ini telah pun dicadang terlebih dahulu oleh Tun Mahathir,namun pada masa itu ketika PM yang mencadangkannya maka tidak pula kita lihat orang-orang dan anak-anak melayu ini berarak dan memprotes akan cadangan itu.Namun pabila baru-baru ini ianya keluar dari mulut pemimpin pembangkang namun ianya ditntang habis-habisan!Namun wujud satu persoalan dibenak ini,adakah mereka ini sebenarnya betul sebetulnya niat menentang kerna ingin membela hak orang melayu atau semua ini berunsur politik kerana dengan adanya demonstrasi dan menghighlightkan isu ini yang keluar dari mulut pemimpin pembangkang seolah-olah pembangkang belot kepada kaum melayu?
Jika mereka iaitu pelajar-pelajar yang menyertai tunjuk perasaan ini mengiyakan dan menegaskan bahawa mereka betul ingin mempertahankan hak bangsa mereka namun saya ingin membuka lembaran sejarah dan meminta berfikir,kenapa ketika kerajaan membuka kuota kepada kaum bukan melayu di sekolah berasrama seperti MRSM tidak pula mereka membela nasib kaum mereka?Kerana seperti kita sedia maklum,MRSM lah sekolah yang memberi ruang kepada anak-anak Melayu yang berjaya dalam bidang akedemik sehingga lepasan-lepasan pelajar Melayu MRSM boleh dikatakan majoritinya berjaya sama ada di dalam atau luar negara.MRSM ialah teras kepada pembangunan masyarakat Melayu,lalu jika ianya dibuka kepada kaum lain ia semestinya mengurangkan hak-hak pelajar cemerlang Melayu miskin yang sememangnya layak untuk mendapat tempat di MRSM untuk memnuhi impian mereka.Tapi,langkah kerajaan ini seperti diiyakan dan dipersetujui oleh orang-orang melayu.
Jika di peringkat bawah iaitu sekolah tidak dibantah,kenapa perlu membantah di peringkat tinggi??malah kuota yang ingin diberikan lebih kecil berbanding kuota yang diberikan di peringkat sekolah.Malah dapat dilihat kebanyakkan pelajar-pelejar UiTM masih mempunyai minda minoriti walau secara hak mereka adalah mejoriti.Ini kerna alasan yang diberikan juga seperti jika ianya dibuka sebyak 10% kepada kaum bukan Melayu,maka nanti kebanyakan jawatan akan disapu oleh mereka.Sudahlah ini menunjukkan minda minoriti yang wujud pada diri mereka,malah mencerminkan pelajar-pelajar melayu disana sudah menyerah kalah sebelum bertanding,tidak punya ciri-ciri daya saing.Bagaimana pula jika nanti mereka memesuki alam perkerjaan dimana mereka perlu bersaing dengan kaum-kaum lain??Tidak hairanlah ramai orang Melayu yang menggangur kerana sejak di universiti lagi mereka mempunyai pemikiran minoriti!
Kita rakyat malaysia juga menentang dasar diskriminasi,pabila melihat cerita-cerita dimana di Amerika,orang berkulit putih mengecam sekolah-sekolah dibuka kepada orang kulit hitam.Kita juga mengecam tindakan orang kulit putih disana yang seperti tidak berperi kemanusiaan.Namun hakikatnya,kita seperti menjilat ludah sendiri pabila kita juga melarang pembukaan ruang yang sedikit kepada kaum yang bukan berbangsa Melayu.Kita secara tidak langsung bertukar kulit menjadi warna putih,adakah ini tindakan dan kelakuan yang wajar hadir pada orang-orang yang bijak?Bersama kita renungkan dan fikir sama ada wajar tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM yang jelas mempunyai unsur perkauman,bagi Melayu yang muslim adakah agama kamu mengajar untuk bersifat perkauman??Wallahualam.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. [al-Ma'idah 5:8]

Ed.alfirdaus
29 ogos 2008
2 comments:
Muaz
08/29/2008 11:36 pm
salam..waa best la the new issue from ur blog..emm nk tnye sket ek..emm camne lak kalo ade org gunekan arguement yg bdn MARA,i mean the goal of MARA tu adlh nk menolong org2 melayu..dan dsbbkn tu,pembukaan 10% adlh x patot..so camne??
Ed
08/30/2008 1:14 am
salam..ok,then kenapa tak lawan dari dasar..iaitu sekolah..tht's wut i mean,adakah diorg ini betul2 ingin memperjuangkan kemelayuan atau hanya politik semata?mara membuka lebih 10% ada hujahnya..seperti nak sekolah yang berintergrasi,persaingan sihat...dan kita kena ingat,jangan kita bersikap pemikiran minoriti sedangkan kita adalah majoriti...adakah pembukaan uia kepada orang luar negara ini sesuatu tidak betul??takkan..malah mewujudkan persaingan sihat,pertukaran pendapat..kalau tak patut kenapa??jangan biarkan diri dijajah oleh pemikiran assabiyyah yang telah dilarang dalam islam kerana ianya boleh membinasakan sesuatu kaum itu sendiri..kalau beri 10% pon apalah sangat?takkan 90% tak boleh lawan dan bersaing dengan 10%..kalau tak boleh,maka nyata kita memang lemah.lagi satu andai kita nak kecoh,bangsa lain tak kecoh ipts dibuka kepada orang melayu walau mereka tidak ada hak untuk memasuk ipta...kenapa kita takleh jadi cam mereka...belajar sama2...wujud kan persaingan..apa nanti di tempat kerja adakah lagi hak2 yang mereka nak tahankan itu??jika kita tak belajar dari university..sampai bila?
Muaz
08/30/2008 2:07 am
hmm interesting and i'm very sure tht diorng ni x kaji sejarah as being stated in ur blog,coz it's stated in the education act 1961..pendidikan digunekan sbg satu alat utk promote unity..so bile issue ni timbul..rasenye cam the act was totally a big joke to me,and ni mnunjukkan the current gov bersikap racist,dan satu lagi ialah berkenaan politik,coz bende ni tlh dikemukekan oleh pemimpin pembangkang so ini tros menjadikan ia satu issue yg sensitif dan mrupekan modal bagi the current gov and lagi satu from my oppinion is tht..i dont think other races nk masok sgt uitm tu coz diorng da set dlm mind diorng...masok melayu adlh masok islam
"diorng da set dlm mind diorng...masok melayu adlh masok islam"
Saya tak rasa frasa ni tepat menggambarkan minded mereka. Pengalaman berbual dengan saudara Muslim cina yang dahulunya belum Islam. Kebanyakkannya takut masuk Islam kerana ianya seolah-olah masuk Melayu. Melayu disini bukan dalam maksud teori, tapi melayu realiti yang ada di Malaysia hari ni. Mereka agak khuatir terhapus identiti bangsa mereka walhal Islam tidak datang ke tanah melayu menghapuskan identiti Melayu, jadi mengapa kita orang Melayu ni kadang-kadang berlebih2 cuba menghapuskan identiti golongan bukan Melayu yang memeluk Islam. Begitulah kiranya.
wallahua'lam
Post a Comment