CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 29, 2008

Kangar,Penang,Dia dan Delicious food...

Assalamualaikum,setelah lima hari saya balik dari Perlis indera kayangan a.k.a darul sunnah.Ingin sekali saya berkongsi cerita sejurus pulang dari sana namun kemalasan melanda dan tangan seolah-olah berat hendak berteemu dengan papan kekunci.Namun akan saya kongsikan sedikit pengalaman dan cerita ketika saya berada disana.(^_^)

Bertolak dari Kuala Lumpur tepat jam lapan pagi,tujuan pergi ke sana hanya untuk bercuti,lepak dan bertemu si Dia.Setelah menempuh perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6-7 jam,saya tba di stesen perhentian Kangar pada pukul 3.30 petang.Lalu dicapai handphone dan menghubungi rakan saya iaitu Don atau nama sebenarnya Abdul Muhaimin.Lebih kurang 10 minit menanti Don pun sampai dengan kereta Honda prelude nya.Agak bangga kerana baru mendapat lesen, saya hanya tersenyum melihat gelagat anak muda ini.Sampai di kediaman baru Don Paraguay(gelaran yang disandarkan oleh bapak sarip kepada Don).Bersebelahan dengan padang bola dan rumah raja.

Selepas diperkenal dengan ibunda Don,maka saya dan Don pun terus masuk ke dalam bilik dan berehat,pada keesokan harinya kami bersarapan di luar,Don menjemput YB Zarif/ajall/sarip di rumahnya di Kampung Guru dan turut mengambil Irwan/pendeta sakit.Sarapan kami pada hari itu adalah roti bakar yang diletakkan telur setengah masak di atas nya.Enak sungguh rasanya santapan pagi itu,bak kata anak-anak muda “heaven”.Pada petang itu saya dibawa ke Batu Pahat(bukan di Johor) jika tidak silap,untuk bermandi manda namun kondisi nya seperti saluran longkang yang agak tidak bersih membatalkan hajat kami dan menuju ke Bukit Air.Di Bukit Air,suasana agak tenang cuma dicemari dengan pencemaran imej dan pemandangan di mana anak-anak gadis bertudung yang dengan slumber ketika mandi bermain-main dan berpegangan tangan bersama pasangan masing-masing.Memanglah itu hak individu namun sebagai orang muslim kita bertanggungjawab untuk menjaga nama baik dan imej islam itu sendiri,saya dan teman-teman berasa amat kesal dengan tindakan mereka.

Hari berikutnya saya bertemu teman tersayang Meena di perpustakaan,kami berbual seketika dan minum di kedai berama Juliana 2.Kemundian Meena pulang dengan abangnya yang sempat saya sapa dan salam.Rutin harian saya sama setiap hari walaupun banyak rancangan yang telah dirancang dan kelihatan menarik namun atas sebab-sebab tertentu harus saya redha atas segala ketentuanNya.Sempat merekodkan beberapa buah lagu seperti words cant describe,collabo northsyde dan ok kot.Selama seminggu setengah saya berada di rumah Don Paraguay,berasa agak segan kerana tinggal terlalu lama,pelan yang dahulunya tinggal selama seminggu ditunda lagi atas perkara yang tidak dapat saya sangkalkan.

Berpindah seperti orang nomad ke rumah Zarif/sarip pada hari rabu,rumah yang cantik dan selesa tidak ubah seperti rumah yang saya tinggal sebelum ini,disambut mesra oleh ibundanya sarip yang saya panggil mimi dan ayahnya sarip uncle Ismail yang sempat berjenaka di ruangan meja makan sebelum saya meneruskan langkah untuk meletakkan barang-barang di dalam bilik.Telah saya tetapkan ingin saya pulang ke Kuala Lumpur pada hari jumaat.Sekali lagi saya terpaksa menangguh lagi kepulangan ke ibu kota kerana mimi mengajak saya untuk turut serta bersama percutian hujung minggu ke Pulau Pinang,sukar untuk menolak pelawaan itu dan tanpa berfikir banyak saya terus mempersetujui.Sayang seribu kali sayang kerana Irwan tidak dapat ikut kerana harus pulang ke ibu kota tercinta.Yang pergi hanya saya,sarip,oyen,Don Paraguay,mimi dan uncle Ismail.

Bertolak ke Pulau pinang sesudah solat Jumaat,sampai di sana kira-kira jam 6 petang lalu kami singgah di sebuah gerai Hamed “PATA” Special Mee Sotong,mee nya amat enak dan lazat,akan saya menikmati mee tersebut lagi jika saya berpeluang ke Pulau Pinang.Disudahi dengan ABC yang lazat melupakan seketika keluarga di kota,agak lawak bunyinya namun itulah hakikat jika kita pekena mee sotong tersebut dan ABC.Kami kemudian pergi ke Gurney Plaza,di situ saya dan sarip ingin membeli kasut mickey mouse namun tiada rezeki kerana tidak punya saiz buat saya,sarip dan orang tersayang.Setelah menghabiskan masa selama dua jam di Gurney Plaza maka kami pun pulang ke rumah untuk berehat.Saya,sarip dan Don Paraguay tidur agak lewat kerana berbual sambil menikmati panorama alam.

Keesokan harinya kami bangun agak awal dan bersarapan,sarapan kami pada pagi itu ialah roti canai ayam yang sungguh enak dan “heaven”(thanks uncle Ismail and mimi sebab bawak kitorg makan tempat besh2!).Kemudian kami sempat singgah di pasar kulit yang menggamit memori akan lorong atau pasar subuh,tidak lama,kami pun bergerak ke pusat membeli belah Queens Bay,sarip ingin membeli barangan untuk persediaan memasuki alam universitas nya.Setelah selesai,kami dibawa oleh uncle untuk menjamah nasi beriyani Hamediyah ,ternyata uncle tidak pernah menghampakan anak-anak dan kami dalam soal makan.Nasi beriyani tersebut sungguh enak sehingga saya menghabiskan nasi tersebut.Pulang agak petang dan terus terjun ke kolam renang di tingkat satu sehingga maghrib menyapa,lalu kami pulang berkemas dan pulang ke Kangar.

Saya berasa pelik kenapa dengan wujud pelbagai makanan dan minuman halal yang enak dan lazat diatas muka bumi ini dan tanah air Malaysia,namun masih lagi yang memilih untuk mencari yang haram,sedangkan yang haram itu hanyalah yang minor,apakah tidak ada air lain yang lazat selain arak?inilah pokok persoalan yang perlu kita terapkan dalam diri seorang muslim,bukan hanya sebab mengejar dunia kita sanggup mengetepikan hak agama dalam diri ini.Kembali dari selingan,pulang diperlis saya mengambil keputusan untuk pulang pada hari jumaat setelah berjaya dipujuk oleh oyen.Sempat saya menghabiskan masa bersama Meena dan memberikannya sesuatu,dan saya mendapat polo T united daripadanya(thanks dear!).

Saya pulang setelah berada tiga minggu di Perlis pada malam sabtu tanggal 24/5/08.Tidak dapat saya menghabiskan banyak masa bersamanya namun saya redha,ada kenangan pahit yang menggamit memori namun saya tidak ingin sertakan kerana memeori indah yang terlalu banyak yang telah diringkaskan seperti diatas sudah cukup untuk melenyapkan memori duka.

**saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada Don Paraguay dan keluarga,sarip,oyen,tok,bibik,mimi dan uncle Ismail,Irwan,naim,yana kerana menyambut kedatangan ini dengan mesra dan melayan diri yang tidak seberapa ini dengan penuh kasih sayang,tanpa mengira siapa saya,inilah sifat humanisme yang perlu ada dalam diri setiap bukan saja orang islam malah seluruh spesis yang bernama manusia,terima kasih kepada bibik kerana menyediakan makanan yang enak(daging bibik buat sedap bik!!,sayur mimi masak pown laziss bak kata orang arab!!),Terima kasih pada Meena my dear belanja makan,semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas kalian dan setiasa dilindungi,hanya doa sahaja bisa mengiringi rasa sayu dan rindu serta terima kasih ini pabila berjauhan,InsyaAllah ada rezeki,dipanjankan umur insyaAllah bertemu lagi.jazaakallahu khairan kathiran!!

Ed.alfidaus
30/5/08

Keramat.

Thursday, May 1, 2008

CINTAI RASULULLAH???

CINTAI RASULULLAH???

Akhir-akhir ini,terdapat kuliah agama yang telah dianjurkan oleh badan-badan persatuan di CENFOS IIUM.Di dalam kuliah yang dianjurkan terdapat beberapa penceramah telah menekankan menyebut perkara tentang “cinta terhadap Rasulullah s.a.w”.Namun,tidak dapat dinafikan masih ramai yang tidak peka dan memahami apakah maksud sebenar-sebenarnya cinta terhadap Rasulullah S.A.W .Apakah cinta tersebut?Adakah ianya sama dengan cinta monyet,dongeng,sms,siswa-siswi,ataupun cinta duniawi?Dan kalau difikirkan dengan kewarasan yang telah Allah kurniakan sudah tentu jawapannya tidak sama sekali.

Namun,setelah mendapat jawapan,timbul pula persoalan yang lain iaitu “bagaimanakah cara yang sebenar-benarnya untuk kita membuktikan cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w?” dan “apakah pula hukum mencintai Rasulullah s.a.w?”.Seperti yang kita ketahui,Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling mengambil berat tentang umantnya,dan baginda tidak akan sama sekali menyuruh umatnya melakukan sesuatu yang sukar.Cara untuk kita membuktikan cinta tersebut amatlah mudah iaitu dengan Zahirkan tandanya dan zahirkan bukti cinta tersebut mengikut apa yang baginda mahu seperti mana yang telah baginda wasiatkan kepada umat Islam dan jelas bahawa hukum mencintai Rasullulah s.a.w adalah wajib bagi setiap umat Islam.Sabda baginda s.a.w Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a).

Tidak berapa lama dahulu,cukup dahsyat murkanya umat Islam ekoran dunia Islam telah digemparkan dengan tindakan yang dianggap melampaui batas oleh media asing menghina Rasulullah s.a.w dengan lukisan karikatur.Atas alasan yang tidak munasabah,mereka telah mewujudkan provokasi ke atas umat Islam seantero dunia.Memang sampai bila-bila pun Islam tidak akan direstui dan diredhai oleh musuh-musuh dan ia telah dikatakan di dalam Al-Quran hatta tattabi’a millatahum yang bermaksud Hinggalah kamu mengikuti agama mereka...”(Al-Baqarah:120).

Iktibar terbaik yang dapat kita lihat daripada apa yang telah berlaku ialah tumbuhnya kecintaan yang lebih mendalam kepada Rasulullah s.a.w.Zahirkan bukti cinta mengikut apa yang baginda mahu;mengikut jejak langkah baginda dalam setiap langkah kehidupan.Bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran yang dibawa oleh baginda,dan jangan sesekali kita mempunyai perasaan benci terhadap sunnah baginda.Takutlah kita akan ancaman baginda kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “Setiap yang tidak suka kepada sunnahku,maka dia tidak termasuk golonganku(umat).”(Riwayat Muslim Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a).

Kita sebagai pelapis dan generasi Islam masa kini haruslah memelihara dan mengikut sunnah baginda kerana baginda juga bersabda “Tidak sesuatu kaum itu melakukan bid’ah(menambahkan sesuatu dalam beribadah) melainkan akan dicabut dari mereka sunnah yang seumpamanya.Maka berpegang dengan sunnah adalah lebih baik dari melakukan bid’ah.”(Riwayat Al-Musnad 105/4.kata Ibn Hajar “sanad hadis ini jayyid”).

Justeru itu,tidak sama sekali tidak betul kegiatan dan perbuatan bertempik jerit atau merusuh tanpa kawalan kewarasan apabila berlakunya penghinaan terhadap diri peribadi baginda s.a.w. Tidak dinafikan,memang perlu adanya rasa marah,sedih dan pilu.Tetapi,cara melepaskannya bukanlah dengan membabi buta.Rasulullah s.a.w tidak menyuruh berbuat begitu,melakukan sesuatu yang tidak pernah baginda lakukan dan walaupun perkara itu adalah baik dari segi pemikiran kita,namun ianya sama seperti tidak mempercayai bahawa baginda telah pun mengajar kita dengan lengkap tentang Islam.Baginda bersabda “Sesiapa yang mencipta sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami,maka itu tertolak.”(Riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Dawud,Ibn Majah)

Tetapi daripada insiden yang telah terjadi ,kita sedar bahawa di dalam hati umat Islam seluruh dunia ini masih lagi wujud perasaan cinta dan sayangnya terhadap Rasulullah s.a.w.Cuma nisbah ukuranya berbeza bagi setiap orang.Tepuk dada,tanyalah iman masing-masing sejauh mana perasaan cinta kita itu?Adakah mencapai atau menghampiri piawaian yang telah digariskan oleh baginda Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

Terlalu tinggi sebenarnya harga cinta yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w,sepadanlah ia dengan nilainya.Oleh sebab itulah ia menjadi komponen utama yang perlu diterapkan dalam proses pendidikan anak-anak, Berilah pendidikan anak-anakmu atas tiga perkara; mengasihi Nabi kamu, mengasihi ahli rumahnya (ahlul bait) dan membaca Al-Quran. Maka sesungguhnya orang yang hafaz al-Quran berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Allah bersama-sama Nabi-Nya dan sahabat-sabahat Nabi.”

2006

Celik Tapi Buta

Dalam era globalisasi,yang semakin pesat membangun namun secara tidak sedar masih wujud lagi malah ramai yang masih brada dalam keadaan sesat dalam terang.golongan ini menafikan yang hak dengan mendewakan yang batil.mereka menaksir kebebasan sebagai seorang insan yang hina ini dengan mengunnakan akal mereka yang tidak seberapa berbanding dengan nas-nas dan dalil-dalil yang telah jelas.

Mereka yang buta tetapi celik ini sanggup membeli kebebasan dan rasa gembira yang mereka impikan dengan tunduk kepada nafsu semata.mereka melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kepuasan diri.dan inilah yang mereka katakan kebebasan seseorang individu.namun mereka menolak erti kebebasan dari sudut agama yang nyata lebih cantik hanya kerana ia berlawanan dengan pemikiran jahiliyyah yang wujud pada mereka.

Di dalam islam,kebesasan ditafsir dengan maksud merdekanya seseorang untuk melakukan sesuatu dengan memilih perkara-perkara yang sah disisi syarak.dimana ia membawa kepada keredhaan tuhan yang esa,dan secara tidak langsung kegembiraan itu wujud dalam diri kita.bagi mereka,ini adalah sesuatu pemikiran kolot,primitif dan tidak sesuai dengan trend masa kini.

Menjerumuskan diri kedalam segala macam aktiviti,kancah kehinaan lebih mulia bagi mereka untuk mengecapi nikmat kebebasan dan kegembiraan.mereka tidak hiraukan segala batas walaupun menyedari hakikat yang sebenar.mereka inilah yang merosakkan masa depan sesuatu kaum dengan menyuburkan kembali dan menyuntik pemikiran,analogi-analogi jahiliyyah di dalam diri insan.