CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 2, 2008

Sejarah Demonstrasi dan sekarang

Demonstrasi Halal??


Jika kita rakyat yang suka membuka lembaran-lembaran sejarah tidak kira puluhan tahun dahulu ataupun cerita baru-baru ini,maka kita akan dapat melihat bahwa Demonstrasi bukan lagi perkara asing diMalaysia.Namun ada pihak seolah olah ingin mengaburi mata rakyat dengan mengatakan demonstrasi di malaysia bermula pada tahun 1998 walhal hakikatnya tidak.apakah tujuan mereka ini?adakah mereka ingin menguburkan sejarah negara dari rakyat Malaysia dan adakah mereka ingat rakyat malaysia cukup bodoh untuk diperodohkan?Disini akan saya listkan peristiwa-peristiwa yang melibatkan demonstrasi itu tidak dapat dileraikan dari rakyat negara ini secara am..


Dilihat dari sudut sejarah,demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara ini,semenjak Tanah Melayu dijajah oleh British lagi.Ketika itu,kuasa pemerintahan dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat.Rakyat,khususnya orang Melayu bangkit untuk menentang penjajah.Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada British(ketidak puas hati kepada sistem pemerintahan sedia ada).Para pejuang nasionalis Melayu sebelum zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan demonstrasi dan antara yang terbesar adalah demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar,pada 10 Februari 1946.Dianggarkan seramai 15,000 orang Melayu telah berhimpun menentang penubuhan Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi rakyat negara ini,selepas itu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957.

Pada masa itu,permit tidak diberikan oleh tampuk pemerintahan,demonstrasi yang diadakan dikira haram namun rakyat tidak mempedulikannya.Ini kerana apa yang mereka tahu ialah mereka memperjuangkan hak mereka.Walaupun rakyat ditekan dan diancam namun mereka terus bangkit mmperjuangkan hak mereka,inilah sejarah yang tidak dapat kita nafikan.Namun demonstrasi yang dilakukan secara bersatu padu,dimana kita dapat melihat Cina,Melayu,India berganding bahu memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat negara ini.Demonstrasi tidak hanya bersandarkan satu satu kepentingan tetapi kepentingan semua!Namun pada tahun 1969,demonstrasi yang berlaku membawa kepada tragedi berdarah ini kerana demonstrasi yang dilakukan oleh segolongan kaum(contoh hanya melayu atau cina sahaja yang terlibat)yang menjerit-jerit membukukan isi hati dan hak mereka lalu mewujudkan rasa tidak senang dari kaum lain maka berlakulah pertumpahan darah.Adakah mahasiswa sekarang tidak sedar akan kejadian demonstrasi 1969?sentimen perkauman yang segar dari demonstrasi yang diakhiri dengan kerugian nyawa mnjadi taruhan.

Namun sekarang,ia kelihatan bias.Apabila demonstrasi yang dilakukan oleh sesetengah pihak atas kepentingan mereka,disertai anak-anak mereka maka demonstrasi itu digelar halal,maka jika bertentangan dengan kehendak mereka ia digelar haram.mengapa tidak semua digelar haram atau semua digelar halal?Apakah beza demonstrasi yang baru baru ini berlaku di universiti dengan demonstrasi haram yang lain ialah demonstrasi haram yang lain dilihat ulangan demonstrasi 1946 di mana orang Melayu,Cina,India dan lain-lain bersatu memperjuangkan suara hati mereka,mereka dilihat konsensus dalam mewujudkan negara yang bersatu,aman dan sejagat berbanding demonstrasi yang dsertai hanya satu-satu kaum,memperjuangkan hak mereka sehingga melihatkan orang lain sudah tidak lagi penting dan mempunyai hak di negara mereka jua.

Demonstrasi bukan lagi perkara baru namun jika ingin dilistkan,banyak sahaja,malah memang tidak dinafikan ada yang berperangai tidak molek ketika demonstrasi,namun ianya tidak berlaku di dalam demonstrasi oleh pihak pembangkang,tetapi juga berlaku dalam demonstrasi yang dijana oleh pihak kerajaan.wallahualam.

Ed.alfirdaus
september 08

0 comments: