CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 1, 2008

Islam kini dijadikan cerita dan bisnes

ada apa dengan islam kini?islam lemah,islam tidak mampu bersaing dek kerna umatnya yang caca merba,umatnya yang tidak mengenali islam itu sendiri.segala yang dilontarkan oleh pihak luar tidak lagi mampu dijawab oleh keseluruhan umat islam.lalu apa bila ini ter jadi,islam mula dijadikan cerita oleh ahli-ahli politik untuk menunjukkan bahawasanya diri mereka dekat,pakar dan faham dengan agama(islam).para-para ilmuan,ustaz mula menjadikan islam sebagai bahan dagangan,bisnes untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dek kerna kebodohan umat islam itu sendiri.



tidak berapa lama dahulu,saya menonton siaran hujah yang disertai oleh bekas menteri besar selangar dato seri khir toyo dan pihak pembangkang saudara saifudin nasution,yang membincangkan tentang pemilihan ketua pemuda dan kepentingan pemuda.dimulakan dengan kata-kata yang tersusun,berkhemah.sampailah satu ketika dimana dato seri khir toyo mengatakan kita sebagai pemimpin,haruslah mempunyai sifat yang punya pada diri Rasulullah,sungguhlah sejuk hati mendengar.namun sebaliknya ingin saya wujudkan persoalan,kenapa ayat-ayat ini hanya diguna pakai,di ingati olehnya ketika hari pemilihan ketua pemuda makin tiba?

kenapa masa menjadi menteri besar,tidak wujud sifat-sifat Rasulullah pada pentadbiran beliau?kemiskinan masih bertambah,pemimpin duduk bersandar di atas kerusi bertemankan penghawa dingin.bila berkempen,segala ayat quran,hadis,sifat nabi semua disarankan oleh pemimpin-pemimpin politik ini namun sesudah itu hilang entah kemana.sedangkan para sahabat tidak pernah bersenang lenang tika mentadbir kerajaan,mereka merasa kesusahan bersama-sama ummah,ada yang tidur atas tanah dan bukan atas tilam latex yang empuk seperti yang terjadi sekarang ini!ini juga harus diingat oleh sesiapa saja tidak kira pemimpin islam kerajaan ataupun pembangkang yang sering berlakon,hanya mengenal agama di satu satu masa sahaja.

bukan itu sahaja,dari pemimpin turun ke rakyat.islam dijadikan bisnes oleh ustaz-ustaz "ayam" yang tidak bertauliah.memakai kopiah,berlagak alim lalu pada masa yang sama cuba mengaut keuntungan daripada menjual perkara atau benda atas nama islam!saya ingat satu ketika di mana datuk saya menceritakan beliau ingin membeli debu untuk bertayyamum dari serang ustaz di surau supaya senang nanti jika keperluan air tidak ada secara tiba-tiba.saya hanya bermonolog dalaman berkata apakah bodohnya untuk membeli debu dan ia dijadikan bisnes untuk mengaut keuntungan!tepuk saja tangan di dinding maka adalah debu di tangan!

^^PENIPU PUTAR ALAM^^

terbaru pendedahan "ustaz" arif cakra alam yang telah maklum berjaya menipu ramai umat islam melayu yang bodoh dengan mengunnakan teknik-teknik khas yang kononnya dari tenaga dalaman.sedangkan ia dibantu oleh alat-alat seperti inspector gadget untuk mampu melakukan perkara tersebut,menyalakan mentol,telur ayam yang disapu pada badan pesakit keluar darah bila dipecah.diberikan telur ayam biasa dibawa oleh pesakit tidak mampu pula dan pelbagai alasan diberi.yang malunya,teratak indahnya tiga tingkat itu adalah hasil dari menipu orang ramai,menjaja bisnes perubatan atas nama islam yang akhirnya ternyata penipuan semata dan dilihat oleh non muslim.apakah tanggapan mereka nanti terhadap islam?islam ini hanyalah mengarut?penuh penipuan semata-mata?

“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

inilah realiti sekarang,perkara yang bukan agama diguna pakai dan kemudian dikreditkan atas nama agama islam,apa saja yang para "ustaz" sebut maka pakat diterima belaka.tidak dikira siapa ustaz itu malah jika kata-kata ustaz itu membelakangi quran dan sunnah juga tidak diendahkan.perkara yang islam ajar dipersusahkan dan yang tidak pernah ada dalam islam itu dipermudahkan lagi.mereka yang membaca,memahami quran dan hadis kini tidak lagi mampu memahami islam itu untuk umat manusia yang akhirnya menjadikan islam ini tidak mampu ditampilkan dengan satu imej yang indah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wassallam.

Dalam rangkap terakhir riwayat ibn Mas'ud ini diceritakan pada zaman fintah itu akan terjadi peristiwa manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia,lihat sahaja lah yang berlaku di atas,daripada pemimpin besar,turun ke ustaz,hingga kepada rakyat jelata.segalanya yang atas nama islam kini semua melibatkan upah dalam segala macam ibadah.muncul banyak perkara khurafat walhal umat islam kini menghadapi keadaan sepeti telur di hujung tanduk.

saya sedih melihat diri ini dan umat islam yang lain makin lama makin jauh dengan islam yang dulu.saya cuba untuk keluar dari kelompok itu namun masih ramai yang setia dan percaya akan islam yang berada dalam aliran yang tidak pernah ada sebelum ini.saya amat berharap agar kita bersandarkan setiap perkara dengan relevan,agar tidak lah kita diperbodohkan oleh sesetengah golongan yang memang suka memperguna,mempergadaikan agama di mata masyarakat dan dunia.

1 comments:

Biar Putih Tulang said...

Aku suka ulasan ko yang ni.