CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 31, 2008

Merdeka dan Ramadhan...

Merdeka,merdekakah kita??bila kita memperkatakan orang kita masih tidak merdeka dari segi pemikiran dan aqidah namun wujud segelintir yang mmpertikaikan.Hujah mereka ialah kenapa kita tidak merdeka?Kita telah bebas,bebas membuat pilihan lantas kenapa bila kebebasan itu digunakan untuk memilih perkara yang tidak molek,buruk ia dikatakan kita dijajah dan bila kita bebas memilih yang baik tidak pula dikatakan kita dijajah.Lalu telah saya ulas maksud kebebasan dalam post sebelum ini,apakah kebebasan yang dimaksudkan oleh agama?

http://falsafahminda.blogspot.com/2008/05/celik-tapi-buta.html


Ramadhan datang lagi,adakah debaran menanti seperti kita menanti mega sales??ya,inilah masanya kita pulun habis-habisan,menyediakan diri,mentarbiyyah diri dan melatih diri agar dapat kita grad menjadi seorang yang lebih baik.namun sudahkah kita bersedia??layan seketika article yang abang ana nukilkan..

http://demipena.com/2008/08/hidupkan-enjin-untuk-ramadhan.html

Friday, August 29, 2008

Bodohkah Melayu UiTM?

Salam,sekali lagi tangan terasa ingin menaip,terlalu banyak isu yang bermain di benak pemikiran ini yang ingin dikomentar oleh saya,isu-isu politik,isu-isu semasa,isu-isu ummah dan agama serta lain-lain.Namun isu yang baru paling menarik dan terhangat ialah isu tentang 'Melayu' dan kuota UiTM selain isu politik dan permatang pauh yang telah pun kita tahu keputusannya.Dalam isu ini,bodohkan orang melayu yang iaitu pelajar-pelajar terlibat dalam demonstrasi yang kononnya "aman" di jalanan mempertahankan hak-hak kemelayuan ini?

Jika ditanya kepada saya,maka jawapan yang akan saya berikan ialah,mereka tidak bodoh kerana mereka terdiri dari pelajar-plajar univtsiti,tetapi mereka yang merelakan diri mereka menjadi atau kelihatan bodoh!Dalam erti kata lain merelakan diri sendiri diperbodohkan.Kenapa dan mengapa saya berkata begitu??Kerana saya mengetahui dan mempelajari sejarah dimana mereka tidak ataupun mereka buat-buat tak tahu akan sejarah kerana minda telah dijajah dengan anasir-anasir assabiyyah.

Andai kita menyingkap kembali sejarah,cadangan membuka ruang kepada kaum bukan melayu ini telah pun dicadang terlebih dahulu oleh Tun Mahathir,namun pada masa itu ketika PM yang mencadangkannya maka tidak pula kita lihat orang-orang dan anak-anak melayu ini berarak dan memprotes akan cadangan itu.Namun pabila baru-baru ini ianya keluar dari mulut pemimpin pembangkang namun ianya ditntang habis-habisan!Namun wujud satu persoalan dibenak ini,adakah mereka ini sebenarnya betul sebetulnya niat menentang kerna ingin membela hak orang melayu atau semua ini berunsur politik kerana dengan adanya demonstrasi dan menghighlightkan isu ini yang keluar dari mulut pemimpin pembangkang seolah-olah pembangkang belot kepada kaum melayu?

Jika mereka iaitu pelajar-pelajar yang menyertai tunjuk perasaan ini mengiyakan dan menegaskan bahawa mereka betul ingin mempertahankan hak bangsa mereka namun saya ingin membuka lembaran sejarah dan meminta berfikir,kenapa ketika kerajaan membuka kuota kepada kaum bukan melayu di sekolah berasrama seperti MRSM tidak pula mereka membela nasib kaum mereka?Kerana seperti kita sedia maklum,MRSM lah sekolah yang memberi ruang kepada anak-anak Melayu yang berjaya dalam bidang akedemik sehingga lepasan-lepasan pelajar Melayu MRSM boleh dikatakan majoritinya berjaya sama ada di dalam atau luar negara.MRSM ialah teras kepada pembangunan masyarakat Melayu,lalu jika ianya dibuka kepada kaum lain ia semestinya mengurangkan hak-hak pelajar cemerlang Melayu miskin yang sememangnya layak untuk mendapat tempat di MRSM untuk memnuhi impian mereka.Tapi,langkah kerajaan ini seperti diiyakan dan dipersetujui oleh orang-orang melayu.

Jika di peringkat bawah iaitu sekolah tidak dibantah,kenapa perlu membantah di peringkat tinggi??malah kuota yang ingin diberikan lebih kecil berbanding kuota yang diberikan di peringkat sekolah.Malah dapat dilihat kebanyakkan pelajar-pelejar UiTM masih mempunyai minda minoriti walau secara hak mereka adalah mejoriti.Ini kerna alasan yang diberikan juga seperti jika ianya dibuka sebyak 10% kepada kaum bukan Melayu,maka nanti kebanyakan jawatan akan disapu oleh mereka.Sudahlah ini menunjukkan minda minoriti yang wujud pada diri mereka,malah mencerminkan pelajar-pelajar melayu disana sudah menyerah kalah sebelum bertanding,tidak punya ciri-ciri daya saing.Bagaimana pula jika nanti mereka memesuki alam perkerjaan dimana mereka perlu bersaing dengan kaum-kaum lain??Tidak hairanlah ramai orang Melayu yang menggangur kerana sejak di universiti lagi mereka mempunyai pemikiran minoriti!

Kita rakyat malaysia juga menentang dasar diskriminasi,pabila melihat cerita-cerita dimana di Amerika,orang berkulit putih mengecam sekolah-sekolah dibuka kepada orang kulit hitam.Kita juga mengecam tindakan orang kulit putih disana yang seperti tidak berperi kemanusiaan.Namun hakikatnya,kita seperti menjilat ludah sendiri pabila kita juga melarang pembukaan ruang yang sedikit kepada kaum yang bukan berbangsa Melayu.Kita secara tidak langsung bertukar kulit menjadi warna putih,adakah ini tindakan dan kelakuan yang wajar hadir pada orang-orang yang bijak?Bersama kita renungkan dan fikir sama ada wajar tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM yang jelas mempunyai unsur perkauman,bagi Melayu yang muslim adakah agama kamu mengajar untuk bersifat perkauman??Wallahualam.

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. [al-Ma'idah 5:8]

Ed.alfirdaus
29 ogos 2008