Assalamualaikum,setelah lima hari saya balik dari Perlis indera kayangan a.k.a darul sunnah.Ingin sekali saya berkongsi cerita sejurus pulang dari sana namun kemalasan melanda dan tangan seolah-olah berat hendak berteemu dengan papan kekunci.Namun akan saya kongsikan sedikit pengalaman dan cerita ketika saya berada disana.(^_^)
Bertolak dari Kuala Lumpur tepat jam lapan pagi,tujuan pergi ke sana hanya untuk bercuti,lepak dan bertemu si Dia.Setelah menempuh perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6-7 jam,saya tba di stesen perhentian Kangar pada pukul 3.30 petang.Lalu dicapai handphone dan menghubungi rakan saya iaitu Don atau nama sebenarnya Abdul Muhaimin.Lebih kurang 10 minit menanti Don pun sampai dengan kereta Honda prelude nya.Agak bangga kerana baru mendapat lesen, saya hanya tersenyum melihat gelagat anak muda ini.Sampai di kediaman baru Don Paraguay(gelaran yang disandarkan oleh bapak sarip kepada Don).Bersebelahan dengan padang bola dan rumah raja.
Selepas diperkenal dengan ibunda Don,maka saya dan Don pun terus masuk ke dalam bilik dan berehat,pada keesokan harinya kami bersarapan di luar,Don menjemput YB Zarif/ajall/sarip di rumahnya di Kampung Guru dan turut mengambil Irwan/pendeta sakit.Sarapan kami pada hari itu adalah roti bakar yang diletakkan telur setengah masak di atas nya.Enak sungguh rasanya santapan pagi itu,bak kata anak-anak muda “heaven”.Pada petang itu saya dibawa ke Batu Pahat(bukan di Johor) jika tidak silap,untuk bermandi manda namun kondisi nya seperti saluran longkang yang agak tidak bersih membatalkan hajat kami dan menuju ke Bukit Air.Di Bukit Air,suasana agak tenang cuma dicemari dengan pencemaran imej dan pemandangan di mana anak-anak gadis bertudung yang dengan slumber ketika mandi bermain-main dan berpegangan tangan bersama pasangan masing-masing.Memanglah itu hak individu namun sebagai orang muslim kita bertanggungjawab untuk menjaga nama baik dan imej islam itu sendiri,saya dan teman-teman berasa amat kesal dengan tindakan mereka.
Hari berikutnya saya bertemu teman tersayang Meena di perpustakaan,kami berbual seketika dan minum di kedai berama Juliana 2.Kemundian Meena pulang dengan abangnya yang sempat saya sapa dan salam.Rutin harian saya sama setiap hari walaupun banyak rancangan yang telah dirancang dan kelihatan menarik namun atas sebab-sebab tertentu harus saya redha atas segala ketentuanNya.Sempat merekodkan beberapa buah lagu seperti words cant describe,collabo northsyde dan ok kot.Selama seminggu setengah saya berada di rumah Don Paraguay,berasa agak segan kerana tinggal terlalu lama,pelan yang dahulunya tinggal selama seminggu ditunda lagi atas perkara yang tidak dapat saya sangkalkan.
Berpindah seperti orang nomad ke rumah Zarif/sarip pada hari rabu,rumah yang cantik dan selesa tidak ubah seperti rumah yang saya tinggal sebelum ini,disambut mesra oleh ibundanya sarip yang saya panggil mimi dan ayahnya sarip uncle Ismail yang sempat berjenaka di ruangan meja makan sebelum saya meneruskan langkah untuk meletakkan barang-barang di dalam bilik.Telah saya tetapkan ingin saya pulang ke Kuala Lumpur pada hari jumaat.Sekali lagi saya terpaksa menangguh lagi kepulangan ke ibu kota kerana mimi mengajak saya untuk turut serta bersama percutian hujung minggu ke Pulau Pinang,sukar untuk menolak pelawaan itu dan tanpa berfikir banyak saya terus mempersetujui.Sayang seribu kali sayang kerana Irwan tidak dapat ikut kerana harus pulang ke ibu kota tercinta.Yang pergi hanya saya,sarip,oyen,Don Paraguay,mimi dan uncle Ismail.
Bertolak ke Pulau pinang sesudah solat Jumaat,sampai di sana kira-kira jam 6 petang lalu kami singgah di sebuah gerai Hamed “PATA” Special Mee Sotong,mee nya amat enak dan lazat,akan saya menikmati mee tersebut lagi jika saya berpeluang ke Pulau Pinang.Disudahi dengan ABC yang lazat melupakan seketika keluarga di kota,agak lawak bunyinya namun itulah hakikat jika kita pekena mee sotong tersebut dan ABC.Kami kemudian pergi ke Gurney Plaza,di situ saya dan sarip ingin membeli kasut mickey mouse namun tiada rezeki kerana tidak punya saiz buat saya,sarip dan orang tersayang.Setelah menghabiskan masa selama dua jam di Gurney Plaza maka kami pun pulang ke rumah untuk berehat.Saya,sarip dan Don Paraguay tidur agak lewat kerana berbual sambil menikmati panorama alam.
Keesokan harinya kami bangun agak awal dan bersarapan,sarapan kami pada pagi itu ialah roti canai ayam yang sungguh enak dan “heaven”(thanks uncle Ismail and mimi sebab bawak kitorg makan tempat besh2!).Kemudian kami sempat singgah di pasar kulit yang menggamit memori akan lorong atau pasar subuh,tidak lama,kami pun bergerak ke pusat membeli belah Queens Bay,sarip ingin membeli barangan untuk persediaan memasuki alam universitas nya.Setelah selesai,kami dibawa oleh uncle untuk menjamah nasi beriyani Hamediyah ,ternyata uncle tidak pernah menghampakan anak-anak dan kami dalam soal makan.Nasi beriyani tersebut sungguh enak sehingga saya menghabiskan nasi tersebut.Pulang agak petang dan terus terjun ke kolam renang di tingkat satu sehingga maghrib menyapa,lalu kami pulang berkemas dan pulang ke Kangar.
Saya berasa pelik kenapa dengan wujud pelbagai makanan dan minuman halal yang enak dan lazat diatas muka bumi ini dan tanah air Malaysia,namun masih lagi yang memilih untuk mencari yang haram,sedangkan yang haram itu hanyalah yang minor,apakah tidak ada air lain yang lazat selain arak?inilah pokok persoalan yang perlu kita terapkan dalam diri seorang muslim,bukan hanya sebab mengejar dunia kita sanggup mengetepikan hak agama dalam diri ini.Kembali dari selingan,pulang diperlis saya mengambil keputusan untuk pulang pada hari jumaat setelah berjaya dipujuk oleh oyen.Sempat saya menghabiskan masa bersama Meena dan memberikannya sesuatu,dan saya mendapat polo T united daripadanya(thanks dear!).
Saya pulang setelah berada tiga minggu di Perlis pada malam sabtu tanggal 24/5/08.Tidak dapat saya menghabiskan banyak masa bersamanya namun saya redha,ada kenangan pahit yang menggamit memori namun saya tidak ingin sertakan kerana memeori indah yang terlalu banyak yang telah diringkaskan seperti diatas sudah cukup untuk melenyapkan memori duka.
**saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada Don Paraguay dan keluarga,sarip,oyen,tok,bibik,mimi dan uncle Ismail,Irwan,naim,yana kerana menyambut kedatangan ini dengan mesra dan melayan diri yang tidak seberapa ini dengan penuh kasih sayang,tanpa mengira siapa saya,inilah sifat humanisme yang perlu ada dalam diri setiap bukan saja orang islam malah seluruh spesis yang bernama manusia,terima kasih kepada bibik kerana menyediakan makanan yang enak(daging bibik buat sedap bik!!,sayur mimi masak pown laziss bak kata orang arab!!),Terima kasih pada Meena my dear belanja makan,semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas kalian dan setiasa dilindungi,hanya doa sahaja bisa mengiringi rasa sayu dan rindu serta terima kasih ini pabila berjauhan,InsyaAllah ada rezeki,dipanjankan umur insyaAllah bertemu lagi.jazaakallahu khairan kathiran!!
Ed.alfidaus
30/5/08
Keramat.
0 comments:
Post a Comment