satu hari,awak dipertemukan dengan saya
hati saya berbunga melihat senyuman pertama
awak buat saya ketawa dalam duka
awak seolah olah memberikan saya cahaya
hari demi hari,kita semakin rapat
hubungan terjalin kita bertambah erat
saya gembira bila dapat lihat awak tertawa
walau di pengakhiran cerita saya bakal kecewa
satu hari saya dapat tau yang ada insan lain
saya rasa diri saya ni seperti dipermain
jangan risau awak kata,"dia hanyalah kawan"
"awak yang slalu saya cari bila bosan"
saya keliru,terasa diri saya ni ditipu
tapi kenapa saya boleh rasa begitu
rupanya saya alpa,saya dah pun terleka
sampai biarkan rasa tu datang walau seketika
saya tgk dengan org tu awak terus gembira
mungkin ini dah nasib dalam kehidupan saya
saya mula bersujud menitiskan air mata
hilangnya awak mlm itu,tapi masih ada Dia
Dia mendengar apa yang ingin saya katakan
Dia sudi menerima segala penyesalan
dengan Dia saya doakan awak bahagia
tak kira dengan siapa walau orang tu bukan saya
Dia menemani saya walau tanpa saya pinta
baru sedar selama ni yang mengerti hanya Dia
Ed
3.46
keramat
Sunday, August 29, 2010
Hanya dia
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:45 PM 3 comments
Hidup
Sepanjang perjalanan hidup selama setahun bercuti,dah banyak perkara yang bisa dipelajari dari yang kita namakan "kehidupan".dari aspek keluarga,teman,dan segala macam.kehidupan aku,selama jangka masa setahun tu beralun ibarat ombak dan laut yang ada pasang dan surut.
telah aku temui pelbagai ragam dan cara mereka hidup.kadang kala untuk menyesuaikan diri aku terpaksa menipu diri dengan merubah tindak tanduk agar dapat bersama mereka walhal hakikat sebenar aku sedar itu bukan aku.ada insan yang aku jumpa bila aku duduk bersama,minda aku turut berfalsafah manakala ada insan yang bila aku bersama yang hadir hanyalah lagha semata.
ketika period ini ramai yang melihat aku seolah anak kecil yang hanya suka akan gula gula yang diberi tanpa menyoal apa apa yang terjadi.aku membiarkan permainan berjalan di mana kadang kadang aku dipermainkan dalam wayang gambar kehidupan.aku hanya membiarkan sahaja dan turut berlakon bersama.
ada manusia yang bila berkata tidak pernah ada jujur dan benar di dalam nya.ada manusia yang bila berkata mereka kata mereka tidak hipokrit tapi disebalik hakikat yang konkrit mereka masih lagi serupa.ada manusia yang mencari dan mengguna kita di saat mereka perlu lalu keesokannya kita dibiarkan bak irama tanpa nada.inilah kehidupan dan inilah yang membuatkan jalanan kehidupan itu menarik.
namun dalam tempoh iddah yang diberi kepada diri aku,aku belajar tentang apa itu jujur,apa itu ikhlas,dimana aku dapat melihat ada yang berkata mereka ikhlas dan jujur dalam perhubungan yang dimetrai namun pabila terjaga dari lamunan apa yang diucapkan hanya khayalan mainan minda semata.keikhlasan dan kejujuran itu tidak lagi berkekalan...
to be continue...
ed
3.14am
keramat
Posted by Ed.al-Firdaus at 12:15 PM 1 comments