CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 30, 2008

Sunnatullah-Assgnment islamic worldview

Sunnatullah is also known as law of the nature, law that created by the only one God. We as a Muslim have to also obey in term of sunnatullah, without obeying to sunnatullah, life of a Muslim will not be complete. Muslims have to follow the syariah according to the sunnatullah example for a student, they have to study hard to excel for their academic and also excel in submitting himself or herself through His syariah such as salah,fasting and etc.

We can learn about sunnatullah through history, how can we learn? and what is related between sunnatullah and history? Normally people will imagine that history is a boring subject. in the way of stereotype to interpreted history is story that already past, hard to link it with the present or why it is so importance to give an attention to history. In our education system had been influence be the orientation of examination, history been analyze with a way that so narrow from the innovative way that can make people realize.

What is the true characteristic of history? is it as above mentioned? if the characteristic f history is boring, then a quarter of of Alquran is a boring topic. Alquran that is progressive, motivation to excel, brings up an aspect of history as the main body. Besides the ayah that related of aqidah, hukum and akhlaq,Quran itself present question about history in it.

Alquran had given a special definition to history, Alquran give the highest place to history because it is a wasilah for mankind to hear, learns the word of Allah about sunnatullah. The meaning of this sunnatullah is the law or hukm of Allah that being applied and happens to every scene and life in this world (sunnatulllah fee al-Kaum wa al-Hayah).

Because of that,Ibn Khaldun(1332-1406M/732-808H) stated in his well known muqaddimah with explanation of the importance of history. He stresses that with history, we can learn about sunnatullah fe al-Kaum wa al-Hayah. With deep knowledge of this sunnatullah, the history become valuable and with that value it will link history with the next generation. in other way, although the generation changing from time to time, mankind and this world will still be the same by following the fixing of Allah. They will gain a deeds if they follow a good sunnah and that choose to repeat the bad history![muqaddimah Ibn khaldun, page 8, Dar al-Kutb sl-Ilmiyyah,Beirut 1993/1994]

Malcom X-Anwar,Nation Of Islam-UMNO

Salam dan selamat sejahtera,syukur ke hadrat ilahi dan selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad Salallahu alaihi wassalam.Apa relevannya topik yang ingin saya nukilkan kali ini?Apa kaitan Malcom x dengan Anwar?Nation of Islam dengan UMNO di Malaysia tanah air tercinta?Akan saya kupas satu persatu tentang persamaan tersebut.

Ketika kali pertama saya menontn filem yang bertajuk Malcom X,saya seperti tertanya siapakah insan ini?Haa,dia ini seorang pejuang Islam berkulit hitam di Amerika.Setelah melihat filem ini kali kedua di usia remaja barulah saya faham isi cerita ini.Secara ringkasnya,Malcom X lahir di Amerika di mana bapa beliau seorang Father di gereja,dan ibu beliau seorang yang berkulit putih.Keluarganya ditentang seperti kita tahu di Amerika golongan kulit hitam sering ditindas,selepas kematian bapanya disebabkan digilis kereta api dan beliau dipisahkan dari keluarga beliau dengan alasan ibu beliau tidak dapat menanggung anak yang terlalu ramai.

Memulakan langkah sebagai pelajar,beliau menerima tentangan daripada masyarakat sekeliling dan guru sekolah walaupun beliau seorang yang agak pintar dan bercita-cita menjadi peguam.Semakin dewasa seperti remaja kulit hitam yang lain beliau terlibat dengan jenayah dan akhirnya diberkas oleh pihak polis dan meringkuk di dalam sangkar besi.Menempuh hari-hari sukar dengan sifat angkuh dan keras kepalanya,akhirnya beliau bertemu dengan seseorang yang mula menerangkan Islam kepada diri beliau sehingga beliau mengucapkan dua kalimah syahadah.

Bermula perjalanan dakwah beliau selepas beliau bebas dan menyertai oraganisasi yang dikenali sebagai Nation of Islam yang cuba menyebarkan syiar Islam di seantero Amerika.Disini,persamaan yang ingin saya bawakan bukanlah dari segi dakwah yang dibawa oleh Malcom X dan Dato' Sri Anwar tetapi ideologi yang mereka ketengahkan.Ia jelas sama sekali dapat dilihat jika kita berfikir dengan teliti.Pendekatan yang diketengahkan oleh Dato' Sri Anwar yang dikenali sebagai 'ketuanan Rakyat' bukan lagi ketuanan Melayu sama dengan pendekatan Malcom X setelah beliau pulang dari menunaikan Haji.

Sejak pulang dari menunaikan Haji,Malcom X menukar cara dan pendekatan dakwah beliau dimana beliau cuba lebih fleksibel dengan menerima kerjasama semua kaum,tetapi golongan kulit hitam masih lagi diberi keutamaan dimana sama dengan pendekatan yang cuba dibawa Dato' Sri Anwar.Ketuanan Rakyat namun didalam ketuanan tersebut Melayu masih lagi diberi keutamaan dan dijamin selamat dimana ia dilihat satu tawaran yang sangat menarik.Pendekatan ini ditentang oleh Nation of Islam dan di Malaysia ia ditentang oleh UMNO,kerana ia dilihat sebagai satu ancaman besar.Sejauh mana pendekatan ini boleh berjaya dan memberi ancaman,kita tunggu dan lihat.

Sekarang apapula persamaan Nation of Islam dan UMNO??Ada teman membicarakan bahawa dua organisasi ini tidak boleh disamakan kerana satu ditindas dan satu lagi menindas.Bagi saya itu adalah jawapan yang tidak logik,kerana apa yang ingin saya perkatakan tentang persamaan ni bukan tentang penindasan tetapi metod yang digunakan oleh dua organisasi ini.Metod yang dipergunakan ialah mengaburi sentimen perkauman dengan meletakkan Islam di depan.Jika semasa Malcom X masih bersama Nation of Islam,beliau berdakwah tentang Islam tetapi dalam pada masa yang sama menolak kaum lain dan memperagungkan bangsa kulit hitam.

Di UMNO mereka melaungkan,memperagungkan,mencium keris tanda keperkasaan Melayu dan dalam pada masa yang sama memperkatakan tentang Islam.Bagi saya metod ini tidak benar dan betul kerana ia amat bahaya,ia dapat mengelirukan orang-orang bukan Islam.Islam tidak mengira kulit dan bangsa,menggunakan Islam sebagai jambatan untuk mengaburi minda orang ramai tetang semangat assabiyah perkauman adalah tidak wajar.Ini harus difikirkan,kenapa perlu kita gunakan Islam sebagai wasilah untuk memperketengahkan ideologi-ideologi assabiyah yang tidak sihat?

Jika kita ingin memperkatakan tentang Islam,katakanlah seadanya tanpa unsur-unsur yang bisa memesongkan maksud Islam itu sendiri,Islam adalah semua,Islam untuk semua.Ingat lagi kata-kata Malcom X "when i perform my pilgrimage,now i realize that my brothers is black,white,yellow and etc."

sekian.

Ed.alFirdaus
1 Mei 2008

Kerajaan bakal berubah???


Sejak pulang dari Kelab Sultan Sulaiman,setelah 10 tahun tidak mendengar pidato dari mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar,beliau masih lagi seperti dulu,bekarisma dan bertenaga dalam membicarakan kata-kata tentang isu-isu semasa dan politik negara.Jika dahulu Penasihat Parti KeAdilan Rakyat ini seakan hanya beromong kosong tentang hajat beliau untuk merubah tumpuk pimpinan negara,kata-kata nya hanya lisan yang tidak bisa menggoyahkan keutuhan kepercayaan rakyat terhadap barisan kerajaan namun kini,semua telah bertukar.

Segala yang keluar dari mulut beliau akan mendapat komentar dari orang-orang kerajaan yang bukan calang-calang tetapi seperti Timbalan Perdana Menteri.Saya musykil kenapa hanya najib yang begitu gah mempertahankan hujah yang dilontar oleh saudara Anwar?Mana hilangnya Perdana Menteri?Soalan-soalan ini dijawab oleh suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sedang sibuk merawat UMNO,Najib yang bakal ganti Pak Lah dan sebagainya.Dan jika kita teliti ada logiknya dakwaan suara-suara sumbang ini.

Antara perkara yang menggegarkan politik tanah air ialah dakwaan Dato' Sri Anwar bahawa 30 MP dari Barisan Nasional bakal merubah angin menyertai Pakatan Rakyat.Dakwaan ini dinafikan dengan keras oleh barisan kerajaan walhal Dato' Sri Anwar kelihatan yakin.Kunjungan Dato' Seri Anwar ke Sabah baru-baru ini turut mengundang resah walaupun barisan kerajaan mengatakan ini hanya mainan politik Dato' Sri Anwar.Persoalan Tok Guru kepada wartawan tentang kerajaan pusat mana yang sekarang atau yang baru?Turut memberi impak dan menghangatkan lagi arena politik negara.

Tidak pasti akan keyakinan Dato' Sri Anwar,tetapi bagi saya Pakatan Rakyat tidak perlu tegesa-gesa untuk merubah kerajaan pusat,mereka perlu menumpukan kepada kerajaan negeri yang berjaya mereka rampas agar memberi keyakinan yang penuh dari rakyat bahawa mereka boleh mentadbir selayaknya.Mungkin dakwaan Dato' Sri Anwar adalah satu perkara yang benar dan perang psikologi agar Barisan Nasional lebih waspada dan risau.Kerajaan negeri Pakatan Rakyat harus kukuh dan maju walau tanpa bantuan dari kerajaan pusat,dengan ini secara total rakyat akan memandang tinggi tumpuk pimpinan dan dasar pentadbiran daripada Pakatan rakyat yang terdiri dari pakar-pakar ekonomi.

Isu pemansuhan DEB di Pulau Pinang tidak harus dibangkitkan,itu hak kerajaan negeri dan rakyat harus berfikiran positif dan lebih terbuka dan jika mereka mengatakan agenda ekonomi baru tidak memihak kepada orang melayu maka mereka salah,ini kerna mereka memandang agenda tersebut dari sudut negatif.Apabila persaingan untuk projek-projek dan tender-tender dibuka kepada semua secara tidak langsung ia memberi persaingan yang sihat dan mengajak orang-orang Melayu itu sendiri bersaing berbanding DEB dimana projek-projek hanya dimonopoli oleh orang yang sama,kroni-kroni dan secara tidak lansung membuatkan orang Melayu lebih 'goyang kaki'.

Pelbagai isu yang boleh diulas selain DEB,babi dan sebagainya yang dimomokan oleh akhbar perdana namun cukuplah sekadar ini dan diharap kita lebih terbuka dan berfikiran lebih positif,tidak kiralah siapa yang memerintah,jika ia adalah KeAdilan dan mereka tidak adil,mereka harus diberitahu dan diperingatkan.Siapa yang memerintah tidak penting tetapi bagaimana mereka memerintah dan membela rakyat melebihi kepentingan diri itu yang penting.

salam.

Ed.alfirdaus

30 april 2008

Erti hidup 2

Setelah menulis tentang erti hidup saya terbaca tentang topik yang sama dari ustaz hasrizal tp kali ni ustaz hasrizal cerita dia lebih menarik. dikaitkan konsep pengorbanan dengan kesanggupan kita dalam memberi. memberi bukan sekadar hadiah, bukan sekadar jambangan bunga lavender, malahan kasih sayang, sokongan, ilmu yang ada dan macam macam lagi yang boleh kita beri pada sesiapa juga. sedangkan pokok kelapa, lidi dibuat penyapu, santan dibuat kari, batang dibuat jambatan, pelepah dibuat bumbung, macam macam lagi menyumbang berbagai faedah kepada manusia tapi tanyelah diri sendiri, apa faedah yang telah kita sumbangkan pada manusia lain? ini sebab kita tak tahu ape yang kita mampu lakukan. mungkin kita kedekut untuk memberi faedah kepada orang lain.

Telah termaktub dalam al-Quran, yang Allah ciptakan manusia dan Jin, untuk beribadah kepadaNya. disini kita lihat, yang kita manusia, merupakan hamba kepada Allah. jadi kita patut menghilangkan rasa memiliki, sense of belonging, dan rasa kedekut kerana itu semua hak Allah. baik harta, kereta, ilmu mahupun anak dan rakan², semuanya milik Allah. jadi patut kita hidup, every single moment that we have, we cherish each other. tak kisah la dengan adik beradik ke sesiapa sahaja, kalau ada ilmu yang bermanfaat, dikongsikan. kalau murah rezeki, open table lah.

Renung²kan situasi ini. seorang bapa kasi hadiah kepada anaknya hadiah kegemarannya, siapa yang lebih berasa gembira? anak atau bapa? tentulah bapa kerana kasihnya bapa pada anaknya. justeru, bagi yang terbaik juga buat rakan², sahabat, sesiapa jua. macam diatas, kasih sayang kepada manusia lain tak limited pada benda, ilmu dan pertolongan juga amat dihargai.

Tidak islam seseorang muslim itu, melainkan ia mengasihi saudara²nya juga.jadi meh la sesama kita buat yang terbaik demi Allah. jadikan sifat memberi itu habit kita.

Erti hidup

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...

Pernah saya membaca lirik lagu yang dicipta oleh Afdlin Shauki iaitu Erti hidup,diatas adalah sebahagian bait-bait lirik lagu tersebut dan pada suatu ketika,saya pernah diajukan persoalan tentang apakah erti hidup dan juga pernyataan raman rakan-rakan seusia tentang keazaman untuk mereka mencari apakah itu erti hidup di dalam diri mereka.Kadang kala saya juga bingung memikirkan jawabannya dan sehinggalah suatu hari saya mengambil iktibar untuk mencari,mengkaji dan mengali apakah maksud sebenar kehidupan seseorang manusia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah kerana ianya adalah sumber asas bagi orang-orang yang mengaku dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kita sebagai manusia hidup di dunia ini sewajarnya dapat memahami persoalan bagi diri kita, iaitu apa erti hidup ini? Hidup ini untuk siapa dan untuk apa? Dan adakah hidup ini sudah bermakna?Persoalan tersebut sering menjelma dalam fikiran manusia. Antaranya sedar ataupun tidak, kita selalunya bertanya kepada diri kita sendiri tentang persoalan yang tidak kunjung selesai ini. Ada masa dan waktunya kita hilang jawapan dan pastinya kita akan terus mencari jawapan untuk menyempurnakan keyakinan kita terhadap hidup ini.
Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu yang menimbulkan kegawatan hidup akhir-akhir ini. Mungkin manusia terlalu jauh dari dirinya. Manusia boleh jadi terasing dari dirinya sendiri apabila saban hari dan masa memilirnya perkara-perkara lain diluar dirinya.

Hal-hal ini terjadi dengan jelas jika direnungkan matlamat hidup manusia di zaman ini. Manusia di zaman ini terlalu maju dalam mencipta sesuatu benda bagi keperluannya. Ini adalah suatu perkembangan yang amat baik. Kekaguman mausia meneroka alam ini dan terlalu asyik hingga boleh menyebabkan mereka lupa akan tujuan hidup dan mereka lupa kepada hidup mati itu sendiri. Manusia cuba mencipta pelbagai kemajuan, tetapi mereka lupa kepada tuntutan hati kecilnya sendiri. Manusia terus membuat pelbagai perubahan untuk mencari kepuasan hidup. Sedangkan kepuasan hidup itu tidak juga kunjung tiba, sebaliknya mereka bertambah kecewa, dalam kekecewaan itu, mereka terus mencari sesuatu yang lain untuk mengubah penyakit kekecewaan itu, mungkin manusia tidak menyedari bahawa kekecewaan itu adalah cetusan dari dalam dirinya sendiri, iaitu cetusan rohani bukannya penyakit lahiriah.

Maka dengan itu akaibat dari kejahilan mengenali cetusan-cetusan rohani itu, manusia gagal mencari ubat ataupun penawar yang sebenarnya untuk menyembuhkan penyakit kecewa mereka. Sebahagian daripada mereka itu telah memilih pelbagai ubat, maka banyaklah yang tersalah pilih. Hasil dari tersalah pilih itu, maka berlakulah pelbagai penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kepentingan diri, rasuah dan lain-lain lagi. Ini semua adalah hasil daripada kekecewaan dan ingin mencari kepuasan hidup di dunia.

Rasulullah didalam sebuah hadisnya :
Bermaksud : Hendaklah kamu hidup di dunia ini seolah-olah kamu berdapang atau dalam perjalanan.

Persoalannya mengapakah manusia di dunia ini diberi kepercayaan untuk mentadir alam ini dan diberi takrif khalifah atau penguasa? Tanggungjawab manusia sebagai khalifah ialah untuk mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T,
Bermaksud : " Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, mereka berkata "Mengapa engkau hendak menjadikan ( khalifah ) dibumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah. Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan engkau," tuhan berfirman : Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"Al-Baqarah:30.

Daripada ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa kuasa sebagai khalifah adalah kuasa yang dipinjamkan oleh Allah berasaskan syarat-syarat yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Dengan makna yang lain, bahawa manusia hanyalah memegang amanah untuk mentadbir alam ini dan janganlah sekali-kali mengingkari apa yang telah disyaratkan oleh Allah sebagai pemegang amanah. Jika kita mematuhi syarat-syarat ini, maka sudah tentu manusia itu lebih bermakna bagi dirinya sendiri.

Sebahagian masyarakat pada hari ini, gagal melihat hidup sebagai satu kesatuan, sebaliknya mereka melihat hidup ini dari aspek-aspek tertentu sahaja. Sememangnya kita tidak boleh menafikan lagi bahawa manusia tidak berupaya mencipta hidupnya sendiri, mengapa?. Ini kerana manusia itu mempunyai sifat-sifat yang terbatas dan daya fakir yang amat terhad. Adalah amat mustahil, manusia mampu mencipta kehidupan yang lebih sempurna tanpa keizinan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai manusia sewajibnya merasa insaf bahawa kita adalah ciptaan Allah S.W.T. Maka dengan sebab itu, sampailah masanya kita dirahmati dan diredhainya samada di dunia dan juga akhirat.

Secara konklusinya,disini kita bisa merumuskan dan bisa mendefinisi kan bahawa Erti hidup yang sebenar ialah mentaati segala titah perintah llah S.W.T dan melakukannya. Sekaligus menjauhi segala larangan Allah dan tidak sekali-sekali melakukannya.Di samping itu,tujuan hidup ialah semata-mata untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah.Malah hidup akan bermakna jika mendapat rahmat dan hidayah Allah yang boleh membawa kejayaan yang sebenar di dunia dan akhirat.Dan kita sebagai manusia atau insan,haruslah memahami dan mengetahui apakah erti sebenar sesebuah kehidupan itu,tidak guna jikalau kita hanya ingin mencari erti tersebut,tetapi tidak memahami,memahami tetapi tidak mahu mempraktikkan erti sebenar kehidupan sesorang manusia tersebut dalam diri ini.w.a.

Sujud

kata-kata tidak bisa menafsir maksud sebenar
langit makin hari makin gelap
jiwa-jiwa manusia makin kosong dan lompong
tidak lagi takut dengan yang Maha Mencipta
Ah!biarkan saja aku bergembira
biarkan aku menjadi segala raja di dunia
apa itu syurga dan neraka?
apa itu dosa dan pahala?
mengapa harus ku percaya semua
ternyata semua nya tidak nyata
namun mereka terlupa,bila mereka menderita
mereka kembali bersujud dan meminta daripadaNya
hanya kecuali mereka yang masih bodoh
bongkak dan berkhayal dengan dunia

wahai tuhan..

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui!
Sesungguhnya aku memohon pilihan kepadamu dengan pengetahuanmu
aku memohon keputusanmu dengan kekuasaanmu
dan aku memohon kepadaMu dengan keutamaamu yang besar.
Sesungguhnya engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa,
Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib.
Wahai Tuhan sekalian makhluk!
Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini
hubungan antara aku denganya baik bagiku dalam agamaku,
penghidupanku dan akhir urusanku (masa dekat dan masa depan urusanku),
maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berkatilah aku didalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku,
penghidupanku dan akhir urusanku, (masa dekat dan masa depan urusanku),
maka palingkanlah ia dariku atau palingkanlah aku darinya,
dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana jua,
kemudian jadikanlah aku dengannya.
takdirkanlah kebaikan baginya dimana jua,
kemudian jadikanlah ia dengannya.
biarlah ia bersamaMu di atas jalanMu
walaupun ia tidak bersama denganku

keindahan luaran atau dalaman?

kadang kala,aku terfikir,kenapa orang ramai hanya mencari sesuatu yang hanya untuk seketika sedangkan yang disuruh ialah mencari yang kekal dan selamanya.ada apa dengan luaran sehingga kita lupa ttg dalaman?sedangkan dalaman yang menguasai segala-galanya..

terigt aku akan hadis,cantik seketul daging itu atau segumpal darah itu maka cantiklah luaran nyer.and its hati aka heart,tapi suma orang tak hirau.suma hanya cari yang cantik luaran namun hati diabaikan.

sometimes.kita fikir bila kita dapat kita boleh ubah dalaman tersebut cam cari pakar interior design tapi hakikat yang perlu kita lihat dengan mata hati bukan mata kasar dan ia tidak semudah itu.

berbakul doa dipanjat sekali pown if diri sendiri tak nak berubah dan diubah..tidak ada gunanya.dan apa kah maksud sebnar cinta sejati,sayang yang truly?adakah dgn menyayangi seseorg sbb luaran semata-mata itu ialah sayang yang sebenar?

kadang kala kita rasa kita betul,tapi tidak,kita sangka ia dari hati yang ikhlas tapi sebaliknya ianya atau rasa sayang itu datang dari nafsu duniawi dan bukanya ukhrawi..hurmss..

Mengapa Hidup Sukar??

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannnya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruhkan lobak merah didalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di dalam periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang
sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di dalam bekas, mengangkat telur dan meletakkan di dalam bekas yang lain, dan menuangkan kopi di bekas yang lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, Apa yang kau lihat, nak?

Lobak, telur dan kopi, jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati bekas dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya; Apa erti semua ini, ayah?

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

Kamu termasuk yang mana? Tanya ayahnya. Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?

Bagaimana dengan diri kita?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

Atau apakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.

Hidup ini sukar?hidup bagai basikal?

Ada satu malam. Aku bersembang. Bersembang jari dengan seseorang yang aku tak pernah jumpa bersemuka. Kenalan YM. Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Korea.

Dia cakap dia sambung belajar lagi. Sambung ambil ijazah. Sambung walaupun rasa susah. Aku cakap teruskan. Pelan-pelan kayuh. Aku cakap hidup ini macam naik basikal. Baru terlintas di fikiran aku bahawa hidup ini sememangnya macam naik basikal.

Aku rasa tak ada orang yang lahir terus ada kemahiran menunggang basikal. Aku sendiri belajar naik basikal bila masuk sekolah rendah. Masa umur lebih kurang 8 atau 9 tahun. Aku tak dapat ingat tarikh yang tepat. Tapi sampai sekarang aku dapat ingat segala kesusahan yang terpaksa aku tanggung untuk naik basikal. Aku perlukan roda kecil untuk mengimbang. Roda kecil di kiri dan kanan. Membantu untuk memberi kesimbangan. Roda kecil yang bising. Sangat bising.

Bila tiada roda kecil aku perlukan kakak aku untuk memegang basikal agar tidak senget. Agar tidak terus sendeng dan jatuh. Agar basikal dan aku tidak jatuh dan seterusnya tergolek. Aku lambat belajar menunggang basikal. Bebal dengan kemahiran mengimbang. Aku tak pandai mengayuh sambil memegang hendal basikal. Aku pernah mula dengan menunggang dari atas bukit kecil agar aku boleh belajar apa itu keseimbangan. Aku turun laju, dan laju dan senget, dan senget dan kabushhh… tersadai dalam semak. Aku tak pandai pakai brek.

Begitu juga dengan hidup ini. Setiap insan perlu hidup seperti mana menunggang basikal. Perlu belajar mengenal erti kesusahan. Mengenal keseimbangan. Mengenal kegembiraan. Mengenal keperitan. Belajar mengenal hidup sebagai manusia.

Ada insan yang bertuah. Dikurniakan basikal mewah. Jenama terkenal. Berbadan tegap campuran logam aloi terkini. Gemerlap dengan lapisan kromium. Hebat dengan teknologi pertukaran gear dan suspensi apungan terkini. Mewah semewah-mewahnya. Tapi masih perlu dikayuh. Basikal mewah juga perlu dikayuh untuk bergerak. Sama sahaja. Basikal buruk juga perlu dikayuh untuk bergerak. Seperti juga manusia. Tak kira yang kaya atau yang miskin, semuanya perlu meneruskan hidup. Mungkin yang berbeza ialah cara hidup mereka.

Ada yang pantas meluncur. Ada yang menggigil merayap. Ada bermacam kelajuan basikal boleh dikayuh. Laju atau perlahan. Cuma jangan berhenti berkayuh kerana ia pasti jatuh. Begitu juga manusia. Perlu terus hidup, sama ada pantas atau perlahan. Hidup yang pantas perlukan kayuhan yang laju dan tenaga yang banyak. Hidup yang perlahan hanya perlu kayuh sekali-sekali tanpa perlu berpeluh. Hidup ini sememangnya ada bermacam-macam cara.

Apa yang penting ialah teruskan berkayuh. Kayuhlah secara sederhana. Kayuhan yang terlalu laju bakal mengundang risiko. Gagal mengelak segala tiang atau lubang di hadapan. Kayuhan terlalu perlahan pasti akan ditinggalkan jauh di belakang. Mungkin juga jatuh akibat sukar mengimbang. Kayuhlah secara sederhana.

Pilihlah jalan yang terbaik dan selesa. Pilihlah jalan yang bersesuaian dengan minat agar mendatangkan keceriaan bila melihat pemandangan yang dihidangkan. Pilihlah jalan yang menuju destinasi yang telah ditetapkan. Kesemua pilihan itu berdasarkan arah tangan yang memegang hendal. Pilihan mengikut citarasa diri sendiri. Pilihlah jalan yang terbaik dan selesa.

Hidup ini umpama menunggang basikal. Teruskan berkayuh. Elakkan dari terjatuh. Elakkan dari memilih jalan yang sukar dan merbahaya. Buat pilihan yang sewajarnya. Pilihlah mengikut kata hati. Kayuhlah mengikut jalan yang berdestinasikan kebahagiaan.

Namun, seringkali ada yang terleka. Terbuai dek pemandangan indah. Terlena dek rasa ceria. Terlena yang terbuai lalu terjatuh. Terlupa mengayuh. Tersilap mengimbang. Terlajak mengelak. Usah risau. Usah ragu. Usah pilu. Jatuh itu biasa. Bangunlah kembali dengan hati membara. Bangun dan kayuh kembali seperti biasa. Jatuh itu membuka minda. Jatuh itu membuka mata. Jatuh itu membuka rasa. Jangan mengalah. Teruskan kayuhan selagi hayat basikal itu masih ada.

Persoalan yang hadir dalam diri setiap manusia

KENAPA AKU DI UJI ?DAH TAKDER ORANG LAIN KER?

[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?BILA AKU NAK JER,SUKA JER MELEPAS!!

[Surah Al-Baqarah ayat 216]
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?DAH TAK LARAT AKU NAK HADAPI!

[Surah Al-Baqarah ayat 286]
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

RASA FRUSTASI? PATAH HATI? PUTUS CINTAN?

[Surah Al-Imran ayat 139]
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

[Surah Al-Imran ayat 200]
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

[Surah Al-Baqarah ayat 45]
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,"

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?ADA APA DENGAN SEMUA NI?

[Surah At-Taubah ayat 111]
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?TEMAN-TEMAN?BALAK?AWEK?

[Surah At-Taubah ayat 129]
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

[Surah Yusuf ayat 87]
"dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

[Surah An-Nisaa’ ayat 86]
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allahmemperhitungkan segala sesuatu."