Pertama sekali ialah mari kita mengatahui definisi nasyid itu sendiri,apakah itu nasyid??seperti yang dipetik dari Laman Web Rasmi Jakim sebagai rujukan yang bermaksud nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.Namun masih ramai yang mempertikaikan definisi ini walaupun ada yang meng'claim' bapa nya telah lama bekerja di Jakim.
Namun kini yang trjadi dalam industri nasyid negara Malaysia dan mentaliti rakyat MELAYU islam di malaysia terhadap nasyid ternyata tidak seluas dan sebebas seperti definisi yang Jakim beri.Mereka seolah-olah telah menetapkan sesuatu rukun baru untuk cabang seni ini yang secara tidak langsung telah merigidkan cabang seni ini menjadi satu jalan yang sempit untuk kita menyuarakan,menyampaikan hasil-hasil ilmiah yang berunsurkan islam,berkaitan dengan islam,bersendikan islam kepada orang ramai.
Fahaman dan mentaliti ini seolah mencipta satu garis baru dalam nasyid bahawa irama,dan bait-bait di didalam hasil seni nasyid hanya bisa kepada hasil-hasil yang mempunyai perkataan arab,nama-nama tuhan,sirah nabawiyyah,qasidah dan perkataan islam seoalah wajib ada untuk menunjukkan barulah ianya digelar nasyid!Ada yang juga mengatakan pabila lagu berunsur kebaikan dan nasihat itu adalah lagu mengajar kepada kebaikan,tetapi tiada jiwa nasyid dalam lagu itu.timbul satu persoalan,apakah yang mengajar dan mengajak kepada kebaikan,nasihat itu juga Islam??Malah ia termasuk dalam definisi nasyid yang digariskan oleh Jakim??
Pelik sungguh MELAYU islam di malaysia ini yang seolah olah kesyumulan konteks islam itu tidak lagi dipedulikan,malah mereka bukan sahaja merigidkan konteks itu tetapi menetapkan sesuatu yang dahulunya nabi dan para sahabat tidak pula pernah menetapkannya.Ia bukan sahaja berlaku kepada masyarakat tetapi kepada penyanyi-penyanyi nasyid sendiri,ada yang menyanggah instrumen-instrumen muzik yang ala kebaratan seperti gitar,lirik yang mendayu.Namun pendapat mereka yang melarang ini secara tiba-tiba menjadi 'halal' apabila mereka yang menggunakannya.
Belum lagi masuk bab pemakaian,sekali lagi ia dirigidkan.Terjadi di dalam siaran akademi nasyid tv9,salah seorang juri yang juga ahli kumpulan Hijjaz menyeru agar satu kumpulan ini memakai BAJU MELAYU agar kelihatan lebih nasyid!apakah releven hujah dan cadangan yang beliau berikan pun saya tidak tahu,saya merasa malu kerana masih lagi ada yang berfikiran sebegitu,dan datang dari penyanyi nasyid itu sendiri.Sejak bilalah pula BAJU MELAYU iaitu baju bangsa orang melayu menjadi baju yang menggambarkan kenasyidan??kalau iya,kenapa tidak suruh berjubah??bukankah berjubah itu sunnah??hatta ketika berdakwah dan memberikan tazkirah juga Islam tidak mewajibkan untuk memakai jubah dan baju melayu,inikan pula ketika bernasyid.
Saya tidak mahu berhujah berpanjang lebar,kita dikurniakan akal,untuk berfikir secara waras.maka berfikir dan bercakap dengan berhati-hati,janganlah merigidkan sesuatu yang tidak rigid,marilah kita berhijrah ke arah mentaliti yang lebih segar,jangan kita menjadi seorang yang hipokrit,menjadikan nasyid ini sebagai satu bisnes.bila terjadi pada orang lain semua tidak boleh,namun demi memenuhi selera pendengar dan ingin menjual album semua yang tidak boleh itu menjadi boleh.andai mereka yang ingat nasyid ini mereka punya dengan menetapkan gari panduan yang mengarut seperti diatas,maka ayuh!tinggalkan saja nasyid yang bersyarat ini dan mari kita membuat muzik,hasil seni yang berunsurkan seorang muslim yang mana skop nya lebih luas!