CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Iktibar tragedi Bukit Antarabangsa...


Telah lama rasanya ingin menaip apa yang bermain di minda tentang isu musibah di bukit antrabangsa namun sekali lagi kemalasan satu sindrom yang tidak dapat dinafikan oleh diri ini telah melanda sejak sebulan yang lalu.namun hati masih lagi ingin mengupas sedikit tetang hal ini.pelbagai tindakan telah diambil dan beberapa insiden susulan daripada keruntuhan juga telah berlaku.namun disini saya ingin mengupas kenyataan najib tun razak,khir toyo dan pesanan kepada semua termasuk diri ini.

saya berasa kesal dengan "statement" bakal perdana menteri malaysia kelima jika sempat,iaitu najib tun razak,bukan saya penyokong tegar pembangkang akan tetapi tindakan beliau jelas merendahkan kredibiliti pemimpin malaysia.satu penghinaan terhadap negara yang berdaulat ini.betulah kata orang,diam itu lebih baik!kenapa saya berkata begini kerna sejurus selapas musibah ini berlaku,najib telah ber"titah" bahwa segala projek di lembah lembah telah pun lama dihentikan namun apa yang dikesali ialah masih juga ada projek yang diluluskan,mengapa dan kenapa?kerna wang kopi atau sebaliknya?adakah najib tidak peka?jikalau semasa timbalan sudah tidak peka bagaimanalah nanti ingin membela nasib rakyat ketika menjawat jawatan tertinggi di malaysia.

kejadian berlaku di wilayah selangor dan projek perumahan ini ketika itu diluluskan ketika pimpinan khir toyo yang bercerita tentang harusnya mengikut sifat-sifat baik Rasulullah salallahualaihiwasallam.kerajaan ketika itu bukanlah kerajaan pakatan rakyat kerna belum pun wujud pakatan pembangkang.sekali lagi toyo menafikan projek itu diluluskan oleh pucuk pimpinan kerajaan selangor yang dipimpin oleh orang orang barisan nasional yang tidak lurus dan nasional.lalu jari dituding kepada kerajaan yang dulu tidak pernah wujud ketika projek itu diluluskan,apakah toyo alpa dan lupa wahyu Allah yang pernah disebut Rasulullah salallahualaihiwasallam iaitu

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."[As-syuura:30]

saya berharap kerajaan terdahulu cukuplah menafikan sambil menuding nuding satu jari dimana yang lain berpaling kearah diri sendiri,ambil iktibar dan mengaku kesalahan dan duduk bermuhasabah lalu memikirkan tindakan bagi mengatasi masalah yang telah datang menimpa.kepada mangsa saya ucapkan Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun kerna Quran menyebut

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[Al-Baqarah:156] *1


maka bersabarlah menghadapi dugaan,telah tertulis maka terima seadanya apa yang telah berlaku dan mulakan hidup baru dan pandang kedepan bukan mengimbau ke belakang senantiasa,harap pada masa depan mereka lebih peka untuk membeli rumah dikawasan yang betul betul menjamin keselamatan supaya tidak ada perbalahan dan tuding menuding jari dari peringkat pemerintahan hinggalah ke pihak pembangunan dan rakyat.Janganlah mereka berputus asa kerna Allah berfirman

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa."[Ar-Ruum:36]

Akhir kata,moga kita dapat mengambil iktibar dari musibah yang menimpa saudara kita,iktibar dari perilaku dan kejadian supaya tidak lagi berlaku di masa mendatang insyaAllah.
____________________________________________________________________
*1)Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat "istirjaa" (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.


Ed.alFirdaus
24 Dis 2008
1.30am

Sekitar Daurah Musim V

Tamat sudah Daurah Musim Cuti 5 (DMC V). Banyak perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung. Perkongsian fikrah yang kadangkala sukar untuk diperoleh di tempat atau waktu yang lain. Suasananya berbeza.

Tidak sukar untuk membayangkan bagaimana orang yang berkongsi payung fikrah yang sama dapat duduk berbicang bersama. Namun, apa yang membuatkan jiwa tersentuh adalah kesungguhan untuk datang ke ceruk Melaka dari segenap pelusuk tempat. Ilmu merupakan sebab kaki dijejakkan di bumi Brisu, dan kerana ilmu juga yang memacu niat yang akhirnya memandu perjalanan untuk tiba ke Madrasah Darul Hadis itu.
Sebagaimana kata yang benar lagi dibenarkan, Rasulullah SAW bahawa; "Barangsiapa yang dimahukan padanya kebaikan oleh Allah, maka akan diberikan padanya kefahaman dalam agama." [Muslim]

Perjalanan kali ini, walau singkat, tapi banyak mengajar. Mengajar untuk bersabar. Mengajar untuk senantiasa waras dan tenang. Buat sahabat yang hadir, moga fikrah terus kekal dan teguh.

Moga perjuangan Sunnah akan terus malar di bumi Hang Tuah.

Kekal menyalalah lantera dengan wajah-wajah yang gigih
...








***ikhsan http://ariff-arifin.blogspot.com/



Thursday, December 18, 2008

Apakah itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Yang pertama, ikut Rasulullah
Dari aqidah ke ibadah semua ikut sunnah
Yang kedua, contohi para Sahabat
Tak pernah persoal kelebihan diorang dapat
Yang ketiga, dia contohi tabi'in
Anak murid sahabat tak sama dengan yang lain
Yang keempat, tabi' tabi'in tak lupa
Mereka pengikut tabi'in ikut jalan serupa

A.S.W.J jaminan syurga kepada Ahlu Sunnah
Wal Jamaah bukan sekadar gelaran bermegah
Tunjang bagi aqidah, ibadah dan muamalah
Siapa ikutan, Apa pegangan
Mencari identiti diri erti kehidupan
Bertemankan Al-Quran di lorong Sunnah
Memahami sumber dengan pola fikir salaf
Generasi terbaik yang telah diiktiraf
Mengagungkan wahyu di atas aqal
Beriman dengan nas tanpa mempersoal
Berjaga dalam lisan dan juga perbuatan
Sentiasa memilih jalan yang pertengahan
Ini tuntutan beramal secara keseluruhan
Ini mesti dikaji, mesti dipelajari
Sebab kebenaran itu lebih layak diikuti

Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan

Apa kepentingan ikut Sunnah?
Tanpa kita sedari ia syarat beribadah
Ingat cukup sekadar ikhlas fi Sabilillah?
Jika begitu apa guna diutus Rasul Allah
Sunnah diamalkan bukan sebarang Sunnah
Sunnah digigit hatta gigi geraham patah!
Bukan sekadar ucapan dipraktik dengan amalan
Bukan sekadar igauan dijanji kemanisan iman
Kini dipandang asing dalam perkara ranting
Berpaut pada hujah bukankah itu yang penting?
Kalam manusia boleh diterima boleh juga ditolak
Kecuali kalamullah dan petunjuk Nabi
Duanya wahyu tertinggi tak ramai kita imani
Beralasan itu ini,Inilah pegangan yang harus kita sedari
Dan ini pula ciri-ciri yang perlu dihayati

Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan


Ibn Yusof
10 Disember 2008/12 Zulhijjah 1429
1.00 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com

Monday, December 1, 2008

Islam kini dijadikan cerita dan bisnes

ada apa dengan islam kini?islam lemah,islam tidak mampu bersaing dek kerna umatnya yang caca merba,umatnya yang tidak mengenali islam itu sendiri.segala yang dilontarkan oleh pihak luar tidak lagi mampu dijawab oleh keseluruhan umat islam.lalu apa bila ini ter jadi,islam mula dijadikan cerita oleh ahli-ahli politik untuk menunjukkan bahawasanya diri mereka dekat,pakar dan faham dengan agama(islam).para-para ilmuan,ustaz mula menjadikan islam sebagai bahan dagangan,bisnes untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dek kerna kebodohan umat islam itu sendiri.



tidak berapa lama dahulu,saya menonton siaran hujah yang disertai oleh bekas menteri besar selangar dato seri khir toyo dan pihak pembangkang saudara saifudin nasution,yang membincangkan tentang pemilihan ketua pemuda dan kepentingan pemuda.dimulakan dengan kata-kata yang tersusun,berkhemah.sampailah satu ketika dimana dato seri khir toyo mengatakan kita sebagai pemimpin,haruslah mempunyai sifat yang punya pada diri Rasulullah,sungguhlah sejuk hati mendengar.namun sebaliknya ingin saya wujudkan persoalan,kenapa ayat-ayat ini hanya diguna pakai,di ingati olehnya ketika hari pemilihan ketua pemuda makin tiba?

kenapa masa menjadi menteri besar,tidak wujud sifat-sifat Rasulullah pada pentadbiran beliau?kemiskinan masih bertambah,pemimpin duduk bersandar di atas kerusi bertemankan penghawa dingin.bila berkempen,segala ayat quran,hadis,sifat nabi semua disarankan oleh pemimpin-pemimpin politik ini namun sesudah itu hilang entah kemana.sedangkan para sahabat tidak pernah bersenang lenang tika mentadbir kerajaan,mereka merasa kesusahan bersama-sama ummah,ada yang tidur atas tanah dan bukan atas tilam latex yang empuk seperti yang terjadi sekarang ini!ini juga harus diingat oleh sesiapa saja tidak kira pemimpin islam kerajaan ataupun pembangkang yang sering berlakon,hanya mengenal agama di satu satu masa sahaja.

bukan itu sahaja,dari pemimpin turun ke rakyat.islam dijadikan bisnes oleh ustaz-ustaz "ayam" yang tidak bertauliah.memakai kopiah,berlagak alim lalu pada masa yang sama cuba mengaut keuntungan daripada menjual perkara atau benda atas nama islam!saya ingat satu ketika di mana datuk saya menceritakan beliau ingin membeli debu untuk bertayyamum dari serang ustaz di surau supaya senang nanti jika keperluan air tidak ada secara tiba-tiba.saya hanya bermonolog dalaman berkata apakah bodohnya untuk membeli debu dan ia dijadikan bisnes untuk mengaut keuntungan!tepuk saja tangan di dinding maka adalah debu di tangan!

^^PENIPU PUTAR ALAM^^

terbaru pendedahan "ustaz" arif cakra alam yang telah maklum berjaya menipu ramai umat islam melayu yang bodoh dengan mengunnakan teknik-teknik khas yang kononnya dari tenaga dalaman.sedangkan ia dibantu oleh alat-alat seperti inspector gadget untuk mampu melakukan perkara tersebut,menyalakan mentol,telur ayam yang disapu pada badan pesakit keluar darah bila dipecah.diberikan telur ayam biasa dibawa oleh pesakit tidak mampu pula dan pelbagai alasan diberi.yang malunya,teratak indahnya tiga tingkat itu adalah hasil dari menipu orang ramai,menjaja bisnes perubatan atas nama islam yang akhirnya ternyata penipuan semata dan dilihat oleh non muslim.apakah tanggapan mereka nanti terhadap islam?islam ini hanyalah mengarut?penuh penipuan semata-mata?

“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

inilah realiti sekarang,perkara yang bukan agama diguna pakai dan kemudian dikreditkan atas nama agama islam,apa saja yang para "ustaz" sebut maka pakat diterima belaka.tidak dikira siapa ustaz itu malah jika kata-kata ustaz itu membelakangi quran dan sunnah juga tidak diendahkan.perkara yang islam ajar dipersusahkan dan yang tidak pernah ada dalam islam itu dipermudahkan lagi.mereka yang membaca,memahami quran dan hadis kini tidak lagi mampu memahami islam itu untuk umat manusia yang akhirnya menjadikan islam ini tidak mampu ditampilkan dengan satu imej yang indah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wassallam.

Dalam rangkap terakhir riwayat ibn Mas'ud ini diceritakan pada zaman fintah itu akan terjadi peristiwa manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia,lihat sahaja lah yang berlaku di atas,daripada pemimpin besar,turun ke ustaz,hingga kepada rakyat jelata.segalanya yang atas nama islam kini semua melibatkan upah dalam segala macam ibadah.muncul banyak perkara khurafat walhal umat islam kini menghadapi keadaan sepeti telur di hujung tanduk.

saya sedih melihat diri ini dan umat islam yang lain makin lama makin jauh dengan islam yang dulu.saya cuba untuk keluar dari kelompok itu namun masih ramai yang setia dan percaya akan islam yang berada dalam aliran yang tidak pernah ada sebelum ini.saya amat berharap agar kita bersandarkan setiap perkara dengan relevan,agar tidak lah kita diperbodohkan oleh sesetengah golongan yang memang suka memperguna,mempergadaikan agama di mata masyarakat dan dunia.