CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 28, 2008

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Artist: Ebiet G. Ade Ft M.Nasir

First i heard this song in academy nasyid in tv9 sang by the guy holding guitar with long hair,try to catch the meaning of the song,and yea the meaning is really deep with nice word and reality of this world,every single line is nice compose by ebit g and this song collabo with m nasir..the story and flow of this song really nice..lets us feel and try to understand the meaning together..(^_^)

Friday, June 27, 2008

Aladin makan membazir?!

Pada satu hari,tidak saya ingat akan hari apa dan tarikhnya,saya mendengar radio dan dj radio tersebut begitu teruja mengajukan soalan apakah yang akan anda pinta jika anda mempunyai teko ajaib ala-ala aladin?!Ramai yang menjawab nak kereta mewah,nak rumah mewah,nak hidup senang,boleh makan sedap-sedap dalam keadaan kesempitan kewangan sekarang ini.Dan sebagainya.Namun tidak ada sorang yang kata,dalam keadaan dunia yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan,saya nak mintak semua orang kat dunia kaya atau hidup senang,dapat makan,dan hidup selesa dan aman.Atau memang dah takder orang berfikir begitu??

Ternyata apa yang mereka minta itu suma berlebih-lebihan,membazir.tidak cukupkah sekadar apa yang telah ada?Tentang beberapa pendengar yang mengatakan nak makan sedap-sedap,ya saya akui dan tidak saya nafikan memang keadaan kewangan sekarang agak perit sehingga nak makan pun susah.Tetapi,siapa tak kenal dengan malaysia dan orangnya??Kerna cuba saja tanya pandangan orang yang ke malaysia,mesti jawapannya makanan lazist belaka.Memang nafsu makan orang malaysia agak luar biasa,ada yang sampai tidak bolah kawal bila berjumpa dengan makanan,obesiti yang menjadi risiko pun tidak dihiraukannya,janji perut diisi walau sudah penuh.

Saya tertnya,adakah kita yang mengawal nafsu kita dari segi hendak makan atau nafsu itu yang mengawal kita??Jika sekali sekala kita makan yang enak-enak,tidak mengapalah,tetapi jika sampai ingin hari-hari,mengapa tidak kita berkongsi bersama yang lain?Yang tidak pernah merasakan makanan enak-enak.Kita kadang kala orang malaysia ini tidak lengkap hidup tanpa makanan seperti hidup untuk makan dan bukan makan untuk hidup sehingga ada yang membazir,bagi yang muslim bukankah ada ayat

“ Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar kepada tuhannya” (Al-Isra : 27).

Makan tak salah,dan saya tak salahkan orang yang makan kerna takut pembaziran berlaku,namun yang saya ingin nyatakan ialah sikap yang membeli atau sebagainya secara berlebihan.Ada juga alasan bagi golongan yang suka membazir ini memberi alasan,makan banyak makin 'sihat'.sihat??disalah ertikan perkataan sihat itu sendiri.Jika sihat yang dinyatakan itu membawa maksud kepada obesiti atau kenaikan berat yang tidak seimbang,maka mereka sebenarnya hanya berilusi tentang perkataan 'sihat'.

Alangkah bagusnya jika ada orang yang menjawab soalan dari dj radio tersebut yang meminta hajat agar semua orang hidup kaya,sihat dalam erti kata sihat yang sebenarnya,dapat makan 'secukupnya', agar tidak terjadi insiden seperti gambar dibawah tatkala kita sedap bersantap dan 'sihat'.w.a.

^^Helang sedang menunggu budak yang kelaparan menjadi santapan,stylo,renung-renungkanlah.

Ed.alfirdaus
5.12pm

Tuesday, June 24, 2008

Secebis kenangan Al-Falah

Setelah lama berehat dengan keadaan demam yang on off,sakit tekak,kembali terasa ingin berkongsi sesuatu di blogga saya nih,hehe.kali ini post lebih agak santai.Terbaca di surat khabar tentang akiviti sukarelawan al-falah anjuran YADIM,teringat kembali kenangan lalu kerana saya juga salah seorang sukarelawan al-falah jika berdasarkan sijil yang saya peroleh,namun bukan itu yang nak saya banggakan.jom menyelami ketika berada di kem tersebut,apakah yang dikatakan sukarelawan al-falah dan betapa berkesankah kem itu kepada para remaja.

mulanya diberitahu oleh ustaz sebagai pengerusi persauan pelajar islam harus dijadi wakil untuk menyertai kem ini kerana semua yang lain tidak mahu menyertai,hanya saya dan diniey yang menawarkan diri kerana tidak mahu pihak sekolah dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai wakil,dan pada mulanya hanya difahamkan hanyalah sebuah kem motivasi.berasa pelik juga kenapa hanya diajukan kepada persatuan agama islam??tanpa banyak soal saya dan diniey pown bertindak menurut arahan.sampai di eco dusun resort,terpaksa mendaki bukit yang tinggi!untuk ke tempat penginapan,baju sekolah telah pun bermandi peluh,fikir-fikir kem apakah ini??ragging budak-budak sekolah ker??

sampai-sampai di atas bukit,pelajar semua disuruh meletakkan barang-barang di dorm sebelum berkumpul di dewan utama,berkumpulnya pelajar di dewan utama,kami semua boleh dikatakan 'dipaksa' mengisi borang tanpa sebarang informasi dan kemudian borang-borang rasmi itu dipungut dan akhirnya diberitahu,kamu telah menyertai sukarelawan al-falah.saya terdetik,sukarelawan apa disuruh isi borang tanpa consensus ed idem.kemudian tidak diberitahu asal usul kem ini dan akhirnya menyeru bahawa kamu adalah sukarelawan walau disuruh dan mengisi borang tanpa jiwa yang sukarela.kemudian acara diteruskan dengan aktiviti seerti kem-kem motivasi yang lain.

pelbagai kenangan yang telah saya perolehi,dimana terpaksa meminjam baju lengan panjang sorang budak perempuan kerana ingin melakukan aktiviti malam didalam hutan akibat tidak membawa baju berlengan panjang.cukup ceritera tentang wanita dan aktiviti,pada satu aktiviti ada seorang pakcik ini dengan gelagat yang sekali lagi membingungkan para pelajar,berteriak dan memukul salah seorang pelaja kerana berkelakuan agak nakal.sekali lagi saya seakan apakah tujuan kem ini??menjana minda,fitrah pemuda pemudi atau muslimin dan muslimah atau kem tentera??segala seolah dilakukan atas dasar paksaan??adakah islam itu dasarnya memaksa?

tidak dinafikan bahawa tujuan program ini amat murni membina dan menanam sifat kesukarelawan didalam setiap individu muslim namun haruslah ia berlandaskan ajaran quran dan sunnah yang ternyata telah punya garis panduan dan caranya.tidaklah boleh menggunakan azimat nama sukarelawan islam namun orang yang bertugas hilang sabar akan sikap anak remaja yang hadir,jika tidak menjamin dapat bersabar,maka mengapa memilih untuk memberi panduan kepada kami??adakah anda ingin kami sukarelawan al-falah bersikap sedemikian ketika menjadi sukarelawan??dan adakah sikap memarah seseorang di depan orang ramai terdiri dari akhlak islamiah??

tidak saya tahu adakah sistem pentarbiyyahan kem sukarelawan al-falah ini masih sama atau telah pun diubah.namun jika masih lagi dengan cara lama harap diubah menjadi lebih relevan.ikutlah cara Rasulullah salallahualaihi wassallam mentarbiyyah anak-anak muda dan remaja.rujukan banyak,tidak lagi relevan islam dirtarbiyyah dengan paksaan dan kekerasan.jika ingin sangat berkeras,berikanlah dalil dan setelah berkeras,ucapkanlah kata-kata maaf agar orang yang dimarahi itu boleh menerima sebab kenapa dia dimarahi.Rasulullah salallahualaihi wassallam adalah orang yang paling tidak kedekut meminta maaf,mengapa tidak kita??namun saya masih berbangga saya sukarelawan al-falah walau dulunya dipaksa menyertainya.hehe.wallahualam.

Friday, June 13, 2008

Iyelah,ko hebat! Ko tau semuanya!


"iyelah,ko hebat,ko tau semua nya".Inilah kata-kata yang dilemparkan oleh seorang teman muslim saya yang sedikit sebanyak membangkitkan perasaan amarah,namun apakan daya?sabar sahajalah.Golongan seperti ini telah lama wujud dan ramai sahaja jika kita lihat di forum-forum,alam siber dan nyata.Sesetengah berpendapat bahawa inilah hujah untuk mematikan hujah bagi orang yang telah ketandusan idea.Kenyataan yang berbaur provokasi,sedangkan mereka hanya boleh berdiam diri jika mereka betul-betul sudah tidak mempunyai idea.Saya terfikir,apakah mereka ini jahil akan adab bermuzakarah?Apakah dahulu kala para ilmuan islam bersikap sebegitu ketika bermuzakarah sama ada dalam aspek agama ataupun isu semasa?

Kerana saya rasa saya masih berpegang kepada konteks dan tidak keluar dari tema yang dibahaskan,diperselisihkan begitu jua dimana di dalam Al-quran yang menceritakan tentang kaum nabi Nuh yang menyatakan kepadanya:

"Berkata dari golongan bangsawan kaumnya, sesungguhnya kami melihat engkau dalam kesesatan yang nyata."(al-Araf 60).
Lalu dijawab oleh nabi Nuh, "Wahai kaumku, sesunguhnya aku bukan berada dalam keadaan kesesatan tetapi aku adalah rasul yang diutuskan dari Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan kepada kamu risalah Tuhanku dan menasihati kamu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui"(al-Araf 61-62)

Ternyata ayat diatas, jawapan yang diberikan oleh nabi Nuh berteraskan kepada tema persoalan yang ditimbulkan oleh kaumnya dan tidak lari dari tajuk perbincangan.Dan tidak pula saya tahu kenyataan "yelah ko hebat dan ko tahu semuanya" termasuk dalam tajuk perbincangan.Andai kata mereka sudah tidak mampu untuk membuktikan kebenaran,lalu hujah mereka dipatahkan dengan hujah yang diberikan pihak lain dengan bukti yang konkrit,logik dan jelas maka harus lah mereka terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada seperti mana kisah ahli sihir firaun yang beriman kepada nabi Musa setelah terbukti kebenaran kerasulannya.Begitu juga kita hendaklah kembali kepada kebenaran walaupun orang yang benar itu adalah orang bawahan kita dan kita sanggup menyatakan saya silap dan engkau betul.

Orang yang terlibat dalam perbahasan,perbincangan atau muzakarah mestilah menghormati pandangan orang lain yang bercakap baik ketika memberi hujah-hujah yang bernas walaupun berbeza dengan pandangannya. Ini terbukti melalui peristiwa muzakarah Abu Bakar dengan Umar bin Khattab mengenai pengumpulan al-Quran selepas perang Yamamah. Abu Bakar pada mulanya enggan menerima tetapi apabila berlaku muzakarah dengan Umar, maka Abu Bakar mengakui kebenaran Umar dalam mengumpul dan menulis al-Quran. Begitu juga kisah Umar bin Khattab mengakui kebenaran Abu Bakar ketika mengisytiharkan perang terhadap orang murtad dan orang yang enggan mengeluarkan zakat yang pada mulanya dipersetujui oleh umar.

Ada di antara golongan ini yang suka berhujah hanya dengan cukup sekadar mendengar berita dari entah mana,sedangkan kita hendaklah meneliti sesuatu masalah dengan penelitian yang rapi.Tidak menggunakan sesuatu istilah atau lafaz kecuali pada tempat yang betul.Perlu berdasarkan maklumat yang betul dan bukan hanya dari berita yang difowardkan dan pabila ditanya mana dalilyang mensahihkan tuntutan mereka,mulalah mereka berkata"ko lah tau semuanya",ini kerana Allah berfirman:

“ Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita hendaklah kamu selidiki terlebih dahulu dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.” (al-Hujarat 6)

Sedangkan Islam sendiri menyuruh kita berdialog dengan baik apabila berdialog dengan orang bukan Islam seperti Firman Allah:

“ Janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara paling baik kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka.” (al-Ankabut 46)

Inikan pula apabila ingin berdialog dengan saudara muslim kita sendiri,adakah dengan berkata "ah,ko jer lah tau" itukah cara dan adab kita sebagai orang yang mengucapkan syahadah?

Adab bermuzakarah perlu difahami oleh setiap individu masyarakat kerana perkara ini sentiasa dihadapi oleh kita dalam setiap masa dan tempat. Sementara itu, dialog peradaban,isu semasa dan agama amat penting dalam memastikan tamadun yang dibina itu benar-benar mantap. Oleh demikian, adab-adab yang telah digariskan oleh syariat Islam sewajibnya dipatuhi supaya ia menghasilkan natijah yang terbaik dalam setiap perbincangan dan dialog.

Konklusinya,andai kita jahil dan tidak tahu menahu akan adab-adab bermuzakarah,banyak buku dan kitab yang dinukil oleh ulamak-ulamak untuk kita baca seperti Ilmu al-Jidal (Ilmu Berdebat), Adab al-Iktilaf (Adab Perbezaan Pendapat) dan Adab al-Hiwar (Adab Berdialog). Antara buku tersebut ialah al-Kifayah fi fann al-Jidal oleh Imam al-Haramain (m,. 478H ), al-Ma’unah fi al-Jidal oleh Syirazi (m. 476H) dan Tarikh al-Jidal oleh Muhammad Abu Zahrah, Adab al-Iktilaf oleh Dr. Taha Jabir al-Alwani dan Adab al-Hiwar oleh Syeikh Sayyid Muhammad al-Tantawi.

Ed.alfirdaus
1.56pm
2008

Tuesday, June 10, 2008

Islam bukan untuk MELAYU

Sejak dua tiga bulan yang lepas,saya ada berbincang dengan teman-teman rapat akan isu kita sebagai umat Islam apa patut kita lakukan.Disamping itu isu-isu yang disentuh juga ialah kepentingan mempertahankan bangsa kita sendiri sebagai seorang mukmin dan juga fisabilillah.Pada mulanya,saya seakan-akan berpegang teguh dengan pendapat kawan-kawan saya,dan saya merasakan bangsa Melayu harus mempertahankan kedudukan mereka di negara ini sebagai seorang umat Islam.Semangat assabiah tidak lagi saya peduli,saya percaya dengan menyertai salah satu organisasi atau pertubuhan ini yang menyebarkan mesej dakwah dan jihad,semangat persaudaraan atau ukhwah itu akan lebih erat antara ahli berbanding sebelum kita menyertainya.

Semangat bangsa mula menebal dalam diri sehingga alpa seketika bahawa majoriti teman-teman saya adalah datang dari bangsa lain dan bukan melayu.Masa yang telah saya luangkan,kenangan di sekolah,persahabatan yang terjalin bersama mereka yang solah-olah abang dan adik telah saya lupa sejenak.Semuanya kerana termakan dengan hujah-hujah teman-teman yang berbangsa MELAYU yang kalau direnung kembali tidak ada logikanya.Namun dengan rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,saya telah diberi hidayah yang membuatkan saya terfikir sejenak tentang isu-isu diatas apabila terbaca sepotong ayat dari kitab suci dimana Allah berfirman:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."Al-Hujuraat 49:13.

Ayat diatas telah membukakan mata dan minda saya untuk berfikir sejenak,Allah tidak pernah menyuruh umat Islam untuk mempunyai perasaan buruk sangka terhadap bangsa lain yang bukan sebangsa dengan kita malah dengan jelas Allah menyatakan jadinya kita dari berbagai-bagai bangsa adalah untuk berkenal-kenalan,beramah mesra antara satu dengan yang lain.Disini tersangkalah akan pendapat atau fahaman yang mengatakan di Malaysia ini umat Islam yang berbangsa Melayu harus berjaga-jaga dan sedar agar kuasa ekonomi tidak jatuh ketangan atau di monopoli oleh bangsa lain.Secara tidak sedar fahaman ini menyuntik sifat assabiah dalam diri dan bukannya sifat sayang menyayang antara satu bangsa dan bangsa yang lain seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T.

Sekali lagi fikiran saya disentak dan disedarkan atas pengaruh-pengaruh yang tidak sihat itu apabila saya diceritakan bahawa ulamak-ulamak besar dan terkemuka di mesir tidak pernah menyapa bangsa yang tidak seiman dan keyakinan dengan mereka sebagai orang lain.Malah ada diantara mereka yang tidak seiman dengan para ulamak tersebut dianggap dan disapa sebagai 'ikhwan' iaitu saudara.Saudara setanah air,saudara spermainan ketika kecil,walau mereka bukan saudara seiman.Umat kristian disana dipanggil dengan nama 'ikhwanulna al aqbath'.Dan di dalam sejarah para anbia Kaum nabi Nuh adalah kaum yang mendustakan para Rasul mereka,dan tidak mahu seiman dengan nabi Allah Nuh.Meskipun sedemikian Allah tetap menyebut Nuh adalah saudara mereka.Seperti yang boleh kita lihat dua potong ayat dari Kitab Suci Al-Quran yang di mana Allah berfirman:

"Kaum Nuh telah mendustakan para rasul.Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?"Asy-Syu'araa' 26:105-106.

Ayat diatas jelas menyatakan bahawa walaupun mereka tidak seiman dengan kita namun kita tetap bersaudara.Maka sejuk sedikit hati saya kerana setelah membaca ayat diatas saya percaya bahawa tindakan menganggap teman yang tidak sebangsa dan seiman dengan saya sebagai saudara selama ini adalah benar.Mungkin disebabkan sedikit emosi dan tidak rasional saya telah termakan dengan hujah-hujah yang tidak ada asasnya,hujah yang mengatakan kita hanya akan dapat merasai semangat sebenar persaudaraan dan akan lebih erat jikalau menyertai sesetengah jemaah,persaudaraan hanya terjalin antara umat islam sahaja yang pada dasarnya hanya cuba menyuntik sentimen bangsa dan semangat assabiah dalam diri ini.Sekali lagi fahaman ini ternyata berlawan dengan ayat diatas.

Terdapat sebuah lagi hujah yang cuba disuntik oleh jemaah ini yang membuatkan saya terfikir ialah sesiapa yang menyertai jemaah tersebut akan menjadi saudara dan akan memperolehi persaudaraan yang lebih diiktiraf disebabkan ianya berlandaskan bai'ah yang telah dilafazkan.Tetapi,di dalam kitab suci Al-Quran Allah telah berfirman :

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." Al-Imran 3:103.

Ayat diatas menyatakan barang siapa atau umat islam yang bertakwa dan beriman kepada Allah iaitu tuhan semesta alam maka mereka adalah bersaudara.Dan dimanakah logiknya jikalau hujah mereka mengatakan kita hanya akan dapat merasakan semangat persaudaraan selepas kita melafazkan bai'ah dan sebelum kita berbai'ah semangat antara umat Islam tak ubah seperti hanya seorang teman biasa,sedangkan ayat diatas menunjukkan jikalau kita umat Islam yang beriman maka kita wajib mewujudkan perasaan persaudaraan antara satu sama lain,bukan selepas kita berbai'ah barulah wujud perasaan itu.

Konklusinya,adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam di muka bumi ini untuk mencampur adukkan sebarang sentimen bangsa dengan Islam.Ini jelas kerana Rasulullah S.A.W berdakwah tidak mengira bangsa.Dan tujuan Islam diturunkan bukan hanya untuk orang berbangsa Arab,Cina,Melayu dan lain-lain.Islam adalah untuk semua,nescaya jika dicampur adukkan semangat mempertahankan bangsa dalam menyebarkan syiar Islam maka sudah tentu Rasulullah tidak berjaya membawa Islam ke seluruh pelusuk dunia.Oleh itu janganlah kita mempersempitkan Islam malah memperluaskan lagi.

Ed.alfirdaus
2008

Sunday, June 8, 2008

Pendekatan Islam yang moden??-2

Seperti yang kita ketahui dan lihat kian hari,masalah sosial kelihatan semakin parah.Anak-anak muda melayu Islam tidak lagi seperti seorang anak Muslim,mereka lebih selesa dengan cara hidup barat berbanding cara hidup Islam.Segala yang dilakukan di sekolah tentang kem-kem ibadah dan sebagainya seperti tidak menusuk hati anak-anak muda.Kenapa,mengapa dan bagaimana ini semua boleh berlaku?Cuba saja kita tanyakan nama mufti di tempat mereka,dan nama-nama isteri Rasulullah salallahualaihi wassalam,dan apakah jawapan yang bakal mereka berikan?Majoriti akan menjawab "ah haa tak tahu".Berbanding dengan nama-nama artis dan idola mereka yang datangnya dari barat,dan berapa ramai yang beridolakan nabi junjungan Muhammad salallahualaihi wassalam.


Islam bagi anak-anak muda kini adalah agama yang kolot dan tidak bebas,ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah hanya tahu untuk membebel.Jelas bahawa tajdid atau reformation perlu dilakukan dalam berdakwah kerama sistem yang dipakai sekarang ini jelas tidak begitu berkesan secara total.Kita menyeru anak-anak muda memenuhi masjid sedangkan kini gambaran penggunaan masjid yang tergambar dalam pemikiran mereka hanyalah tempat beribadat,agama dan agama.Mereka berasa bosan bila tergambarkan masjid,walhal ketika zaman Rasulullah salallahualaihi wassallam,masjid menjadi fungsi utama,aktiviti yang dilakukan di masjid tidak terkata,masjid menjadi satu tempat yang interesting seperti di klcc,midvalley dan lain-lain.

Masjid tidak harus hanya diisi oleh pelajaran agama akan tetapi segala bentuk pelajaran fardhu kifayah seperti metematik,sains dan lain-lain.Kenapa tidak kelas tusyen diadakan di masjid?tidak pula saya tahu ada dalil yang menghalangnya.penggunaan masjid kini telah dirigid atau disempitkan hanya untuk penggunaan yang berkaitan dengan agama sedangkan mereka semua alpa akan perkara-perkara lain kerana Islam itu sendiri meliputi segala macam benda,Islam tidak bosan,Islam bukan tertumpu hanya pada ibadat.

Cukuplah sekadar disini,akan kita kupas permasalahan yang lain insyaAllah di post yang akan datang.Saya hanya memberi pandangan dan mungkin orang lain turut mempunyai pandagan tersendiri,namun hakikatnya itulah yang berlaku kini.Dan masalah yang dilihat enteng ini semakin hari semakin menular sehingga ke seluruh pelusuk negara.sekian,berjumpa lagi dalam post bertajuk Islam bukan untuk Melayu.

Thursday, June 5, 2008

Pendekatan Islam yang moden??

Bimisslahhirahmanirrahim,assalamualaikum.apa yang cuba saya bincangkan pada post kali ini adalah tentang pendekatan Islam yang moden.Apakah itu pendekatan Islam yang moden?Mengapakah perlu wujudnya pendekatan ini?Akan saya kupas soalan-soalan sering bermain di fikiran.


Kenapa kita perlu ada pendekatan islam yang moden?
Seperti yang kita ketahui,Islam adalah agama yang menyeluruh dan sentiasa bergerak seiring dengan masa,Islam yang asal yang berpaksikan Quran dan Sunnah selama ini tidak punya apa masalah dan kecacatan sedikitpun cuma yang ada adalah pada masa kini,penafsiran dan pengamalan terhadap Islam itu sendiri oleh masyarakat sekarang yang mulanya sejak kelemahan dan runtuhnya tamadun Islam yang begitu gah suatu ketika dahulu.Dimana ketika itu Islam dilihat seakan tidak membangun seperti tujuan awal yang telah dilaksanakan Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam,para sahabat dan para sarjana-sarjana yang awal.

Islam sebenarnya tidaklah tertumpu hanya pada satu zaman seperti selepas hijrah dan khulafa' arrasyidin tetapi harus ditanya pada diri kita masing-masing bagaimana pada satu zaman iaitu zaman kita sekarang ini Islam seakan tidak dapat beridiri dengan sendiri dan di 'update'.Untuk menghadapi umat Islam itu sendiri yang serang ini sudah tidak mampu lagi memberi impak dari segi kesarjanaan,ketamadunan, apakan lagi keilmuan.Kita boleh lihat kepada barisan muda muslim yang ada sekarang di negara kita seakan tidak memberi gambaran yang molek walaupun tidak semua yang begitu.Sikap sesetengah orang Islam itu sendiri tidak mencerminkan sifat sebenar Islam itu diri mereka yang membawa misi kesarjanaan,kedamaian,keadilan,keinsfan dimana ia menjadikan manusia terasa bertapa rahmatnya,syukurnya dengan wujud nya Islam.

Contohnya ialah umat Islam yang tidak memberikan contoh yang baik tentang Islam itu sendiri,walaupun tidak semua.Seperti mana perhubungan yang keras antara muslim dan yang bukan muslim,dimana ada yang mengatakan di'haramkan' menjawab salam orang yang bukan muslim,tidak boleh makan di rumah yang bukan muslim,dan bila ditanya nas dan dalil mereka tidak pula dapat membalas,akan tetapi hakikat dan bukti nya adalah boleh saja kita menjawab salam orang yang bukan muslim asalkan ungkapan salam itu betul dan caranya kerana didalam Quran sendiri menyebut "Apabila kamu diberikan dengan satu ucapan,maka jawablah dengan yang lebih baik atau setaraf denganya",golongan ini seakan menganggap agama ini cukup sekadar hentam sambrono saja.Penampilan akhlak dan pendirian ini yang sebenarnya tidak pernah pun disuruh didalam Islam seakan menular dalam kehidupan kita seperti contoh yang dibincangkan di atas.

Islam perlulah digambarkan satu agama rahmat dan bukan agama yang sentiasa menghalang sesetengah aktiviti kehidupan,dan umat Islam perlu berketerampilan dengan lebih mantap dan moden agar orang bukan Islam berasa selesa dan lega bukannya sentiasa musykil apabila berkata tentang Islam dan lari jika mendengar perkataan Islam diungkapkan.Islam bukanlah agama yang boleh direka dan diberikan apa saja contoh,ia sebenarnya berlandaskan fakta dan asas yang kukuh agar ianya dapat diterima pakai oleh otak lalu turun ke hati.

Bersambung...

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh Minyak.

123 Do re mi

Apa nak jadi

Alif ba ta abc

Apa nak jadi

Akan terjadi

Tanggal 4 juni ketika saya baru pulang dari midvalley,seketika sampai di jelatek dan berjalan kaki ingin pulang saya terserempak dengan mak cik saya dan saya pun terus menaiki kereta.Di dalam kereta mak cik saya bersuara,"eh,minyak naik rm2.70 kau tau?".Saya agak terkejut dan merasa sedikit marah,apakah yang ingin kerajaan ini naikkan sehingga minyak melambung sebegitu rupa??Saya bertekad untuk menulis sesuatu diblog ini,namun dengan kondisi badan yang letih dan mengantuk saya mengambil jalan untuk berehat seketika.

Selepas bangun,setelah emosi agak stabil,saya berfikir sejenak mengapakah harus harga minayk melambung sebegitu tinggi?Kita negara pengeluar minyak yang dieksport,mendengar alasan pak menteri yang mengatakan kita menaikkan harga minyak ingin meng'cover' dari segi kenaikan harga barang makanan di Malaysia,dan pak menteri tersebut percaya bahwa rakyat malaysia lebih mementingkan makanan.Disini saya sekali lagi tertanya,bukankah dengan naik harga miyak sebegitu tinggi harga makanan akan turut serta naik malah bukan makanan sahaja ini kerana segala yang meliputi dan melibatkan sebarang penghantaran akan turut dinaikkan kos nya.

Apabila minyak naik,barang lain turut akan naik kerana yuran penghantaran juga akan naik kerna kenderaan yang menghantar bahan mentah,barang-barang lain menggunakan patrol.Saya berharap rakan-rakan diluar sana tenang,kita tidak perlu cepat melenting dan marah,memang ada rasional kerajaan menaikkan harga minyak kerna kita sememangnya tahu selepas pilihan raya lalu pasti akan dinaik tarafkan harga minyak.Namun apakah rasionalnya kenaikan harga yang sebegitu rupa?Hendak bebaskan derita rakyat dengan derita yang tidak langsung.

Perlbagai reaksi dan saranan diberi seperti tidak menggunakan kereta,menggunakan perkhidmatan awam.Memanglah itu satu cadangan yang bagus akan tetapi kita harus lihat struktur dan kualiti perkhidmatan awam itu sendiri sebelum gah mencanang agar rakyat lebih pandai berjimat dan menggunakan saja kemudahan awam,sedangkan masalah seperti harus menunggu ktm yang lama,kesesakan,kekurangan kenderaan awam,kenderaan awam tidak meliputi setiap kawasan yang ingin dikunjungi dan lain-lain.Segala perkhidmatan seharusnya dipermantapkan sebelum kita menyeru orang ramai menggunakannya kerna jika ia tidak dinaik taraf sebaiknya,maka masalah dan rungutan yang sedia bakal bertambah,dan jikalau harga tambang dapat dimurahkan adalah lebih baik dan membantu.

Pendapat seorang pengacara television pagi tadi,mengatakan adalah baik untuk kenaikan harga minyak dapat mengekang kegiatan rakyat asing yang turun membeli minyak kerna harga minyak di negara ini lebih murah berbanding di negara mereka.Langkah ini dilihat lebih adil kepada rakyat kedua-dua buah negara.Namun bagi saya,jika dilihat secara positif,hadirnya rakyat negara seberang ke negara kita untuk mengisi minyak tidak mendatangkan sebarang masalah malah ia membantu peniaga-peniaga stesen minyak dan meningkatkan permintaan minyak di pasaran negara secara tidak langsung membantu menjana pendapatan negara.

Jika punca atau ibu penyakit datangnya dari perut,maka punca kenaikan harga barang adalah dari minyak.kita bercakap memanglah senang "cubalah berdisiplin,cubalah berjimat,dan macam-macam seruan".Tetapi hakikatnya semasa harga minyak rm1.90 pun masih ramai orang ramai dan insan-insan yang hidup susah.renung-renungkan.

Ed.alfirdaus
5 juni 08
8.16 pm

Monday, June 2, 2008

Kau Ku Rindu

Bilakah akanku bertemu dengamu
Sujud mengucup tanah tanda syukur
Bilakah dapat ku bersua denganmu
Yang bisa menenangkan hati yang pilu
Kaulah syurga dunia tatkala manusia alpa
Bukan Paris,Venice dan kota Granada
Kau penuh dengan ketenangan dan keinsafan
Bisa melunturkan hati yang tegar menjadi lembut
Ingin saja aku tinggalkan kampung untuk bersamamu
Tersergam indah gah membuatkan hati sebak
Kau senantiasa disaluti kerberkatan Tuhan
Ingin sekali aku sahut lambaian darimu
Akan aku tangisi bila aku mengenangkanmu
Sering aku hitung bilakah akan kita bertemu
Masihkah ada waktu lagi untuk diri ini?
Untuk aku hadir dan menyapamu
Wahai Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah


Ed.alfirdaus
3 juni 2008
4.01 a.m