Ramadhan telah pun memasuki suku terakhir,sudahkah kita mencapai tahap dan sasaran yang sepatutnya?Makin berganda atau berkurangnya ibadah kita dibulan mulia yang penuh barakah ini?Namun bukan itu yang ingin saya katakan pada nukilan kali ini.Iya,tidak dinafikan bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah dan berniaga juga adalah satu ibadah,memang tidak salah mencari duit lebih.Lalu apa yang sebenarnya ingin saya katakan ialah tentang konsep berniaga orang melayu berbanding orang cina yang sedia maklum ramai antara mereka yang berjaya dalam berniaga.Kenapa dan mengapa??Apa kena mengena berjayanya seseorang berniaga dengan isu berniaga di bulan Ramadhan??
Saya ingin mengulas tentang keadaan,sikap dan konsep yang kebanyakannya terjadi kepada peniaga-peniaga melayu berbanding cina tatkala tibanya bulan Ramadhan dan ada yang terbawa-bawa akan sikap ini.Fenomena ini berlaku pabila tibanya bulan puasa.Pada waktu ini muncullah peniaga segera bak bak cendawan selepas hujan seperti artis yang muncul dari rancangan realiti!Peniaga-peniaga bertujuan mendapatkan keuntungan atau durian runtuh dalam masa yang singkat dan pabila berakhir ramadhan maka mereka akan berehat.Mereka ini tidak akan berupaya menjadikan peniaga itu berjaya dalam lapangan perniagaan,ramai yang muncul tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba jua.
Peniaga jenis 'kulat' dan 'cendawan' ini dalam masyarakat cina yang sedia maklum hebat berniaga tidak akan mendapat tempat dalam dunia niaga mereka.Kerna apa?Kerna mereka tidak layak digelar dan diiktiraf sebagai usahawan dan peniaga kerana sepatutnya menunjukan komitmen tinggi dan kesungguhan supaya berniaga tanpa mengira musim.Masyarakat cina secara amnya tidak gemar berniaga secara bermusim walaupun ada diantara mereka yang berniaga kecil kecilan.Berniaga kecil kecilan lebih bagus dari bermusim kerna mereka biasa punya peluang untuk berkembang di masa mendatang.
Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang secara pesat malah akan menghadapi beberapa masalah seperti masalh modal dan kecairan tunai untuk memulakan perniagaan.Mereka berniaga hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi dijadikan duit belanja dan poket semata,walhal peniada harus meletakkan keuntungan sebagai objektif utama perniagaan mereka.Wang digunakan untuk menghasilkan wang,wang digunakan untuk melabur bagi menambahkan modal perniagaan.Wang tidak seharusnya dibelanjakan untuk memenuhi nafsu diri semata,lagi-lagi jika ia adalah hasil dari keuntungan perniagaan.
Konklusinya,amatlah diharapkan agar peniaga-peniaga melayu ini tidak terbawa-bawa sikap yang tidak molek ini jika mereka benar-benar ingin menjadi usahawan dan peniaga yang berjaya di negara malah di mata dunia.Kerna,dalam dunia perniagaan ia tidak ditetetapkan bangsa dan golongan tertentu sahaja yang boleh berjaya.Oleh itu jika memang benar kita ingin berniaga,ayuh!Berniagalah dengan cara yang betul agar mendapat pulangan yang lumayan di akhir hari.
*Rujukan Rahsia Bisnes Orang Cina
Ed.alfirdaus
17 sep 08

0 comments:
Post a Comment