CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 1, 2008

CINTAI RASULULLAH???

CINTAI RASULULLAH???

Akhir-akhir ini,terdapat kuliah agama yang telah dianjurkan oleh badan-badan persatuan di CENFOS IIUM.Di dalam kuliah yang dianjurkan terdapat beberapa penceramah telah menekankan menyebut perkara tentang “cinta terhadap Rasulullah s.a.w”.Namun,tidak dapat dinafikan masih ramai yang tidak peka dan memahami apakah maksud sebenar-sebenarnya cinta terhadap Rasulullah S.A.W .Apakah cinta tersebut?Adakah ianya sama dengan cinta monyet,dongeng,sms,siswa-siswi,ataupun cinta duniawi?Dan kalau difikirkan dengan kewarasan yang telah Allah kurniakan sudah tentu jawapannya tidak sama sekali.

Namun,setelah mendapat jawapan,timbul pula persoalan yang lain iaitu “bagaimanakah cara yang sebenar-benarnya untuk kita membuktikan cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w?” dan “apakah pula hukum mencintai Rasulullah s.a.w?”.Seperti yang kita ketahui,Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling mengambil berat tentang umantnya,dan baginda tidak akan sama sekali menyuruh umatnya melakukan sesuatu yang sukar.Cara untuk kita membuktikan cinta tersebut amatlah mudah iaitu dengan Zahirkan tandanya dan zahirkan bukti cinta tersebut mengikut apa yang baginda mahu seperti mana yang telah baginda wasiatkan kepada umat Islam dan jelas bahawa hukum mencintai Rasullulah s.a.w adalah wajib bagi setiap umat Islam.Sabda baginda s.a.w Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a).

Tidak berapa lama dahulu,cukup dahsyat murkanya umat Islam ekoran dunia Islam telah digemparkan dengan tindakan yang dianggap melampaui batas oleh media asing menghina Rasulullah s.a.w dengan lukisan karikatur.Atas alasan yang tidak munasabah,mereka telah mewujudkan provokasi ke atas umat Islam seantero dunia.Memang sampai bila-bila pun Islam tidak akan direstui dan diredhai oleh musuh-musuh dan ia telah dikatakan di dalam Al-Quran hatta tattabi’a millatahum yang bermaksud Hinggalah kamu mengikuti agama mereka...”(Al-Baqarah:120).

Iktibar terbaik yang dapat kita lihat daripada apa yang telah berlaku ialah tumbuhnya kecintaan yang lebih mendalam kepada Rasulullah s.a.w.Zahirkan bukti cinta mengikut apa yang baginda mahu;mengikut jejak langkah baginda dalam setiap langkah kehidupan.Bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran yang dibawa oleh baginda,dan jangan sesekali kita mempunyai perasaan benci terhadap sunnah baginda.Takutlah kita akan ancaman baginda kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “Setiap yang tidak suka kepada sunnahku,maka dia tidak termasuk golonganku(umat).”(Riwayat Muslim Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a).

Kita sebagai pelapis dan generasi Islam masa kini haruslah memelihara dan mengikut sunnah baginda kerana baginda juga bersabda “Tidak sesuatu kaum itu melakukan bid’ah(menambahkan sesuatu dalam beribadah) melainkan akan dicabut dari mereka sunnah yang seumpamanya.Maka berpegang dengan sunnah adalah lebih baik dari melakukan bid’ah.”(Riwayat Al-Musnad 105/4.kata Ibn Hajar “sanad hadis ini jayyid”).

Justeru itu,tidak sama sekali tidak betul kegiatan dan perbuatan bertempik jerit atau merusuh tanpa kawalan kewarasan apabila berlakunya penghinaan terhadap diri peribadi baginda s.a.w. Tidak dinafikan,memang perlu adanya rasa marah,sedih dan pilu.Tetapi,cara melepaskannya bukanlah dengan membabi buta.Rasulullah s.a.w tidak menyuruh berbuat begitu,melakukan sesuatu yang tidak pernah baginda lakukan dan walaupun perkara itu adalah baik dari segi pemikiran kita,namun ianya sama seperti tidak mempercayai bahawa baginda telah pun mengajar kita dengan lengkap tentang Islam.Baginda bersabda “Sesiapa yang mencipta sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami,maka itu tertolak.”(Riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Dawud,Ibn Majah)

Tetapi daripada insiden yang telah terjadi ,kita sedar bahawa di dalam hati umat Islam seluruh dunia ini masih lagi wujud perasaan cinta dan sayangnya terhadap Rasulullah s.a.w.Cuma nisbah ukuranya berbeza bagi setiap orang.Tepuk dada,tanyalah iman masing-masing sejauh mana perasaan cinta kita itu?Adakah mencapai atau menghampiri piawaian yang telah digariskan oleh baginda Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

Terlalu tinggi sebenarnya harga cinta yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w,sepadanlah ia dengan nilainya.Oleh sebab itulah ia menjadi komponen utama yang perlu diterapkan dalam proses pendidikan anak-anak, Berilah pendidikan anak-anakmu atas tiga perkara; mengasihi Nabi kamu, mengasihi ahli rumahnya (ahlul bait) dan membaca Al-Quran. Maka sesungguhnya orang yang hafaz al-Quran berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Allah bersama-sama Nabi-Nya dan sahabat-sabahat Nabi.”

2006

0 comments: