Sepanjang perjalanan hidup selama setahun bercuti,dah banyak perkara yang bisa dipelajari dari yang kita namakan "kehidupan".dari aspek keluarga,teman,dan segala macam.kehidupan aku,selama jangka masa setahun tu beralun ibarat ombak dan laut yang ada pasang dan surut.
telah aku temui pelbagai ragam dan cara mereka hidup.kadang kala untuk menyesuaikan diri aku terpaksa menipu diri dengan merubah tindak tanduk agar dapat bersama mereka walhal hakikat sebenar aku sedar itu bukan aku.ada insan yang aku jumpa bila aku duduk bersama,minda aku turut berfalsafah manakala ada insan yang bila aku bersama yang hadir hanyalah lagha semata.
ketika period ini ramai yang melihat aku seolah anak kecil yang hanya suka akan gula gula yang diberi tanpa menyoal apa apa yang terjadi.aku membiarkan permainan berjalan di mana kadang kadang aku dipermainkan dalam wayang gambar kehidupan.aku hanya membiarkan sahaja dan turut berlakon bersama.
ada manusia yang bila berkata tidak pernah ada jujur dan benar di dalam nya.ada manusia yang bila berkata mereka kata mereka tidak hipokrit tapi disebalik hakikat yang konkrit mereka masih lagi serupa.ada manusia yang mencari dan mengguna kita di saat mereka perlu lalu keesokannya kita dibiarkan bak irama tanpa nada.inilah kehidupan dan inilah yang membuatkan jalanan kehidupan itu menarik.
namun dalam tempoh iddah yang diberi kepada diri aku,aku belajar tentang apa itu jujur,apa itu ikhlas,dimana aku dapat melihat ada yang berkata mereka ikhlas dan jujur dalam perhubungan yang dimetrai namun pabila terjaga dari lamunan apa yang diucapkan hanya khayalan mainan minda semata.keikhlasan dan kejujuran itu tidak lagi berkekalan...
to be continue...
ed
3.14am
keramat
Sunday, August 29, 2010
Hidup
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
"....ada insan yang aku jumpa bila aku duduk bersama,minda aku turut berfalsafah.."
~i like dis one. keep it up ed. teruskan berfalsafah. =)
Post a Comment