CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 29, 2012

Jauh Perjalanan

Telah lama diri ini meninggal blog ini bersarang.Tidak lagi menjenguk walau sedetik setelah ia ditinggalkan sebegitu lama.Namun, pada hari ini terdetik ingin menukilkan sesuatu,sekadar ingin menaip dan bercerita ringan,setelah lama tidak menulis artikel yang lebih berat dan radikal seperti dulu.

Kini,diri ini lebih sibuk bersama keluarga tercinta dan sibuk dengan wadah kesenian melalui musik hiphop yang dicintai.Tahun ini tahun rezeki buat diri ini dikurniakan seorang cahaya mata comel bernama Elman Shafee Bin Edly Mohammad Firdaus dan seorang isteri yang cantik dan sentiasa harus bersabar dengan sikap diri ini yang sukar dikawal.

Tidak rezeki itu,alhamdulillah perjalanan seni menapak selangkah kehadapan setelah usaha yang tidak pernah kenal erti lelah.Group rap kami yang bernama 5forty2 telah membuka satu lebaran baru di mana tahun ini kami telah menghasilkan dua lagu OST.Dan yang lebih manis kami makin rancak berkolaborasi dengan producer musik tempatan dan bakat luar biasa tempatan.Alhamdulillah.

Rasa cukup sampai disini,insyaAllah akan ada post yang mendatang dan lebih radikal di blog ini.sehingga ketemu kembali,di bawah ini akan dikongsi sedikit gambar dan video perjalanan hidup ini di tahun ini.Dan kalau ada twitter bisa follow @edly23 dan @5forty2 serta like page 5forty2 di FB!



Friday, February 17, 2012

Maafkan Kami (versi panjang) -OST Bujang Telajak-

Bujang Telajak : Maafkan Kami (5Forty2)




Lagu ni track group saya buat,tapi sedihnya yang versi panjang tak ada dan tak akan direlease atas sbb2 yang tidak tahu,maybe ada udang disebalik batu,wallahualam.dah lah keluar di cerita nama tidak dikreditkan,moga Allah membalas jasa semua ;) sementara itu di bawah ini akan disertakan versi pjg nyer sesi latihan sebelum recording di post lepas ni

Saturday, January 8, 2011

5forty2 - Perasap

Sunday, August 29, 2010

Hanya dia

satu hari,awak dipertemukan dengan saya
hati saya berbunga melihat senyuman pertama
awak buat saya ketawa dalam duka
awak seolah olah memberikan saya cahaya

hari demi hari,kita semakin rapat
hubungan terjalin kita bertambah erat
saya gembira bila dapat lihat awak tertawa
walau di pengakhiran cerita saya bakal kecewa

satu hari saya dapat tau yang ada insan lain
saya rasa diri saya ni seperti dipermain
jangan risau awak kata,"dia hanyalah kawan"
"awak yang slalu saya cari bila bosan"

saya keliru,terasa diri saya ni ditipu
tapi kenapa saya boleh rasa begitu
rupanya saya alpa,saya dah pun terleka
sampai biarkan rasa tu datang walau seketika

saya tgk dengan org tu awak terus gembira
mungkin ini dah nasib dalam kehidupan saya
saya mula bersujud menitiskan air mata
hilangnya awak mlm itu,tapi masih ada Dia

Dia mendengar apa yang ingin saya katakan
Dia sudi menerima segala penyesalan
dengan Dia saya doakan awak bahagia
tak kira dengan siapa walau orang tu bukan saya

Dia menemani saya walau tanpa saya pinta
baru sedar selama ni yang mengerti hanya Dia

Ed
3.46
keramat

Hidup


Sepanjang perjalanan hidup selama setahun bercuti,dah banyak perkara yang bisa dipelajari dari yang kita namakan "kehidupan".dari aspek keluarga,teman,dan segala macam.kehidupan aku,selama jangka masa setahun tu beralun ibarat ombak dan laut yang ada pasang dan surut.

telah aku temui pelbagai ragam dan cara mereka hidup.kadang kala untuk menyesuaikan diri aku terpaksa menipu diri dengan merubah tindak tanduk agar dapat bersama mereka walhal hakikat sebenar aku sedar itu bukan aku.ada insan yang aku jumpa bila aku duduk bersama,minda aku turut berfalsafah manakala ada insan yang bila aku bersama yang hadir hanyalah lagha semata.

ketika period ini ramai yang melihat aku seolah anak kecil yang hanya suka akan gula gula yang diberi tanpa menyoal apa apa yang terjadi.aku membiarkan permainan berjalan di mana kadang kadang aku dipermainkan dalam wayang gambar kehidupan.aku hanya membiarkan sahaja dan turut berlakon bersama.

ada manusia yang bila berkata tidak pernah ada jujur dan benar di dalam nya.ada manusia yang bila berkata mereka kata mereka tidak hipokrit tapi disebalik hakikat yang konkrit mereka masih lagi serupa.ada manusia yang mencari dan mengguna kita di saat mereka perlu lalu keesokannya kita dibiarkan bak irama tanpa nada.inilah kehidupan dan inilah yang membuatkan jalanan kehidupan itu menarik.

namun dalam tempoh iddah yang diberi kepada diri aku,aku belajar tentang apa itu jujur,apa itu ikhlas,dimana aku dapat melihat ada yang berkata mereka ikhlas dan jujur dalam perhubungan yang dimetrai namun pabila terjaga dari lamunan apa yang diucapkan hanya khayalan mainan minda semata.keikhlasan dan kejujuran itu tidak lagi berkekalan...

to be continue...

ed
3.14am
keramat


Thursday, April 1, 2010

kau pergi....



kau bersama diri sejak aku lahir
bersama disisi walau berdepan getir
kita akrab macam pasangan dua sejoli
hilang kau terasa jantung tak berdegup lagi
walau aku berpaling kau tetap kembali
kau hadir dan hadir tak aku hargai
kau tenangkan hati bila aku tangisi
tentang diri dengan segala yang terjadi
kau aku pandang bila aku kesorangan
besok dilupakan dengan botol bergelimpangan
kau ku tinggalkan tuk dengan yang lain
yang bagi aku rasa enak bila bermain
tapi dalam bintang malam aku kesepian
melantunkan irama rindu pada sang bulan
malam aku mengadu siang aku merayu merayu
alam gelap tanpamu kau aku rinduuuuuu