"eh,ramai larr pulak orang subuh-subuh nih kat surau,tak penah ramai camnih seyh.larrr,nih kan bulan puasa,maybe lepas sahur oang tak tidur then terus gi solat.tu yang wat surau nih sesak."hati kecil berkata-kata.Hurmss,ramai bila ramadhan tanya apa yang ada yang ada dengan....ramadhan??puasa puasa dan puasa,apa yang dapat dirungkai dari puasa?menahan diri dari lapar lerr..takkan lah hanya menahan diri dari lapar sahaja?itu sajakah tujuan bulan ini diciptakan?tetapi memang itu yang diajar di sekolah-sekolah pabila ditanya tentang erti berpuasa.Bolehah dengan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga merubah seseorang insan?
Hakikatnya,ramadhan ialah bulan yang jika kita betul memanfaatkan setiap detik nescaya jika kena gayanya kita akan menjadi seorang insan yang lebih beriman,bertaqwa,soleh bukan hanya berlapar dan dahaga sahaja berdasarkan ayat yang femes ramai orang sering dalam artikel-artikel dan kuliah pakai iaitu ayat 183 dari surah al-Baqarah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. "
Jelas ayat ini juga menyatakan dalam mana kita berpuasa,bukan sahaja manahan diri dari lapar dan dahaga tetapi supaya kita bertaqwa.Ayat ini juga mengatakan puasa juga boleh merubah seseorang menjadi muslim yang mukmin lagi bertaqwa kepada Allah subahanahuwataala,yakni insan yang patuh kepada semua perintah Tuhannya dan punya rasa cuak,takut,kerdil kepada Tuhannya dengan menyahkan segala tindak tanduk yang buruk macam maksiat dari segi zahir ataupun serta pakej dengan perkara-perkara mungkar yang lain.
Selain itu,puasa juga bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum dalam satu jangka waktu tetapi juga menahan telinga(dari dengar benda-benda dan bunyi-bunyi yang tak elok),mulut(dari mengumpat,caci maki,carut,mengarut dan lain-lain),mata(dari ushaan aurat golongan bertentangan,benda-benda yang tak elok dan 'kotor'),tangan(dari mencuri,pukul,buat 'sign' yang mengarut ,dan lain-lain),dan hati.Kesemua anggota ini juga haruslah sama-sama berpuasa,bukan sahaja perut.Tak cukup sempurna ibadah puasa seseorang itu tanpa menjauhkan dan menahan diri dari segala larangan Tuhanya.Betul ker semua ini?kalau semua tak percaya,ini berdasarkan ada hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam telah bersabda:
"Apabila seseorang kamu berpuasa,maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik,dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahupun perbuatan.Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku berpuasa!sesungguhnya aku berpuasa!"
Haaa,ada lagi...ada lagi...Bulan ramadhan ini memeang istimewa,lain dari yang lain,macam kita bila nampak orang yang kita suka.Tapi istimwa ramadhan luar biasa,lebih hangat dari biasa,ini kerana pintu syurga akan terbuka dengan luasnya secara percuma,pintu neraka pula akan ditutup serapat-rapatnya.Manalah kita boleh dapat peluang seperti ini di waktu dan hari biasa.Dan jelas,punca amal kebaikan dibulan ramadhan berlambak terlalu banyak,manakala rangsangan maksiat dan kejahatan pula adalah terbatas.Buktinya,ialah berdasarkan ada hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam telah bersabda:
"Apabila datang bulan Ramadhan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai."
Maka,Jom kita mengimarahkan masjid(takkan jom heboh jer layan!),mengajar diri ini menjadi lebih baik disirami amalan-amalan ibadah dan sunnah seperti baca Quran,solat Tarawih,munajat malam-malam kerana ada hadis juga riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bagi petunjuk betapa besarnya fadilat menghidupkan Ramadhan dan telah bersabda:
"sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah,maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu".
Konklusinyanya,jomlah kita mendidik diri dan jiwa sempena ramadhan yang penuh berkat ini dari segala kekotoran dan dosa dan sentiasa beristiqamah melaksanakan perintah Allah agar kita dapat "grad" dengan cemerlang,gemilang dan terbilang dan keluar dari ramadhan dengan istiqamah yang utuh,dan mari juga kita jadikan ramadhan kali ini medan menambah baik segala aspek diri dan juga ibadah kerana firman Allah subahanahuwataala,ayat 9-10 surah as-Shams
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
p/s:pada yang dah bangka,udah2 ler,jom kita memolekkan diri,dah yang suka makan sorok kat bilik,kawan2 tak nampak,mak pak tak nampak tapi tuhan sentiasa nampak weyh..huhu..
Ed.alfirdaus
7 september 08

0 comments:
Post a Comment